Kemeriahan pertandingan jawatan exco pemuda semakin terasa sebaik sahaja selesai proses pendaftaran calon kelmarin, difahamkan seramai 73 orang disahkan bakal bertanding bagi merebut jawatan exco pemuda UMNO Malaysia.
Selain Ariff Hakimi yang juga Naib Presiden Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) iaitu calon exco pemuda bernombor 62. Presiden Himpunan Siswazah Kelantan iaitu Sdr. Faizal Daud turut bertanding merebut jawatan exco pemuda menjelang pemilihan Oktober nanti.
Kedua-dua calon kelahiran Kelantan ini merupakan individu yang aktif bergerak melalui HIMSAK dan juga Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB). Penulis dimaklumkan Faizal Daud menawarkan diri pada saat akhir setelah mendapatkan pandangan daripada penaung HIMSAK sendiri iaitu Dato Seri Mustapha Mohamed serta Ketua Pemuda UMNO Kelantan Anuar Safian.
Menurut Faizal Daud, tujuan dia turut bersama Naib Presiden HIMSAK Ariff Hakimi bertanding merebut jawatan exco pemuda adalah kerana mahu mendekati golongan muda dan mahasiswa supaya mereka sayang pada UMNO.
Jika ditakdirkan menang dalam pertandingan ini, golongan mahasiswa mampu didekati melalui platform politik berbanding sebelum ini di mana golongan mahasiswa didekati melalui NGO, malah ada yang tidak berani membawa nama parti politik setiap kali berhadapan dengan kumpulan mahasiswa.
Selepas ini penulis akan perincikan gerak kerja di peringkat akar umbi yang telah dilakukan oleh kedua-dua calon exco pemuda UMNO Malaysia dari Kelantan.
Dua nombor penting buat pemuda akar umbi di Kelantan menjelang Pemilihan Agung UMNO 2013 iaitu No.46 dan No.62
Ambo sambung lagi semula deh...
No comments:
Post a Comment