Showing posts with label pilihanraya umum. Show all posts
Showing posts with label pilihanraya umum. Show all posts

Thursday, 4 April 2013

Bubar Parlimen #GE13 : PR Tidak Gembira Dengan Pembubaran.


Tatkala menunggu Perdana Menteri mengumumkan pembubaran parlimen, Pakatan Rakyatlah yang kononnya paling tidak sabar. Berbagai-bagai spekulasi dimainkan berkenaan kenapa parlimen belum dibubar sedangkan pada penggal-penggal sebelum ini mereka juga yang marah-marah jika Perdana Menteri bertindak mempercepatkan pilihanraya.

PR menuduh Perdana Menteri sebagai takut, tidak bersedia, malah ada juga yang berimaginasi yang Perdana Menteri sengaja melambatkan pembubaran kerana ingin mencetuskan huru-hara? Sekali dengar, tampak seolah-olah PR benar-benar sudah gila kerana terlalu sangat gilakan kuasa.

Di masa yang sama, PR tidak pula bertindak membubarkan terlebih dahulu DUN di negeri-negeri yang diperintah mereka. Dalam mereka gah bercakap tentang keyakinan mereka untuk menang dan bakal menawan lebih banyak negeri, mereka terus menunggu agar parlimen dibubar dahulu.

Akhirnya, apa yang ditunggu-tunggu sangat oleh PR pun berlaku pada petang semalam.

Sangka kita PR akan menerimanya sebagai ‘berita yang telah dijangka’, tetapi sebaliknya, PR menuduh pula pembubaran itu berlaku kerana hanya kerana PM menerima tekanan serta desakan dari berbagai pihak. Hanya setelah pengumuman pembubaran dari PM, barulah PR turut mengumumkan pembubaran serentak DUN di negeri-negeri jajahan mereka.


Dengan itu, kita tidak faham bilakah agaknya tarikh yang tepat di mata PR untuk PM mengumumkan pembubaran. Apa yang kita lihat ialah, jika awal pun salah, lambat pun salah.

Inilah yang berlaku apabila PR benar-benar ketandusan modal di saat-saat akhir. Segala peluru, bom, termasuk bom jangka yang dipasang mereka telah pun meletup tanpa memusnahkan apa-apa. Sehinggakan akhirnya, bila perang benar-benar akan bermula, mereka terpaksa berlawan tanpa senjata tetapi sekadar berpencak silat sumbang sambil mulut menyumpah-nyumpah rambang.

Isu kalimah Allah yang diharapkan menjadi peluru bagi menjauhkan pengundi bukan Islam dari BN ternyata memakan diri. Isu Lahad Datu yang dijangka menjadi bom nuklear menghapuskan terus BN, telah sebaliknya menjadi pembakar semangat perpaduan, sekali gus menjana kekuatan BN. Isu Altantuya, scorpene, SPR dan sebagainya pula telah pun selesai dengan keputusan PR kalah teruk.

Hakikatnya, PR tersalah jangka tarikh pilihanraya. Mereka telah berkempen begitu lama selama setiap hari, setiap minit dan saat, selama empat tahun tanpa henti. Menabur fitnah dan memainkan isu yang lemah sebegitu lama pastinya meletihkan. Ini kerana cerita-cerita yang dimainkan perlahan-lahan berubah, ditokok tambah atau dikurangkan disana sini dalam usaha memastikan ia terus relevan. Oleh kerana cerita tersebut berdasarkan fiksyen dan bukannya kebenaran, maka versi asal tidak lagi boleh disemak dan dipastikan.

Akhirnya strategi mengelirukan rakyat untuk meraih sokongan ini ternyata menyebabkan PR sendiri menjadi keliru lalu buntu.

Justeru, yang baculnya, yang penakutnya dan yang terdesak dan tertekannya bukanlah BN, tetapi PR sendiri. Kerana itu mereka tidak berani membubarkan DUN negeri mereka terlebih dahulu.

Kita tahu bahawa PR masih belum mampu menyelesaikan isu calon dan kerusi. Di sana sini kedengaran ketidakpuasan hati berkenaan sifat Anwar Ibrahim yang kuku besi, sikap Lim Guan Eng yang angkuh dan sikap Hadi Awang dan Nik Aziz yang bodoh.

Suara PAS tidak dihormati di Pulau Pinang dan Selangor. Suara DAP tidak dihormati di Kedah. PAS Kelantan pula sanggup mendengar suara DAP Perak sehingga ke tahap menghadiahkan tanah. Di celah-celah itu pula, balak di Kedah sudah hampir selesai, air di Selangor sudah hampir habis, tanah Kelantan sudah banyak tergadai, yang tidak selesai tidak habis dan tidak tergadai ialah DAP Pulau Pinang yang sibuk melaksanakan projek-projek mega yang tidak perlu, dan dengan cara yang tidak telus.

Jelaslah, PR berada dalam keadaan kecut perut untuk menghadapi pilihanraya. Taktik pecah dan perintah dengan menghasut semangat perkauman, hanya menyebabkan bangkitnya semangat untuk bersatu yang lebih kuat di kalangan rakyat apabila BN bertindak menggiatkan penjelasan dan seruan ke arah perpaduan.

Nampaknya, malang sekali bagi PR kerana di saat gendang perang dipalu, parti mereka hanya mampu memainkan isu ‘tarikh pembubaran parlimen’ sahaja sebagai peluru!

Wednesday, 3 April 2013

#TukarKelantan : Tahun TUKAR Kerajaan PAS Kelantan!

UMNO Kelantan yang dipimpin oleh Datuk Seri Mustapa Mohamed berkeyakinan tinggi bahawa Barisan Nasional akan berjaya memenangi kesemua kerusi yang dipertandingkan dalam pilihanraya umum ini.

Walaupun pembangkang telah lama berusaha untuk merosakkan minda rakyat agar membenci pemimpin Barisan Nasional, mereka tetap gagal untuk membohongi majoriti rakyat Kelantan yang berdiri teguh di belakang Barisan Nasional.

Strategi mereka yang menghina kepimpinan Barisan Nasional seolah-olah tidak ada satu pun kebaikan yang telah dinikmati oleh mereka dan anak-anak mereka membuatkan majoriti rakyat Kelantan merasa jelek dengan mereka.

Pada masa yang sama, UMNO Kelantan telah lama bersedia untuk menghadapi pilihanraya umum ini dengan mengadakan banyak aktiviti-aktiviti yang mendekatkan pemimpin UMNO dengan rakyat Kelantan dan memberi maklumat jelas kepada rakyat Kelantan.

Antara aktiviti yang banyak diperkatakan oleh rakyat Kelantan adalah Gerakan TUKAR. Mereka membawa mesej "Gelombang Merah" untuk menawan Kota Darul Naim. 


"Gelombang Merah" telah banyak menenggelamkan pembangkang ditempat-tempat yang dilawati .

UMNO Kelantan percaya "Gelombang Merah" ini akan menjadi lebih hebat lagi mulai dari hari ini - iaitu menjadikan pilihanraya kali ini menjadi "Tahun TUKAR Kerajaan PAS Kelantan".


Agenda untuk menjadikan "Tahun TUKAR Kerajaan PAS Kelantan" ini bukan sahaja melemaskan pembangkang sehingga mereka tidak bermaya untuk memperbodohkan rakyat Kelantan, tetapi ia akan menghancurkan pembangkang dan menghanyutkan mereka keluar dari Kelantan.

UMNO Kelantan amat berharap rakyat Kelantan tidak diperbodohkan oleh dakwaan-dakwaan bahawa pembangkang mendapat sokongan yang padu di Semenanjung kerana sejak beberapa bulan ini, sudah nyata tanpa perlu bersuluh lagi bahawa ramai penyokong pembangkang telah meninggalkan mereka.

Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran 'hantu-hantu' ghaib yang mengisi tempat-tempat kosong ketika pembangkang sedang berceramah malahan menggunakan pengaruh Gerakan TUKAR untuk memenuhi ceramah.


UMNO Kelantan akan bekerja keras untuk memastikan kemenangan yang bergaya di Kelantan untuk Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tonton video 6 janji Tok Pa untuk rakyat Kelantan :-



Gelombang Merah, BN Merentah! TUKAR Kerajaan PAS Demi Rakyat!

#PRU13 : Ucapan penuh PM Najib mengenai pembubaran parlimen & jangkaan tarikh mengundi. #GE13 #Vote4BN



YAB PM, Dato Seri Najib Tun Razak pada pagi tadi telah mengumumkan pembubaran Parlimen Ke - 12 untuk memberikan laluan kepada pilihanraya umum ke 13.

Beliau membuat pengumuman itu menerusi siaran langsung diiringi YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berikut adalah ucapan penuh YAB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak mengenai pembubaran parlimen.

"Saya ingin memaklumkan kepada rakyat Msia bahawa pada pagi ini telah mengadap Yang d-Pertuan Agong dan menyembah warkah kepada baginda memohon perkenan supaya Parlimen Ke-12 dibubarkan pada hari ini Rabu 3 April 2013. 
Sehubungan dengan itu, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, Baginda telah pun memperkenankan bagi Parlimen Ke-12 dibubarkan berkuatkuasa hari ini. 
Sehubungan dengan itu, saya menasihatkan kepada ketua-ketua kerajaan negeri yang berkenaan untuk mengadap ketua-ketua negeri mereka bagi mendapat perkenan pembubaran DUN masing-masing agar pilihan raya umum dapat diselaraskan secara serentak di seluruh negara. 
Rakyat Malaysia yang dikasihi. 
Hari ini empat tahun lalu, pada tanggal 3 April 2009, saya telah mengangkat sumpah untuk memikul amanah serta tanggungjawab sebagai PM negara Malaysia yang tercinta.
Dalam tempoh tersebut saya bersama-sama TPM, anggota jemaah menteri dan anggota pentadbiran yang lain telah pun dengan segala ikhtiar dan upaya, mencetuskan dan melaksanakan pembaharuan serta perubahan berpaksikan kepada falsafah 1 Malaysia, rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan serta dipandu oleh Dasar Transformasi Nasional. 
Dalam tempoh 4 tahun yang lepas, rakyat Malaysia telah dapat mengalami dan menyaksikan sendiri bagaimana program, perancangan serta dasar transformasi nasional yang melibatkan program transformasi kerajaan, ekonomi, politik dan sosial telah dilaksanakan dan seterusnya membuahkan hasil dalam meningkatkan kesejahteraan hidup mereka dan memakmurkan negara. 
Kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan ini ialah yang meletakkan kepentingan tuan-tuan dan puan-puan rakyat Malaysia di atas segala-galanya. Kami merupakan kerajaan yang apabila berjanji, menepati janji, kami sebuah kerajaan yang apabila diberi amanah akan menjunjung dan melaksanakannya, bukan sikap kami menanam tebu di bibir. 
Semuanya bukti komitmen kami mampu dinilai serta diukur daripada prestasi dan track rekod kami sepanjang 4 tahun yang lalu. Rakyat Malaysia yang dikasihi, pembubaran ini akan membuka laluan kepada bermulanya proses pilihan raya umum bagi kali yang ke-13 untuk negara semenjak tahun 1959. Iaitu apabila kita mula mengadakan pilihan raya umum yang pertama selepas merdeka. 
Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan sebagai asas pemerintahan. Kuasa mutlak untuk memilih kerajaan berada di tangan rakyat. 
Sejarah telah menunjukkan bahawa kebunggaran demokrasi telah berjaya menyediakan asas-asas yang subur untuk kestabilan dan keamanan nasional yang telah dinikmati warga negara ini selama lebih 5 dekad. 
Amalan demokrasi di Malaysia kekal dan berjaya kerana walaupun bersifat sengit dan amat berdaya saing namun pada akhirnya ia berjaya kerana semua pihak menghormati proses dan keputusannya. Saya ingin menyeru agar tradisi ini diteruskan demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan nasional. 
Semua parti politik yang memilih untuk terlibat dalam pilihan raya umum kali ini perlulah bertanggungjawab. Janganlah kerana tidak yakin dengan sokongan rakyat terhadap parti masing-masing maka ada pihak yang cuba menyemai racun syak wasangka dan seterusnya merosakkan kepercayaan kepada integriti proses pilihan raya yang bakal diadakan.
Insaflah dan ambillah iktibar daripada apa yang berlaku di negara-negara lain di mana taktik ini telah cuba diguna pakai. Kesan dan akhirnya keputusan pilihan raya di negara-negara tersebut tidak lagi diyakini dan mana-mana kerajaan yang dipilih termasuk dari parti yang mengamalkan taktik-taktik tersebut telah ditolak rakyat. Negara akhirnya menjadi tidak stabil, pelabur hilang keyakinan, kemakmuran nasional merudum dan akhirnya rakyat menderita. 
Sejarah selama ini telah membuktikan bahawa di malaysia sejak merdeka lagi, proses pilihan raya yang diadakan bersifat berwibawa, adil dan telus. Kerajaan yang telah dipilih hasil pilihan raya umum sama ada di peringkat Persekutuan mahu pun di peringkat Negeri ialah kerajaan yang mendapat sokongan serta keyakinan majoriti rakyat sesuai dengan amalan demokrasi. Amalan demokrasi sebagai teras pemerintahan merupakan mekanisme terbaik yang pernah dicipta manusia. 
Hakikatnya perbezaan pendapat, idea dan pandangan bukannya penyebab malapetaka atau punca perpecahan. Malah jika ditangani dan diuruskan secara baik sejarah telah menunjukkan ia mampu mendatangkan rahmat, yang akan membahagiakan rakyat dan memajukan negara. 
Marilah kita sama-sama sama ada parti kerajaan mahupun parti pembangkang memberikan komitmen untuk memelihara keutuhan proses demokrasi dan menghormati keputusan yang akan dibaut oleh rakyat. 
Marilah kita bersama-sama berdoa agar pilihan raya ini akan berjalan dengan lancar aman, lancar dan selamat. 
Rakyat Malaysia yang dikasihi, saya inign beri jaminan bahawa kerajaan yang ada akan meneruskan tugas dan tanggungjawabnya sesuai dengan prinsip keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang sehingga selesai proses pilihan raya. 
Saya juga ingin menyeru di samping memberi jaminan kepada semua rakyat Malaysia serta parti politik yang terlibat bahawa jika berlaku sebarang peralihan kuasa sama ada di peringkat Persekutuan mahu pun di peringkat negeri ia akan dan perlu berlangsung secara aman dan tertib. 
Inilah iltizam kita dalam menjunjung prinsip demokrasi. Inilah tekad kita dalam menggerakkan transformasi politik. Inilah komitmen kita dalam menghormati suara dan mendahulukan kepentingan rakyat. 
Kepada semua rakyat Malaysia terutama yang tinggal di pantai timur Sabah janganlah bimbang dan takut. Laksana dan tunaikanlah tanggungjawab tuan-tuan dan puan-puan sebagai warganegara Malaysia. Pihak keselamatan negara akan menjalankan tugas mereka untuk memastikan persekitaran yang selamat untuk tuan-tuan dan puan-puan sekalian. 
Setiap undi tuan-tuan dan puan-puan adalah penting. Jangan bazirkan ia. Jangan pertaruhkan masa depan anak-anak dan negara Malaysia. Fikir dan renungkanlah dengan sebaik-baiknya sebelum membuat keputusan. Ini kerana undi saudara saudari akan menentukan bukan sahaja hala tuju negara dan negeri tetapi juga untung nasib anak cucu kita semua.
Dalam pilihan raya ini tuan-tuan dan puan-puan bukan sahaja bertanggungjawab memilih wakil saudara dan saudari bagi setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi juga memilih kerajaan yang akan mendokong aspirasi tuan-tuan dan puan-puan. 
Rakyat Malaysia yang dikasihi, saya berdiri di sini dengan penuh rasa tawaduk dan terhormat kerana diberi kepercayaan untuk memimpin tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Saya dan rakan-rakan amat menghargai dan menjunjung tinggi kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat dan akan memberikan yang terbaik demi untuk Malaysia dan warganya. 
Di sini saya selaku ketua kerajaan Barisan (BN) ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana telah memberi kepercayaan kepada rakyat Malaysia kepada kami kerajaan Barisan nasional (BN) untuk menerajui kepimpinan negara semenjak lima tahun yang lepas. 
Mulai hari ini saya dan rakan-rakan kepimpinan Barisan Nasional (BN) akan turun dan bertemu dengan rakyat seluruh pelosok negara bagi meyakinkan rakyat Malaysia kenapa kami Barisana Nasional (BN) perlu diberi peluang kembali untuk membentuk kerajaan dengan majoriti yang kukuh. 
Kami akan menggunakan mandat kukuh yang diberi insya Allah untuk melipat gandakan lagi usaha bagi melakar masa depan yang lebih baik, yang lebih bermakna, yang lebih sejahtera untuk saudara dan saudari serta anak cucu kita semua. 
Ayuh, teruskan perjalanan kebangsaan untuk mencapai wawasan nasional ke arah Malaysia yang maju dan berpendapatan tinggi. 
Ingatlah pencapaiannya bukan secara automatik. Ia memerlukan kita melipatgandakan usaha dan meneruskan kesinambungan kejayaan yang wujud.
Marilah kita bersama-sama berganding bahu, berpimpin untuk menjadikan impian ini sebuah realiti. 
Malaysia yang maju, makmur dan selamat penuh dengan peluang serta sarat harapan bagi semua. 
Demi Malaysia usaha bakti kita curahkan, kepada Tuhan kita berserah.

Ayuh rakyat Malaysia, marilah kita satukan hati dan rapatkan barisan. Bersedialah untuk kita menunaikan tanggungjawab dan marilah terus memberi mandat kepada Barisan Nasional.


Marilah bekerja keras untuk memenangkan parti Barisan Nasional demi agama, bangsa dan tanahair. Berusahalah untuk satu tempoh yang singkat ini demi kesejahteraan masa hadapan.

Jika dilihat kepada trend PRU sebelum ini, pilihanraya biasanya diadakan kurang sebulan selepas parlimen dibubarkan.

Blog Tukar Kelantan menjangkakan hari pengundian untuk PRU13 akan jatuh pada 27 April 2013. Apa pun, kita nantikan pengumuman dari Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?