Showing posts with label tukar kelantan. Show all posts
Showing posts with label tukar kelantan. Show all posts

Monday, 29 April 2013

#TukarKelantan : Nik Aziz Miliki Tanah Bernilai 4 Juta

Hari ini Presiden PERKASA, Dato' Paduka Ibrahim Ali membuat pendedahan pemilikan tanah Nik Aziz dan isterinya Tuan Sabariah yang bernilai RM 4 juta.

Macam mana seorang yang dianggap zuhud oleh penyokongnya memiliki harta sebanyak itu?

Berita lanjut menyusul kemudian....



Thursday, 18 April 2013

#PRU13 : Gandingan Mantap BN Kelantan Buat Nik Aziz Tidur Tak Lena #GelombangMerah #TukarKelantan


PRU-13 kali ini ternyata BN Kelantan begitu serius untuk merealisasikan hasrat menawan kembali negeri ini apabila menampilkan barisan calon paling mantap dan terbaik bagi merebut 14 kerusi Parlimen dan 45 kerusi DUN.

Daripada 59 orang calon itu, 26 daripadanya adalah muka baru termasuk tiga untuk merebut kerusi Parlimen dan 23 orang lagi pemimpin pelapis ini akan berentap di kerusi DUN.  Calon BN Kelantan



Ia menggabungkan muka baru dan pemimpin berpengalaman, terdiri daripada golongan professional, ulama dan pemimpin veteran yang rata-ratanya memiliki pengaruh tersendiri di kalangan masyarakat.

Gabungan ideal yang wujud atas kesedaran untuk satu proses hijrah ini menepati inspirasi rakyat Kelantan yang semakin hari telah membulatkan tekad untuk beralih arah sebagai hukuman lantaran kegagalan PAS mengurus tadbir negeri ini semenjak 23 tahun lalu.

Paling penting gandingan mantap melibatkan para pengalima UMNO seperti Datuk Seri Mustapa Mohamed, Datuk Awang Adek Husin, Tengku Razaleigh Hamzah dan Tan Sri Annuar Musa pastinya akan memberi nilai tambah dalam mencorakkan sokongan untuk BN kelak.

Kesediaan mereka berganding bahu pastinya mengingatkan rakyat negeri ini dengan PRK DUN Galas yang mana ia terbukti menghasilkan sokongan padu yang membolehkan BN merampas kembali DUN tersebut dari PAS.

Berdasarkan trend semasa dan laporan risikan pelbagai sumber, BN diyakini berupaya menumbangkan PAS dalam PRU-13 ini apabila terus memperkukuhkan penguasaannya di 25 kerusi DUN serta semakin mantap sokongannya di 9 kerusi Parlimen.

Sementara PAS pula ketika ini masih terkontang-kanteng berusaha memperbaiki kubunya yang terjejas di 17 kerusi DUN dan 5 kerusi Parlimen selain masih gagal dalam usahanya untuk merapatkan semula jurang sokongan di baki 3 kerusi DUN yang disifatkan kelabu hitam oleh BN.

Tidak syak lagi, dilihat pada senario hari ini tambahan pula dengan gabungan mantap pemimpin BN dalam PRU-13 ini, diadun pula dengan dukungan pemimpin setempat dan kebangkitan Gelombang Merah, nescaya PRU kali ini mimpi ngeri PAS Kelantan akan menjadi kenyataan.

Sunday, 31 March 2013

#TukarKelantan : [VIDEO] Hangat!! Suasana Malam Di Negeri Serambi Mekah.


Panas lagi sensasi!!  Pasti Nik Aziz sakit mata bila tengok video ini. Nak salahkan siapa tentang isu dalam video ini? Adakah Nik Aziz dan MPKB-BRI terlepas pandang atau tidak tahu pasal hal ini? 

Masih relevankah Kerajaan PAS Kelantan untuk memerintah negeri yang dipanggil Negeri Serambi Mekkah ini lagi? Maksiat berleluasa di sana sini. Adakah ini diakibatkan oleh kadar pengangguran yang tinggi di Kelantan?

Kita patut tolak fitnah yang ditaburkan PAS dan PR yang mengatakan bahawa jika BN merintah Kelantan, maka maksiat akan berleluasa. Kita lihat sekarang ini. Sudah 23 Tahun PAS merintah Kelantan, tetapi kadar maksiat semakin bercambah dan seolah-olah MPKB-BRI dan Kerajaan PAS Kelantan tidak buat kerja. 

Itulah PAS. Hanya pandai untuk menabur fitnah dan bermanis mulut kepada rakyat, tetapi akhirnya kain sendiri yang terselak. PAS hanya tahu menakutkan rakyat dengan mengeluarkan fatwa-fatwa politik yang ingin menarik pengundi,khususnya pengundi yang beragama Islam dan menanamkan sifat kebencian di dalam hati rakyat untuk menjauhi kerajaan.

Adakah ini yang diajarkan oleh Islam supaya benci membenci? Memang betul PAS sekarang sudah jauh terpesong. Memecat ulama dan menjemput 'artis politik' untuk memberi ceramah. Dari 'Negara Islam' berubah ke 'Negara Berkebajikan'.

PAS sepatutnya cermin diri sendiri dahulu sebelum menuding jari ke pihak lain. Kerajaan PAS Kelantan patut terima kegagalan mereka untuk memerintah Kelantan. Kita patut TUKAR kepada kerajaan yang jauh lebih baik dan berdedikasi. 


TUKAR!!
Gelombang Merah, BN Merentah







#TukarKelantan : Kerajaan Pusat Memberi 5 Juta Untuk Atasi Masalah Air Di Kelantan #Vote4BN



PASIR MAS – Kerajaan pusat meluluskan RM5 juta kepada penduduk Felda Kemahang 1,2 dan 3 di Tanah Merah untuk membantu penduduk mengatasi masalah air bersih yang dihadapi sejak beberapa tahun lalu.
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, perkara itu sepatutnya diselesaikan kerajaan negeri walaupun penduduk berada di kawasan Felda, memandangkan urusan membekalkan air di negeri ini di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
Bagaimanapun, katanya, Kerajaan Pusat yang prihatin dengan masalah rakyat, setuju meluluskan peruntukan yang kini dalam peringkat akhir untuk disalurkan.
“Kita berharap dengan peruntukan RM5 juta ini, pelbagai kemudahan dan keperluan untuk membolehkan rakyat di ketiga-tiga Felda di Tanah Merah itu menikmati bekalan air bersih dapat diberikan.
“Saya juga melihat, kerajaan negeri tidak dapat diharapkan untuk menyelesaikan masalah air yang menyebabkan kerajaan pusat meluluskan peruntukan untuk membantu menyelesaikan masalah air dihadapi rakyat Kemahang 1,2 dan 3,” katanya  kepada  selepas Merasmikan Mesyuarat Agong Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Tiang Chandi dan Bekwoh Kesyukuran, semalam.
Terdahulu beliau menyampaikan anugerah kecemerlangan kepada 12 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), 2012 dan turut memecahkan Tabung Kutipan untuk Perwira Lahad Datu.
Pada sidang media itu, Ahmad meminta rakyat Kelantan memberikan peluang kepada Kerajaan Pusat menerajui pentadbiran negeri ini untuk tempoh lima tahun akan datang kerana kerajaan negeri gagal membawa perubahan setelah lima penggal diberikan peluang mentadbir. – Sinar Harian

Wednesday, 27 March 2013

[FOTO] : 10 Stadium Ajaib Di Dunia #TukarKelantan

Untuk peminat bola sepak patut tahu wujudnya stadium yang unik di dunia, jom kita saksikan 10 stadium terunik di dunia.

[10]
South Africa Mmabatho Stadium




[9]
Norway FC Aalesund 




[8]
Bulgaria FC Chernomorets Balchik 


[7]
Singapore, Marina Bay. Made 





[6]
The Faroe Islands 


[5]
Brazil Eco-Stadium 





[4]
Croatia Gospin 




[3]
Portugal, Braga. One 





[2]
Venezuela, Caracas "Cocodrilos Sports Park"


[1]
Stadium Bukit Merbau, Kelantan





Uniknya mengenai Stadium Bukit Merbau ini mari kita lihat tarikh betapa efisyennya Kerajaan Kelantan melaksanakan projek untuk Rakyat:


18 Mei 2011 - Sidang Media oleh Menteri Besar Kelantan mengumumkan projek berkenaan.
Oktober 2011 - Dibentangkan di Sidang DUN. Dijangka projek bermula Mac 2012.
30 Mac 2013 - Majlis pecah tanah!!!!


Kita tidak tahu bilakah projek berkenaan akan siap sekiranya PAS terus memerintah. Selepas projek pecah tanah, mungkin Husam Musa akan panggil pula untuk perasmian perletakaan batu asas, tahun depan. Inilah PAS. Sentiasa menggula-gulakan Rakyat Kelantan dengan perasmian pecah tanah dan perletakan batu asas. Projek-projeknya tidak pernah siap!!!


psstt : Demo raso hok mano sor paling unik...????

Thursday, 21 March 2013

#TukarKelantan : Nik Aziz meraung tengok Amy Search sokong TUKAR


Siapa tidak kenal Amy Search, artis terkenal di Malaysia. Satu ketika dahulu, arena politik negara pernah gempar apabila gambar Amy Search bersama Nik Aziz secara peribadi tersebar di internet.

Gambar Amy Search bersama Nik Aziz satu ketika dahulu

Namun, pertemuan itu cuma sekadar pertemuan biasa. Walaupun pernah duduk bersama Nik Aziz secara peribadi, namun Amy Search tidak pernah bersama PAS. Sebaliknya, beliau membuat keputusan untuk menyertai UMNO bersama beberapa lagi rakan-rakan artis.

Amy Search bersama rakan-rakan artis menyerahkan borang keahlian UMNO

Bukan sekadar pertemuan dengan Nik Aziz, malah Amy juga pernah meminta Nik Aziz untuk mencukur jambul anaknya satu ketika dahulu. Amy pandai membezakan agama dan politik. Baginya, Barisan Nasional adalah parti yang paling relevan di Malaysia.

Kini, Amy Search bukan sahaja bergelar ahli UMNO, malah turut menyokong usaha rakyat Kelantan untuk menukar kerajaan PAS Kelantan!

Beliau hadir memenuhi jemputan untuk membuat persembahan di program Sambutan Jelajah Budaya Anak Muda peringkat negeri Kelantan yang berlangsung jam 3 petang tadi bertempat di Sekolah Kebangsaan Othman Talib, Tendong, Pasir Mas.


Beliau sempat melaungkan 'Hidup BN, BN okay' di atas pentas. Tambahnya lagi, beliau tidak pernah membelakangi kerajaan Barisan Nasional sepanjang 30 tahun karier beliau dalam industri hiburan tanahair.

Program berkenaan mendapat sambutan rakyat Kelantan terutamanya anak-anak muda. Hampir 3000 orang hadir dan rata-ratanya hadir dengan semangat gelombang merah.

Anak-anak muda kebanyakannya mengharapkan perubahan besar berlaku di Kelantan demi masa hadapan mereka yang lebih terjamin. Mereka sangat memerlukan peluang pekerjaan dan pembangunan di negeri kelahiran mereka.

Gerakan TUKAR juga telah mengadakan kembara pada hari tersebut dan singgah di program berkenaan. Mereka sempat meluangkan masa di sana dan mengagihkan barangan-barangan seperti risalah, stiker, belon dan sebagainya.

Lihat gambar-gambar sekitar program tersebut.



Tuesday, 19 March 2013

#TukarKelantan : Rakyat Kelantan Teruja PM @NajibRazak Tepati Janji

 ORANG ramai berebut-rebut mendapatkan borang permohonan pembelian rumah pada majlis pecah tanah Projek Perumahan Rakyat Kota Bharu di Wakaf Mek Zainab.


KOTA BHARU - Sebanyak 20,000 borang permohonan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Bharu habis diedarkan dalam masa beberapa minit sahaja, membuktikan rakyat negeri ini amat memerlukan kemudahan itu untuk keselesaan keluarga masing-masing.

Jumlah tersebut adalah sebahagian daripada borang yang telah diedarkan selepas Majlis Pecah Tanah projek itu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Wakaf Mek Zainab dekat sini semalam.

Pada majlis itu, Perdana Menteri mengumumkan rumah tersebut berkeluasan 213 meter persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air yang dibina dengan kos kira-kira RM160,000 seunit itu hanya akan dijual pada harga RM35,000 seunit selepas kerajaan memberi subsidi sebanyak RM125,000.

Kemudahan rumah rakyat mampu milik sememangnya menjadi idaman hampir seluruh rakyat ini sejak puluhan tahun lalu, tetapi tidak kesampaian apabila kemudahan itu tidak pernah disediakan oleh kerajaan negeri meskipun diberi mandat memerintah selama 22 tahun.

Seorang penduduk yang ditemui, Azhar Ali, 41, sanggup berebut untuk mendapatkan borang bagi memiliki kemudahan tersebut, melahirkan rasa terharu terhadap tanggungjawab Kerajaan Persekutuan yang begitu peka dengan aspirasi rakyat negeri ini.

"Kami sekeluarga belum ada rumah sendiri. Hidup dengan menyewa sejak 17 tahun lalu. Jadi saya amat berharap rezeki akan menyebelahi kami untuk memiliki rumah sendiri dengan kemudahan ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Gan Han Chuan, 45, berkata, rakyat negeri ini sememangnya amat memerlukan kemudahan rumah mampu milik tersebut memandangkan kebanyakan rakyat negeri ini berpendapatan rendah dan sederhana.
"Kerajaan perlu menyediakan lebih banyak borang permohonan kerana 20,000 borang hari ini tidak mencukupi," katanya.

Katanya, Kerajaan Persekutuan hari ini membuktikan ketelusannya dengan menepati janji yang diumumkan 20 Januari lalu.

Najib semasa melancarkan Program Jelajah Janji Ditepati peringkat Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, Kota Bharu pada 20 Jan lalu, mengumumkan tujuh projek besar untuk memajukan Kelantan.

Antara janji itu ialah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bahru, membina masjid terbesar yang bakal menjadi ikon di negeri ini, stadium baharu, 3,000 unit perumahan rakyat dan pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bahru.

Seorang lagi penduduk Kota Bharu, Amir Mukhtar, 23, berkata, janji yang ditunaikan dalam masa terdekat ini menunjukkan kerajaan amat prihatin terhadap keadaan rakyat di negeri ini.

Dia berkata, sejak Perdana Menteri mengumumkan projek rumah rakyat untuk orang Kelantan pada Januari lalu, seluruh rakyat khususnya di Kota Bharu ternanti-nanti pelaksanaannya.

"Sememangnya inilah saat yang ditunggu-tunggu. Tidak sangka Perdana Menteri akan tunaikan janjinya itu secepat ini," katanya. -UTUSAN-

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?