Ketiga-tiga calon tersebut ialah Presiden Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB), Mohd. Faizal Daud; Pengarah Eksekutif GDAB, Ariff Hakimi Zulkifli dan Setiausaha Persatuan Anak-Anak Kelantan, Azlan Abdullah.
Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian yang ditemui selepas majlis tersebut berkata, ketiga-tiga calon diketengahkan itu mempunyai pakej lengkap dari segi pengalaman dan latar belakang pendidikan untuk membawa suara anak muda terutama dari Kelantan.
Pemuda UMNO Kelantan memberi sokongan penuh kepada ketiga-tiga tokoh muda ini untuk bertanding jawatan Exco dan kita yakin mereka dapat melaksanakan tugas dengan baik untuk melakukan transformasi selaras dengan gagasan Perdana Menteri," katanya.
Sementara itu, Mohd. Faizal yang juga Presiden Himpunan Siswazah Kelantan (Himsah) dan Fellow Kanan Institut Pemikiran Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, fokus utama beliau adalah memberikan penekanan kepada aspek pendidikan.
Saya melihat peranan Pemuda dalam bidang pendidikan sangat penting untuk menjadi juara dalam bidang pendidikan kerana mereka dekat dengan orang muda yang ingin tahu hala tuju mereka.
Barisan kepimpinan dalam Pemuda UMNO masa kini memerlukan cendekiawan dan ahli akademik yang dapat memperkasakan bidang pendidikan untuk generasi muda," katanya.
Dalam pada itu, Ariff Hakimi yang juga seorang arkitek landskap dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Orang Muda Berbakti Kelantan (Tombak) berkata, perjuangannya adalah untuk memantapkan barisan Pemuda bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Saya merasakan sokongan orang muda pada masa kini semakin kritikal dan mereka telah beralih kepada pembangkang, justeru usaha untuk memulihkan kepercayaan orang muda harus dijadikan agenda utama.
Ini bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menang pada PRU-14 di Malaysia amnya dan Kelantan khususnya," kata beliau.
Azlan Abdullah yang juga seorang peguam berkata, sudah sampai masanya UMNO menarik lebih ramai pengamal undang-undang untuk menyertai parti tersebut sebagaimana dilakukan oleh pakatan pembangkang.
Katanya, pakatan pembangkang telah menggunakan kelebihan yang ada pada peguam untuk menarik sokongan daripada rakyat.
Kita lihat ramai peguam berada dalam pembangkang, saya rasa sudah sampai masanya UMNO dibarisi oleh peguam-peguam untuk menguatkan parti terutama ketika berhujah ," katanya.
1 comment:
kebetulan nak ke peringkat nasional, saya harap dan yakin satu gerak gempur dapat dilakukan untuk membatalkan projek yang akan melenyapkan agama dan bangsa :
1MALAYSIA SPIRITUAL TOURISM PROJECT
Patung Kuan Yin ( berpusing ) TERBESAR Di Dunia ! Kuil Kuan Yin TERBESAR Di Dunia ! Kompleks Beli Belah TERBESAR Di Dunia ! Piramid TERBESAR Di Dunia ! Columbarium ( Tempat/Stor Menyimpan Abu Mayat ) TERBESAR Di Dunia !
Lokasi - Gambang, 35 km dari bandar Kuantan diatas tapak seluas 500 ekar, yakni lebih besar dari kawasan KLIA.
...... dan sedar2, akan terbangunlah Bandaraya Himpunan Agama Kafir yang UNIK dan TERBESAR di dunia di Tanah Melayu ini.
Makanya disini saya MERAYU kepada semua pembaca agar dapat turut serta bersama saya MEMBANTAH projek mega ini.
http://dinturtle.blogspot.com/2013/09/enchant1mst-kepada-para-pembaca-saya.html
http://dinturtle.blogspot.com/2013/09/gempar-1malaysia-spiritual-tourism.html
http://dinturtle.blogspot.com/2013/09/enchant1mst-kita-wajib-bantah-dimana.html
Post a Comment