Showing posts with label pru. Show all posts
Showing posts with label pru. Show all posts

Wednesday, 3 April 2013

#TukarKelantan : Tahun TUKAR Kerajaan PAS Kelantan!

UMNO Kelantan yang dipimpin oleh Datuk Seri Mustapa Mohamed berkeyakinan tinggi bahawa Barisan Nasional akan berjaya memenangi kesemua kerusi yang dipertandingkan dalam pilihanraya umum ini.

Walaupun pembangkang telah lama berusaha untuk merosakkan minda rakyat agar membenci pemimpin Barisan Nasional, mereka tetap gagal untuk membohongi majoriti rakyat Kelantan yang berdiri teguh di belakang Barisan Nasional.

Strategi mereka yang menghina kepimpinan Barisan Nasional seolah-olah tidak ada satu pun kebaikan yang telah dinikmati oleh mereka dan anak-anak mereka membuatkan majoriti rakyat Kelantan merasa jelek dengan mereka.

Pada masa yang sama, UMNO Kelantan telah lama bersedia untuk menghadapi pilihanraya umum ini dengan mengadakan banyak aktiviti-aktiviti yang mendekatkan pemimpin UMNO dengan rakyat Kelantan dan memberi maklumat jelas kepada rakyat Kelantan.

Antara aktiviti yang banyak diperkatakan oleh rakyat Kelantan adalah Gerakan TUKAR. Mereka membawa mesej "Gelombang Merah" untuk menawan Kota Darul Naim. 


"Gelombang Merah" telah banyak menenggelamkan pembangkang ditempat-tempat yang dilawati .

UMNO Kelantan percaya "Gelombang Merah" ini akan menjadi lebih hebat lagi mulai dari hari ini - iaitu menjadikan pilihanraya kali ini menjadi "Tahun TUKAR Kerajaan PAS Kelantan".


Agenda untuk menjadikan "Tahun TUKAR Kerajaan PAS Kelantan" ini bukan sahaja melemaskan pembangkang sehingga mereka tidak bermaya untuk memperbodohkan rakyat Kelantan, tetapi ia akan menghancurkan pembangkang dan menghanyutkan mereka keluar dari Kelantan.

UMNO Kelantan amat berharap rakyat Kelantan tidak diperbodohkan oleh dakwaan-dakwaan bahawa pembangkang mendapat sokongan yang padu di Semenanjung kerana sejak beberapa bulan ini, sudah nyata tanpa perlu bersuluh lagi bahawa ramai penyokong pembangkang telah meninggalkan mereka.

Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran 'hantu-hantu' ghaib yang mengisi tempat-tempat kosong ketika pembangkang sedang berceramah malahan menggunakan pengaruh Gerakan TUKAR untuk memenuhi ceramah.


UMNO Kelantan akan bekerja keras untuk memastikan kemenangan yang bergaya di Kelantan untuk Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tonton video 6 janji Tok Pa untuk rakyat Kelantan :-



Gelombang Merah, BN Merentah! TUKAR Kerajaan PAS Demi Rakyat!

Monday, 11 March 2013

[VIDEO] : #TukarKelantan - Dulu PAS Membangun Bersama Islam, Kini Membangun Bersama 'Mak Nyah'



Marah dengan tajuk kami?

Marah atau tidak itulah hakikatnya, jika dulu PAS kerap melaungkan slogan 'Membangun Bersama Islam' di mana Nik Aziz Nik Mat setiap hari mendabik dada kononnya negeri yang ditadbir olehnya selama 23 tahun lebih Islamik jika dibandingkan negeri-negeri lain.




Disebabkan Tok Guru enggan menunaikan hasrat kami iaitu mendoakan 'pecah perut' ke atas penceroboh Sulu di Lahad Datu, kami terpaksa pecahkan rakaman ketiga kami yang dirakam di Pantai Cahaya Bulan iaitu hanya 11.5 kilometer dari Kota Bharu.

Aksi melibatkan perlakuan maksiat malah lebih menjijikkan ia adalah aksi lelaki yang menyerupai wanita.

Rakaman video di atas adalah aksi yang dirakam dalam sebuah resort di mana pihak penganjur secara terbuka menganjurkan acara pertandingan Ratu Cantik melibatkan 'Mak Nyah', lebih hebat ia setiap minggu diadakan. Selain itu ia turut diselitkan dengan acara nyanyian serta pergaulan bebas melibatkan wanita dan lelaki.

Lebih memalukan lelaki bergaul sesama lelaki.

Apakah sejak slogan 'Membangun Bersama Islam' digugurkan dan digantikan dengan 'PAS FOR ALL' kini PAS bersikap lebih terbuka sehingga acara begini dibenarkan dianjurkan setiap tahun tanpa pemantauan pihak berkuasa?

Sebagaimana kami nyatakan kami mempunyai bukti bahawa terdapat 17 pusat maksiat di Kelantan di mana sebahagian daripadanya dilindungi oleh pihak tertentu. Dua lokasi yang kami dedahkan sebelum ini hanya menghentikan operasi mereka sehari tetapi kini kembali beroperasi.

PAS dulu Membangun Bersama Islam, kini Membangun Bersama Maksiat!

Video yang didedahkan sebelum ini :





Nanti video berikutnya...

Tata..titi...tutu Tok Guru!

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?