Monday, 28 January 2013
Kampus Terbaru #UiTM Bakal Dibina di Lundang
Kerajaan Pusat sudah mengenal sebuah kawasan di Lundang sebagai lokasi pembinaan kampus baru bagi menempatkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Kota Bharu.
Ketua Umno Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, perbincangan lanjut mengenai tapak seluas kira-kira 5.6 hektar itu akan dibuat minggu depan.
“Perbincangan itu untuk mencari kaedah supaya kita boleh memulakan kerja-kerja asas supaya kita dapat buat dengan segera,” katanya kepada media selepas menyampaikan bantuan khas awal persekolahan 2013 kepada ibu bapa dan pelajar Sekolah menengah Kebangsaan Sultan Ismail (SMKSI) di sini, semalam.
Mengulas mengenai tapak sedia ada, Mohamad Fatmi berkata, ia terpulang pada pengurusan universiti itu sama ada untuk mengekalkan atau sebaliknya.
“Saya rasa ia kekal sebab UiTM satu jenama yang cukup popular dan amat diminati pelajar,” katanya.
Dalam pada itu, Mohamad Fatmi yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri berkata, perbincangan berhubung projek perumahan rakyat di Kota Bharu juga akan dibuat minggu hadapan bagi membolehkannya memulakan pembinaan secepat mungkin.
“Selama 22 tahun tidak ada projek perumahan di sini, walaupun sebenarnya ia dinantikan rakyat, dan ini berita paling menggembirakan warga Kota Bharu,” katanya demikian ketika mengulas berhubung salah satu daripada tujuh janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya Barisan Nasional diberi mandat mentadbir negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU13) nanti.
Menurutnya, untuk peringkat permulaan beliau akan cuba melaksanakan pembinaan 1,000 berbanding 3,000 unit yang diumumkan Perdana Menteri.
Selain pembinaan kampus bandar UiTM dan perumahan rakyat, ia juga akan melibatkan pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, pembinaan stadium baru, dan masjid terbesar, di samping projek mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, serta menyelesaikan masalah air.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
CARI ARTIKEL LAMO
Hok Orang Ramai Baco!
-
Menurut kakitangan Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Setiausaha Agung PAS sering mengunjungi Hotel ***ANA untuk berbincang perkara penting. Se...
-
Kata-kata Nasaruddin Daud berbaur hasutan berbunyi ; “Lebih malang tuan-tuan, gas di perairan Kelantan patut didaratkan di Pantai Senok...
-
Siapa tidak kenal Amy Search, artis terkenal di Malaysia. Satu ketika dahulu, arena politik negara pernah gempar apabila gambar Amy Searc...
-
Diam tak diam, dalam kezuhudan yang ditonjolkan oleh Nik Aziz dan keluarga, Nik Aziz telah berjaya mengumpul sebegitu banyak harta. Ini ba...
-
Persatuan Anak Muda Islam Malaysia (AMIM) amat berbesar hati dengan kesudian Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore menerima kunjunga...
-
Report polis telah dibuat oleh Dato' Paduka Ibrahim Ali berhubung pendedahan pemilikan tanah Nik Aziz dan isterinya Tuan Sabariah yang ...
-
Blog Tukar Kelantan sebelum ini pernah mendedahkan lokasi kedai yang bertukar menjadi "tarian punggung" yang terletak cuma 600 ...
-
Penulis terdetik untuk mengetahui adakah batu asas Jambatan Palekbang masih wujud setelah sekian lamanya ia ibarat menjadi tugu di s...
-
Rekod perbualan emel di antara Maria Chin dan Kin Woon sebagaimana didedahkan blog DOUBLE-Y dan AIDC membuktikan dalang di sebalik skanda...
-
Berhubung tindakan Majlis Bandaran Tumpat yang menyita sekolah pondok tempoh hari, kami bertindak melawat Tok Ayah Haji Lah untuk m...
ARTIKEL HOK SEBELUM NIE
-
▼
2013
(260)
-
▼
January
(17)
- #TukarKelantan : Skuad Khas Tanggalkan Logo Politi...
- #TukarKelantan : Tan Sri Muhyiddin Disambut Dengan...
- #TukarKelantan : Kehadiran Nik Aziz ke Lebir, Gua ...
- #TukarKelantan : Artis tersohor Kelate, Man Khan t...
- #TukarKelantan : Peniaga Pasar Siti Khadijah Diara...
- #TukarKelantan : Husam Musa menipu sejak tahun 199...
- #TukarKelantan : Tokong Tertinggi Asia Tenggara Di...
- #TukarKelantan : Tanpa Tin Milo - Kerja Awal Pembi...
- #TukarKelantan : 7 Janji PM @NajibRazak Di Kelanta...
- [FOTO] : @Mustapa_Mohamed & 2,000 Pekebun Kecil Wa...
- #TukarKelantan : Rakyat Berdemo Pertahan Tanah. Ke...
- Kampus Terbaru #UiTM Bakal Dibina di Lundang
- Husam Musa Ditahan Gali Minyak Tanpa Kebenaran Tok...
- #TukarKelantan : Berhutang Di Kedai Runcit, Penguk...
- Ibu Tunggal Miskin Anak Lapan Terharu Terima Bantuan.
- [VIDEO] : #JelajahJanjiDitepati PM @NajibRazak Umu...
- #TukarKelantan : BN Kelantan Lancar Jentera Siber ...
-
▼
January
(17)
RAKAN BLOGGERS
BLOG GENG KEDAH
BLOG GENG W.PERSEKUTUAN
KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!


SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?

No comments:
Post a Comment