Showing posts with label dato rosdi. Show all posts
Showing posts with label dato rosdi. Show all posts

Sunday, 10 March 2013

#TukarKelantan : 2000 hadiri ceramah Minda Pondok walaupun disabotaj PAS!


Ceramah-ceramah anti PAS di seluruh Kelantan semakin mendapat sambutan dari hari ke hari. Jika di sebelah petang semalam 20,000 berhimpun di Perhimpunan Rakyat Kelantan Naik Angin bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad, di sebelah malam pula hampir 2000 orang menghadiri ceramah Minda Pondok dengan kerjasama UMNO Wakaf Bharu.

Ceramah yang diberi tajuk "DAP ikut PAS atau PAS ikut DAP" itu diadakan di perkarangan stesen minyak Shell Wakaf Bharu.

Ceramah turut dihadiri Ketua Cawangan UMNO Wakaf Bharu, Dato Sri Ahmad Sukimi Ibrahim sebagai tuan rumah dan juga Penyelaras DUN Wakaf Bharu, Datuk Hj. Mohd Rosdi.

Datuk Hj. Rosdi sebagai penceramah pertama menyentuh tentang ceramah PAS yang selalu menabur fitnah. Dalam ceramah terakhir PAS di Pasar Wakaf Bharu yang menampilkan 3 orang penceramah, boleh dikatakan lebih 90% isi ceramah adalah fitnah semata-mata. Pada ceramah tersebut, Dato Hj. Rosdi difitnah kononnya beliau kaya semasa menjadi wakil rakyat. Lihat jawapan kepada fitnah tersebut di bawah.


Penceramah kedua adalah Ustaz Azwadi dari Jabatan Penerangan Malaysia. Beliau menyentuh mengenai kejadian di Lahad Datu. Beliau menegaskan bahawa kejadian di Lahad Datu bukannya satu sandiwara sebagaimana yang dikatakan oleh Ahli Parlimen Batu (PKR), YB Tian Chua.

Penceramah utama, Al-Fadhil Ustaz Hj. Mohd Samsul Mohd Yusuff iaitu Al-Hafiz dari Minda Pondok menyentuh soal aqidah umat Islam yang semakin terancam.


Hadirin langsung tidak berganjak dari tapak ceramah sehingga ceramah berakhir. Mereka beristighfar selepas isu aqidah dikupas oleh Ustaz Hj. Mohd Samsul. 

Ada yang melaung supaya menolak Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin PAS yang lain. Ada juga yang mengutuk Nik Aziz yang dilihat sudah jauh lari dari landasan perjuangan Islam sebenar, malah hari demi hari dilihat semakin memesongkan aqidah umat Islam.

Ceramah itu dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat. Hampir separuh daripada keseluruhan hadirin adalah wanita.

Ceramah itu dilihat sangat berjaya kerana mampu menarik hampir 2000 orang walaupun ada cubaan untuk mensabotaj ceramah tersebut oleh PAS.


Bagi mengalihkan perhatian rakyat khususnya anak-anak muda, PAS mengatur program tayangan skrin besar perlawanan bola sepak Liga Super 2013 yang menemukan Kelantan dan Lions XII dan juga Selangor dan Darul Takzim FC.


Rakyat juga dijanjikan hadiah-hadiah cabutan bertuah berupa hamper, basikal dan lain-lain. Namun, apa yang mengecewakan adalah tayangan skrin besar tidak diadakan sepertimana yang dijanjikan.

Rakyat Kelantan seharusnya bijak menilai pihak mana yang lebih ikhlas untuk memperjuangkan nasib rakyat.

Untuk rekod, pada bulan Februari lepas, lebih 3000 orang hadir di ceramah PENDITA anjuran UMNO Wakaf Bharu di Kampung Kubang Palas, Wakaf Bharu. Ceramah ketika itu disampaikan oleh Pengerusi Biro Agama Nadi Rakyat, Ustaz Rujhan. Lihat gambar-gambar ceramah tersebut di sini.

Saturday, 9 March 2013

#SKT2013 : 3000 buah motosikal serang Pasir Mas dan Tumpat, Nik Aziz makin pening!


Selepas 7 hari menjelajah seluruh Kelantan, Skuad Kembara TUKAR (SKT2013) akhirnya tiba ke penghujungnya. Parlimen terakhir yang dijelajahi SKT2013 adalah Parlimen Tumpat dan Pasir Mas.

Kembara sebelum ini telah ditangguhkan seketika akibat cuaca yang tidak mengizinkan. Walaubagaimanapun, program tetap berjalan seperti yang dirancang.

Pasir Mas dan Tumpat menjadi parlimen terakhir yang dijelajahi oleh SKT2013 selepas Parlimen Kota Bharu dan Kubang Kerian dijelajah pada hari pertama, Pengkalan Chepa dan Bachok pada hari kedua, Ketereh dan Pasir Puteh pada hari ketiga, Machang dan Kuala Krai pada hari keempat, Gua Musang dan Jeli pada hari kelima,  dan Tanah Merah dan Rantau Panjang pada hari keenam.

Di sebelah pagi, SKT2013 bermula di Chetok. 300 pemuda bermotor DUN Chetok berarak ke Pengkalan Pasir. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Che Johan Che Pa telah melepaskan konvoi.

Selepas tiba di Pengkalan Pasir, konvoi Pemuda Chetok bergabung dengan Pemuda Pengkalan Pasir dan membuat satu laporan polis terhadap kenyataan biadap Ahli Parlimen Batu (PKR), Tian Chua.

SKT2013 kemudian berarak ke Tendong dan kembara sesi pagi tamat di sebuah sekolah menengah teknik. Di sana, SKT2013 bersama rakyat dalam sukan futsal.

SKT2013 menyambung sesi kembara sebelah petang pada jam 2.30 petang selepas selesai solat Jumaat. SKT2013 bermula di Wakaf Bharu di mana 500 pemuda bermotor DUN Wakaf Bharu dan kepimpinan berarak bersama. Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Dato Noor Zahidi dan Penyelaras DUN Wakaf Bharu, Dato Hj. Mohd Rosdi turut hadir memberikan sokongan.

SKT2013 kemudiannya bergerak ke Pengkalan Kubor, Kelaboran dan Pasir Pekan sebelum kembara berakhir di Pasar Wakaf Bharu.

Antara jalan-jalan yang dilalui adalah jalan Pasir Mas - Kota Bharu, Bunut Susu, Gelang Mas, Jalan Pengkalan Kubor - Bunohan, Jalan pantai ke Tumpat, Pekan Tumpat, Kg. Sedar, Sg. Pinang, Kg. Laut, Kepulau, Wakaf Bharu dan Jambatan Sultan Yahya Petra.




Seperti biasa, SKT2013 berhenti di beberapa tempat sepanjang laluan untuk sesi pidato dan mengagihkan barangan-barangan seperti pamphlet, stiker, belon, bendera, VCD dan sebagainya.

Masyarakat tempatan tidak melepaskan peluang untuk mendekati SKT2013 untuk mendapatkan barangan-barangan eksklusif TUKAR.

Stiker T nampaknya semakin hari semakin mendapat sambutan hebat. Rakyat Kelantan kini tidak lagi segan dan takut untuk menampal stiker T di kenderaan masing-masing.

Lihat gambar-gambar sekitar hari terakhir SKT2013 yang pastinya buat Nik Aziz pening!

SKT2013 bersedia untuk berkonvoi
Pengerusi TUKAR, Encik Kamaruddin Kassim menyampaikan ucapan dengan penuh semangat
Penyelaras DUN Wakaf Bharu, Dato Hj. Mohd Rosdi turut bersama
Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Dato Noor Zahidi bersama sukarelawan-sukarelawan TUKAR

Gelombang Merah, BN Merentah, Kelate Berubah. 

TUKAR!!

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?