Showing posts with label kantoi. Show all posts
Showing posts with label kantoi. Show all posts

Wednesday, 17 April 2013

PANAS #GE13 : Hotel skandal video seks didakwa Mustafa Ali telah dibocor kakitangannya!

Menurut kakitangan Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Setiausaha Agung PAS sering mengunjungi Hotel ***ANA untuk berbincang perkara penting. Sebelum skandal Mustafa Ali terbongkar, kakitangan tersebut percaya dengan alasan Mustafa yang perbincangan tidak dapat dibuat dalam pejabat PAS kerana terlalu ramai "MATA-MATA" yang akan membocorkan kepada pemimpin parti lain.

Setelah mendapat maklumat tersebut dari kakitangan pejabat PAS, MyMassa cuba selidik adakah benar maklumat yang diberi. Dan ini yang MyMassa jumpa.


Sama tak?

Lebih mengejutkan kerana jarak Hotel ***ANA hanya 5 km dari pejabat PAS. Jadi benarlah alasan yang diberi oleh Haji Hadi yang Mustafa sakit lutut, tak boleh jalan jauh sebab hanya 5km dari pejabatnya!

Kakitangan pejabat PAS tersebut beritahu yang dia bersedia untuk membuat kenyataan bila tiba masa yang sesuai. Katanya lagi, dia tak sanggup untuk menanggung dosa menyimpan kegiatan penzinaan Setiausaha Agung PAS yang akan menyebabkan parti tersebut dilaknat Allah S.W.T. Dia juga bersetuju dengan pandangan Tuan Guru Haron Din yang kes penzinaan ini perlu dibawa ke Lembaga Disiplin parti serta bersedia untuk menjadi saksi untuk membongkarkan perkara ini.

Nampaknya semakin banyak PAS buat solat hajat minta supaya ditunjukkan kebenaran, semakin banyak kebenaran yang terbongkar. Kakitangan pejabat PAS sendiri tak sanggup nak simpan dosa besar bosnya berkat solat hajat Tuan Guru Presiden.

*Dengar cerita security hotel ni memang ketat. Pejabat agama memang susah nak buat operasi kat sini. Khas untuk para MACAI yang masih nak pertahankan Mustafa Ali, sila layan video muzik ini.

Sumber : MyMassa

Saturday, 6 April 2013

#GE13 : Kebenaran muncul jua. Fitnah cincin RM24 juta akhirnya terjawab!!

Fitnah mengenai cincin berlian bernilai RM24 juta yang dimulakan oleh Chegu Bard akhirnya terjawab. Beberapa bukti pernah didedahkan sebelum ini bagi menafikan fitnah tersebut, namun ternyata ketaksuban penyokong pembangkang telah menutup minda mereka untuk menerima segala bukti tersebut.

Perkara yang paling lucu adalah kebanyakan penyokong pembangkang mempercayai bahawa Datin Seri Rosmah Mansor pernah membuat kenyataan bahawa beliau menabung sejak kecil untuk membeli cincin berlian tersebut.

Kenyataan tersebut jelas merupakan satu fitnah. Kenyataan tersebut cuma dimuatkan di dalam keratan muka depan akhbar Utusan Malaysia yang telah diubahsuai oleh pembangkang.

Keratan muka depan Utusan Malaysia yang telah diubahsuai adalah keratan bertarikh 8 Februari 2008. Sungguh tidak masuk akal kenyataan Datin Seri Rosmah boleh dimuatkan di akhbar keluaran tahun 2008 sedangkan isu cincin mula timbul pada tahun 2011. Jika masih ragu-ragu, bolehlah periksa arkib Utusan Malaysia.

Mari kita lihat gambar keratan akhbar asal dan juga keratan akhbar yang telah diubahsuai.

Muka depan akhbar Utusan Malaysia versi asal sebelum diubahsuai
Muka depan akhbar Utusan Malaysia yang telah diubahsuai


Untuk makluman penyokong pembangkang juga, muka depan akhbar Utusan Malaysia pada tahun 2011 telah pun berubah wajah dan tidak sama dengan versi 2008. Lihat gambar keratan muka depan akhbar Utusan Malaysia pada bulan April 2011.


Begitu mudahnya penyokong pembangkang tertipu dengan gambar yang telah diubahsuai. Mereka mempercayainya bulat-bulat tanpa membeli akhbar tersebut dan tanpa memeriksa arkib Utusan Malaysia. Lebih kelakar, mereka masih menggunakan hujah tersebut sehingga kini tanpa menyedari bahawa mereka telah tertipu.

Hakikatnya, tidak pernah ada kenyataan sedemikian dibuat oleh Datin Seri Rosmah, malah beliau telah menafikan yang beliau memiliki cincin tersebut. Lebih serius lagi, beliau telah bersumpah untuk menafikannya.

Datin Seri Rosmah mengakui cincin berkenaan masuk ke Malaysia dan dialamatkan ke kediaman PM untuk tujuan pameran kepada bakal besannya iaitu Maira Nazarbayev yang pada ketika itu berada di kediaman PM untuk beberapa ketika bagi membincangkan majlis pertunangan anak mereka. Maira Nazarbayev adalah pelanggan tetap kepada Jewellery Jacob & Co New York.

Jacob & Co New York telah menghantar cincin tersebut melalui syarikat penghantaran Malca Amit New York dan masuk ke Malaysia melalui KLIA pada 16 April 2011 . Di KLIA urusan seterusnya termasuk urusan pengishtiharan Kastam dilakukan oleh Airoceanic Express Sdn Bhd.

Borang kastam 1-Borang pengishtiharan cincin berkenaan masuk ke Malaysia yang bertarikh 16 April 2011

Diringkaskan cerita, cincin tersebut masuk ke Malaysia mengikut lunas undang-undang yang ada walaupun ianya dialamatkan ke rumah PM.

Adalah satu tindakan yang amat tidak cerdik sekiranya Datin Seri Rosmah mengimport cincin dari luar negara menggunakan khidmat penghantaran dan melalui pemeriksaan Kastam. Bukankah lebih baik jika beliau membeli cincin tersebut dan terus menyarungkan di jarinya?

Setelah cincin berkenaan dipamerkan kepada Maira Nazarbaye, ianya dibawa keluar dari Malaysia melalui KLIA dan diuruskan oleh ejen yang sama. Sekali lagi cincin berkenaan melalui prosedur pemeriksaan Kastam sepertimana yang ditetapkan oleh undang-undang negara. Cincin berkenaan keluar dari Malaysia pada 20 April ke Singapura juga untuk tujuan pameran kepada pelanggan Jacob & Co di negara berkenaan. 

Borang kastam 2-Borang pengishtiharan cincin berkenaan keluar dari Malaysia ke Singapura yang bertarikh 20 April 2011

Selepas dari Singapura kita tidak tahu ke negara mana pula cincin berkenaan dihantar untuk tujuan pameran kepada pelanggan-pelanggan Jacob & Co. Yang pasti cincin berkenaan pulang semula ke New York dari Hong Kong pada 13 Mei 2011. Di Hong Kong mungkin cincin berkenaan dipamerkan kepada pelanggan-pelanggan mereka yang lain. Lebih kurang sebulan cincin berkenaan terbang ke beberapa negara untuk tujuan pameran dan akhirnya kembali ke negara asal.

Cincin berkenaan tiba semula di New York pada 13 Mei 2011 dengan pesawat Cathay Pacific (CX 888) dari Hong Kong. Format tarikh yang digunakan di borang diatas MM/DD/YY
Borang pengishtiharan Kastam Amerika-Pengembalian produk Amerika tanpa cukai

Jika benar Datin Seri Rosmah membeli cincin berkenaan, untuk apa cincin tersebut dibawa ke kediaman PM, kemudian terbang ke Singapura, kemudian terbang entah ke mana-mana negara , kemudian ke Hong Kong dan kembali semula ke New York?

Selepas fitnah ini disangkal dengan segala dokumen tersebut, semalam Raja Petra Kamarudin melalui portal Malaysia Today pula mengeluarkan satu video yang memaparkan pengarah di syarikat penjual cincin tersebut yang berpejabat di Amerika menjelaskan perkara sebenar.

Inilah yang dikatakan kebenaran akan muncul jua, sama ada cepat atau lambat. Saksikan video penerangan yang dibuat oleh wakil Jacob & Co.



Dalam video tersebut, beliau menafikan bahawa Datin Seri Rosmah telah membeli cincin tersebut. Secara jelas diterangkan bahawa cincin tersebut dibawa masuk ke Malaysia untuk tujuan pameran sahaja. Segala bukti dalam bentuk dokumen juga ditunjukkan.

Katanya lagi, cincin tersebut akhirnya dijual kepada seseorang di sana tanpa menyebut nama si pembeli.

Dengan adanya bukti terbaru yang berupa pengakuan dari pihak yang menguruskan cincin tersebut sendiri, maka jelaslah isu cincin berlian bernilai RM24 juta ini hanyalah fitnah jahat yang direka oleh pembangkang untuk menjatuhkan kredibiliti Dato Seri Najib dan isteri.

Pakatan Pembangkang dilihat begitu terdesak kerana mereka gagal menyerang peribadi Dato Seri Najib yang bersih, sehingga terpaksa menyerang peribadi keluarga PM.

Sudah pasti ramai penyokong pembangkang yang perlu meminta maaf dan bertaubat atas fitnah dan sindiran yang selama ini mereka lontarkan kepada Datin Seri Rosmah Mansor.

Kredit kepada RBF Online.

Tuesday, 2 April 2013

#TukarKelantan : Rahsia pernikahan ADUN PAS dengan wanita Kemboja terbongkar??


Tahun 2010 seorang wanita Kemboja yang mengaku dirinya isteri kedua ADUN PAS Melor di Kelantan telah membawa kes tuntutan mutaah ke Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu. Dalam tuntutan itu wanita berkenaan menuntut RM 3 juta daripada bekas suaminya.

Perbicaraan kes tersebut menjadi bualan umum di Kelantan dan seluruh negara kerana ia melibatkan seorang ADUN PAS. Dalam masa yang sama mencemarkan reputasi PAS. Walaupun tiga tahun telah berlalu timbul persoalan kenapa kes berkenaan senyap begitu sahaja sehingga kini ?

Rupa-rupanya kes berkenaan telah ditarik balik dan tuntutan bekas isteri kedua ADUN berkenaan diselesaikan di luar mahkamah. Difahamkan wanita berkenaan berjaya mendapat RM 3 juta yang dituntut dari bekas suaminya hasil bantuan kawasan balak yang dianugerahkan oleh Nik Aziz.

Atas alasan menjaga air muka tok guru dan PAS Kelantan, khabarnya Nik Aziz telah menganugerahkan kawasan balak kepada ADUN berkenaan yang mana kawasan berkenaan kemudiannya dijual dan wang digunakan untuk membayar tuntutan wanita berkenaan.

Banyak sebab yang membuatkan PAS Kelantan takut jika perbicaraan itu diteruskan. Kerana itulah mereka memilih untuk tidak meneruskan perbicaraan dan cari jalan untuk selesaikan luar mahkamah bagi mengelak PAS diaibkan. Namun begitu bangkai gajah mana mungkin ditutup dengan daun pisang. Sebijak-bijak PAS hendak menutup kisah berkenaan akhirnya terbongkar jua.

Jika kes tersebut dibicarakan di mahkamah tiga rahsia besar akan terbongkar.

1 - Jumlah harta yang dimiliki oleh Adun Pas berkenaan.
2 - Siapa jurunikah, saksi dan tempat bernikah.
3 - Surat nikah palsu

Pertama, ketika perbicaraan sebelum kes ditarik balik wanita berkenaan memberitahu mahkamah bahawa beliau yakin bekas suaminya mempunyai harta yang melebihi RM 3 juta - The Malaysian Insider, 29 September 2010.

Jika perbicaraan diteruskan maka akan terbongkarlah kekayaan seorang ADUN PAS yang sering mengaku mereka miskin, dan dari mana datangnya hasil kekayaan itu.

Ejen nikah sindiket - kiri jurunikah, kanan saksi

Kedua, khabarnya orang yang menikahkan mereka adalah ADUN PAS Air Lanas, Abdullah Ya'kub dan saksinya adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan yang juga salah seorang ADUN PAS di Kelantan. Mereka dinikah dalam bilik hotel di Kemboja. Jika perbicaraan diteruskan maka akan terbongkarlah cerita ADUN PAS menjalankan khidmat pernikahan sindiket dan kesan lebih teruk lagi kerana yang melanggar peraturan berkenaan adalah wakil rakyat dan seorang Speaker DUN.

Ketiga, khabarnya apabila mendapat berita bekas isteri ADUN Melor akan membawa kes berkenaan ke mahkamah, ADUN Melor telah meminta pertolongan seorang lelaki yang dikenali sebagai Ustaz Rahimi Madani yang juga bertindak sebagai bomoh rasmi Husam serta bomoh kepada Satay Malaysia telah pergi ke Thailand untuk mendapat satu surat nikah yang tarikh telah dikebelakangkan (back dated) sebagai bukti nikah kepada mahkamah. Jika perbicaraan tersebut diteruskan maka semua ini akan terbongkar kerana seorang adun terlibat menggunakan dokumen palsu.

Begitulah cekapnya PAS melakukan kerja-kerja mengambuskan kesalahan orang mereka. Yang menjadi mangsa adalah tanah-tanah balak Kelantan untuk menutup kebejatan pemimpin-pemimpin PAS, demi kepuasan nafsu ADUN mereka mendapat 'barang baik' made in Cambodia.

Ada yang mampu menafikan berita ini?

Kredit kepada blog Gelombang Merah.

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?