Thursday 31 January 2013

#TukarKelantan : Tan Sri Muhyiddin Disambut Dengan Laungan #GelombangMerah

Laungan gelombang merah bergema. 
Lawatan kerja YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Kelantan disambut meriah oleh rakyat negeri Kelantan. Tan Sri Muhyiddin tiba di Kelantan seawal jam 8.30 pagi dan kemudian mempengerusikan mesyuarat BN Kelantan yang melibatkan semua parti komponen di Grand Riverview Hotel.

Kemudian beliau meluangkan masa di Majlis Himpunan Khas Kumpulan Strategik Bersama YAB TPM yang dihadiri oleh lebih 1500 peserta yang terdiri daripada lebih 20 kumpulan, melibatkan penjawat awam, pesara, pendidik, warga seni, warga pondok, mahasiswa dan lain-lain.

YAB TPM kemudiannya ke USM Kubang Kerian untuk bersama penjawat-penjawat awam. Pada malamnya, beliau ke Pasir Puteh sebelum pulang ke Kuala Lumpur pada jam 11 malam. Semangat gelombang merah semakin hari semakin kuat dan rakyat Kelantan dilihat semakin tidak sabar untuk menukar kerajaan PAS Kelantan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat Kelantan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi membawa perubahan selepas 22 tahun mereka di bawah Pas, tidak banyak kemajuan yang dilakukan di negeri ini.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, rakyat Kelantan boleh menukar kembali kerajaan BN atau menolak terus parti itu pada masa hadapan sekiranya didapati gagal membawa perubahan selepas diberi mandat pada PRU-13.

Beliau menjelaskan, tawaran tujuh projek mega berimpak tinggi yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat Kelantan sebelum ini bukan perkara main-main, sebaliknya ia janji yang akan ditunai.

"Yang berkuasa ialah rakyat Kelantan, tapi bagi kami peluang dan kita tengok caranya, ada beza tak dalam lima tahun itu, kalau tak ada beza juga itu hak (rakyat) Kelantan untuk buang kami, tak usah percaya kepada kami.

"Tapi kami nak buktikan kami boleh buat, kami nak bantu rakyat. Kita nak minta mandat diberikan kepada kita, rayuan kita ialah untuk menolong mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN

Lagi gambar :












Wakil AJK Sekolah Pondok menyampaikan penghargaan terima kasih kepada TPM di atas bantuan kerajaan BN kepada sekolah-sekolah pondok.








No comments:

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?