Saturday 6 April 2013

#GE13 #PRU13 : Pakatan pembangkang parti anak beranak!!


Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dikhabarkan telah menamakan anaknya, Nik Abduh Nik Aziz sebagai calon Pakatan Pembangkang di Rantau Panjang.

Ahli Parlimen PAS sekarang, Siti Zailah Yussof yang juga merupakan Ketua Dewan Muslimah PAS, khabarnya telah dipindahkan ke Jeli. Zailah menolak pencalonannya di Jeli dan ini menimbulkan masalah dalam PAS sekarang.

PKR seperti biasa akan mencalonkan Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Nurul Izzah dan terbaru, Nurul Nuha Anwar.

DAP pula akan mencalonkan Lim Kit Siang, anaknya Lim Guan Eng dan isteri, Betty Chew manakala Karpal Singh bersama anaknya Gobind Singh Deo dan Jagdeep Singh turut diletakkan sebagai calon.

Dimanakah perjuangan Pakatan Pembangkang kononnya anti kronisme dan nepotisme? Jika dilihat pada calon-calon mereka, ternyata merekalah yang mementingkan kroni.

Bukan sahaja Nik Abduh diberi peluang menjadi calon, malah dipilih kawasan yang agak selamat untuk memberi laluan mudah kepadanya. Sebaliknya Siti Zailah yang telah berkhidmat dihantar ke kawasan “hitam” PAS iaitu Jeli untuk menentang Datuk Seri Mustapha Mohamed. Inikah makna rakyat biasa diutamakan?

Wujud pergolakan dalaman PAS Kelantan sekarang kerana pilihan Nik Aziz untuk Rantau Panjang telah menimbulkan rasa tidak puas hati Ketua Muslimat PAS, Siti Zailah Yusof.

PAS meletakkan calon wanita separuh hati sekadar untuk kelabui mata orang ramai. Oleh kerana itu wanita diberi kawasan yang PAS jangka akan kalah teruk. Kalau anak Nik Aziz jantan mengapa tidak bertanding melawan Tok Pa?

Apa punya parti, kawasan ada peluang menang hantar anak beranak. Dengar cerita Siti Zailah enggan bertanding di Jeli kerana tahu beliau tidak akan menang melawan Tok Pa.

Kalau perjuangan mudah seperti nak hapuskan nepotisme pun tak boleh, apakah boleh percaya Pakatan Pembangkang akan menghapuskan kronisme dan mengutamakan meritokrasi dalam semua hal?

Ini belum membabitkan wang ringgit yang besar lagi, baru calon pilihan raya. Apa ahli PKR, PAS dan DAP yang di bawah itu semua bodoh sehingga tak layak diangkat menjadi calon pilihan raya?

Sah Pakatan Pembangkang memang parti anak beranak!

1 comment:

ibnyusoff said...

awal2 kata dikhabarkan, tup2 ditutup dengan pertuduhan tanpa bukti..
jika orangnya layak tak salah, sayyidina Usman pun lakukan hal sama tapi keturunannya adalah yang berkelayakan..
lagipun kronisme dalam soal calon itu masih kecil berbanding kronisme dalam soal mengaut kekayaan negara untuk kumpulan sendiri (pengajaran dari QS 59:7)..
p/s: islam ajarkan tabayyun dan berbaik sangka sebelum ia terzahir (tak layaknya seseorang calon tu untuk jadi wakil rakyat), tapi anda sekarang sudah menuduh dan memburukkan. Bagaimana jika ia tidak seperti yang anda tuduhkan? Taubat tidak diterima selagi belum minta halal kesalahan kita dan kembalikan hak orang yang kita zalimi (jika kesalahan terhadap manusia)
ITTAQULLAH =)

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

ARTIKEL HOK SEBELUM NIE

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?