Showing posts with label pemuda umno. Show all posts
Showing posts with label pemuda umno. Show all posts

Thursday, 10 October 2013

#PemilihanUMNO : Beri Peluang Buat Pejuang Isu Pendidikan Anak Bangsa Membarisi Exco Pemuda UMNO Msia


Penulis terima apabila terdapat khabar angin di mana tiada seorang pun pemuda dari Kelantan yang dianggap sebagai calon exco 'kesukaan' para perwakilan bagi mengisi 20 tempat sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Mungkin disebabkan calon-calon dari Kelantan ini tidak begitu dikenali serta popular di kalangan pemuda walaupun secara dasarnya mereka antara pemuda yang membantu parti baik di cawangan dan juga bahagian.

Sebagai contoh, penulis tertarik dengan artikel dari blog anak Kelantan iaitu Double Y yang ketengahkan calon nombor 46 dan no.62 dari Kelantan iaitu Abe Ja atau sebenarnya Faizal Daud dan Ariff Hakimi.

Baca artikel di bawah :
Siapa yang terbaik, siapa yang mempunyai kekuatan di bahagian, siapa yang aktif di bahagian serta yang mana satu calon yang benar-benar bekerja di peringkat akar umbi dalam membantu parti semasa sehingga selepas PRU13.


Bagi negeri Kelantan yang ketengahkan tiga orang calon, dua orang lagi merupakan pemuda yang buat kerja, mempunyai kekuatan di bahagian namun malangnya mereka kurang popular berbanding calon-calon exco yang lain.

Disebabkan mereka tidak begitu popular, bimbang para perwakilan salah membuat penilaian terpaksalah saya perincikan satu-persatu mengenai mereka.

Faizal Daud calon No.46 - Siapa mamat bernama Faizal Daud, hebat sangatkah sehingga saya merayu kepada perwakilan memberikan peluang kepada dia sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia?
Baca sampai habis KLIK

Buat adik-kakok sahabat perwakilan pemudo. Ambo mitok kito beri peluang kepada calon hok jenis buat kijo. Bukan hok jenis napok muko maso Pemilihan UMNO jah, tapi PRU13 tak tau duk mano.

Tulung pilih molek...

Saturday, 5 October 2013

#Faizal4Exco : Calon Exco Pemuda N0.46 Faizal Daud Mahu Bawa Pemuda Juarai Isu Pendidikan


Bahang pemilihan umno 2013 semakin dirasai memandangkan tarikh 12 Oktober hanya berbaki 8 hari sebelum tibanya hari pengundian untuk sayap-sayap UMNO.

Selain jawatan-jawatan utama, antara yang menarik untuk diperhatikan adalah perebutan bagi jawatan Exco Pemuda UMNO yang melibatkan seramai 77 orang calon.

Masing-masing tampil dengan kekuatan yang tersendiri, namun penulis lebih tertarik dengan calon nombor 46 yang berasal dari Kelantan iaitu Sdr Faizal Daud. Mungkin tidak ramai yang mengenali anak muda ini walaupun pelbagai program di peringkat akar umbi telah berjaya dilaksanakan olehnya.

Penulis melihat misi Sdr. Faizal yang menawarkan diri bagi merebut jawatan Exco Pemuda UMNO kerana mahu membawa pemuda menjuarai isu pendidikan tidak bersifat retorik semata-mata.


Ini kerana berdasarkan pengetahuan penulis, sejak Sdr Faizal mula memegang jawatan sebagai Presiden Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) pelbagai program telah digerakkan oleh Faizal Daud terutama program-program yang memberi kesedaran tentang pendidikan.

Antara program yang berjaya adalah Jelajah Destini Anak Bangsa iaitu sebuah program yang digerakkan dengan kerjasama UiTM bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan melanjutkan pengajian di universiti.


Berdasarkan misi yang ingin dibawa dalam pemuda UMNO serta hasil kerja yang telah berjaya dilaksanakan, penulis mohon para perwakilan pemuda memberikan peluang kepada anak muda ini berbakti di atas platform pemuda.


Sunday, 22 September 2013

#Faizal4Exco Calon No.46 Pemuda UMNO Msia Faizal Daud Mahu Pemuda Juara Pendidikan Rakyat!


Kemeriahan pertandingan jawatan exco pemuda semakin terasa sebaik sahaja selesai proses pendaftaran calon kelmarin, difahamkan seramai 73 orang disahkan bakal bertanding bagi merebut jawatan exco pemuda UMNO Malaysia.

Selain Ariff Hakimi yang juga Naib Presiden Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) iaitu calon exco pemuda bernombor 62. Presiden Himpunan Siswazah Kelantan iaitu Sdr. Faizal Daud turut bertanding merebut jawatan exco pemuda menjelang pemilihan Oktober nanti.

Kedua-dua calon kelahiran Kelantan ini merupakan individu yang aktif bergerak melalui HIMSAK dan juga Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB).  Penulis dimaklumkan Faizal Daud menawarkan diri pada saat akhir setelah mendapatkan pandangan daripada penaung HIMSAK sendiri iaitu Dato Seri Mustapha Mohamed serta Ketua Pemuda UMNO Kelantan Anuar Safian.

Menurut Faizal Daud, tujuan dia turut bersama Naib Presiden HIMSAK Ariff Hakimi  bertanding merebut jawatan exco pemuda adalah kerana mahu mendekati golongan muda dan mahasiswa supaya mereka sayang pada UMNO.

Jika ditakdirkan menang dalam pertandingan ini, golongan mahasiswa mampu didekati melalui platform politik berbanding sebelum ini di mana golongan mahasiswa didekati melalui NGO, malah ada yang tidak berani membawa nama parti politik setiap kali berhadapan dengan kumpulan mahasiswa.




Selepas ini penulis akan perincikan gerak kerja di peringkat akar umbi yang telah dilakukan oleh kedua-dua calon exco pemuda UMNO Malaysia dari Kelantan.

Dua nombor penting buat pemuda akar umbi di Kelantan menjelang Pemilihan Agung UMNO 2013 iaitu No.46 dan No.62

Ambo sambung lagi semula deh...


Friday, 5 April 2013

#TukarKelantan : Penyokong UMNO diserang dan ditetak penyokong PAS serta adik sendiri

Dato Dr. Awang Adek melawat mangsa

Belum pun kempen pilihanraya bermula, ketegangan sudah pun berlaku. Lebih aneh, ia berlaku di negeri Serambi Mekah di bawah pemerintahan PAS.

Seorang pemilik kedai, Azran Nawawi, 52 tahun dari Kampung Cabang 3 Melawi, Bachok ditetak oleh seorang penyokong PAS bersenjatakan parang sepanjang setengah meter yang datang bersama adik mangsa. Kejadian berlaku di Pos BN Cabang 3, Melawi pada 3 April lepas, jam 11.45 malam.

Dipercayai adik mangsa merupakan penyokong tegar PAS dan dia marah apabila abangnya membuka Pos BN di tanah milik ibu mereka.

Ketika kejadian, mangsa diarah menurunkan semua poster BN. Poster BN kemudiannya dipotong dengan pedang dan mangsa pula ditetak di bahu. Mangsa cedera di bahu dan menerima 13 jahitan.

Kes disiasat Pegawai Penyiasat IPD Bachok di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Mangsa telah diziarahi Ketua UMNO Bahagian Bachok, Dato Dr. Awang Adek. Mangsa berkata, seluruh keluarganya tidak sehaluan dengan adiknya kerana cuma adiknya seorang yang menyokong PAS dalam keluarganya.


Adiknya kini menyesal dan menghilangkan diri kerana berasa bersalah dan malu pada keluarga.

Inilah yang berlaku apabila penyokong-penyokong parti politik disemai sentimen kebencian dan tidak dapat mengawal emosi.

Perkara ini sebenarnya sudah tidak pelik lagi berlaku kerana sudah banyak kejadian seumpama ini berlaku. Sebelum ini, seorang Pemuda UMNO di Tanah Merah juga diserang ketika menggantung bendera BN.

Penyokong-penyokong PAS sememangnya dikenali dengan sifat aggressive. Nama sahaja parti Islam, tetapi jarang-jarang mereka menunjukkan keperibadian yang dituntut Islam. Mana tidaknya, saban hari mereka diajar untuk membenci UMNO.

Semoga kejadian seperti ini tidak lagi berlaku di negara kita yang mengamalkan demokrasi secara sihat dan subur.

Saturday, 9 March 2013

#SKT2013 : 3000 buah motosikal serang Pasir Mas dan Tumpat, Nik Aziz makin pening!


Selepas 7 hari menjelajah seluruh Kelantan, Skuad Kembara TUKAR (SKT2013) akhirnya tiba ke penghujungnya. Parlimen terakhir yang dijelajahi SKT2013 adalah Parlimen Tumpat dan Pasir Mas.

Kembara sebelum ini telah ditangguhkan seketika akibat cuaca yang tidak mengizinkan. Walaubagaimanapun, program tetap berjalan seperti yang dirancang.

Pasir Mas dan Tumpat menjadi parlimen terakhir yang dijelajahi oleh SKT2013 selepas Parlimen Kota Bharu dan Kubang Kerian dijelajah pada hari pertama, Pengkalan Chepa dan Bachok pada hari kedua, Ketereh dan Pasir Puteh pada hari ketiga, Machang dan Kuala Krai pada hari keempat, Gua Musang dan Jeli pada hari kelima,  dan Tanah Merah dan Rantau Panjang pada hari keenam.

Di sebelah pagi, SKT2013 bermula di Chetok. 300 pemuda bermotor DUN Chetok berarak ke Pengkalan Pasir. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Che Johan Che Pa telah melepaskan konvoi.

Selepas tiba di Pengkalan Pasir, konvoi Pemuda Chetok bergabung dengan Pemuda Pengkalan Pasir dan membuat satu laporan polis terhadap kenyataan biadap Ahli Parlimen Batu (PKR), Tian Chua.

SKT2013 kemudian berarak ke Tendong dan kembara sesi pagi tamat di sebuah sekolah menengah teknik. Di sana, SKT2013 bersama rakyat dalam sukan futsal.

SKT2013 menyambung sesi kembara sebelah petang pada jam 2.30 petang selepas selesai solat Jumaat. SKT2013 bermula di Wakaf Bharu di mana 500 pemuda bermotor DUN Wakaf Bharu dan kepimpinan berarak bersama. Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Dato Noor Zahidi dan Penyelaras DUN Wakaf Bharu, Dato Hj. Mohd Rosdi turut hadir memberikan sokongan.

SKT2013 kemudiannya bergerak ke Pengkalan Kubor, Kelaboran dan Pasir Pekan sebelum kembara berakhir di Pasar Wakaf Bharu.

Antara jalan-jalan yang dilalui adalah jalan Pasir Mas - Kota Bharu, Bunut Susu, Gelang Mas, Jalan Pengkalan Kubor - Bunohan, Jalan pantai ke Tumpat, Pekan Tumpat, Kg. Sedar, Sg. Pinang, Kg. Laut, Kepulau, Wakaf Bharu dan Jambatan Sultan Yahya Petra.




Seperti biasa, SKT2013 berhenti di beberapa tempat sepanjang laluan untuk sesi pidato dan mengagihkan barangan-barangan seperti pamphlet, stiker, belon, bendera, VCD dan sebagainya.

Masyarakat tempatan tidak melepaskan peluang untuk mendekati SKT2013 untuk mendapatkan barangan-barangan eksklusif TUKAR.

Stiker T nampaknya semakin hari semakin mendapat sambutan hebat. Rakyat Kelantan kini tidak lagi segan dan takut untuk menampal stiker T di kenderaan masing-masing.

Lihat gambar-gambar sekitar hari terakhir SKT2013 yang pastinya buat Nik Aziz pening!

SKT2013 bersedia untuk berkonvoi
Pengerusi TUKAR, Encik Kamaruddin Kassim menyampaikan ucapan dengan penuh semangat
Penyelaras DUN Wakaf Bharu, Dato Hj. Mohd Rosdi turut bersama
Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Dato Noor Zahidi bersama sukarelawan-sukarelawan TUKAR

Gelombang Merah, BN Merentah, Kelate Berubah. 

TUKAR!!

Wednesday, 6 March 2013

#PrayForSabah : Sekitar Majlis Solat Hajat & Tahlil Wira Sabah

 

KOTA BHARU - Bertempat di Dewan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, UMNO Negeri Kelantan telah mengadakan majlis Solat Hajat & Tahlil Wira Sabah bagi mendoakan keselamatan anggota PDRM dan ATM yang sedang bertugas di Sabah serta bacaan tahlil untuk anggota yang terkorban. 

Majlis solat hajat dan tahlil yang dihadiri sekitar 500  turut membuat kutipan derma untuk disumbangkan kepada keluarga anggota-anggota yang terkorban dalam insiden tersebut.

Setelah selesai solat hajat dan majlis tahlil, para jemaah turut diberikan penerangan khas mengenai krisis di Lahad Datu yang disampaikan oleh pegawai PDRM. 

Al-fatihah buat perwira-perwira kita yang terkorban, jasamu dikenang...

Antara foto yang dirakam semalam :




















Tuesday, 5 March 2013

[VIDEO] : Tian Chua Fitnah UMNO - Pemuda UMNO Kelantan Lapor Polis #TukarKelantan




KUBANG KERIAN - Ketua Pemuda UMNO Kelantan Anuar Safian hari ini bertindak membuat satu laporan polis terhadap tuduhan yang dilemparkan oleh Naib Presiden PKR Tian Chua yang mendakwa UMNO terlibat dalam pencerobohan di Lahad Datu.

Antara kain rentang yang menghentam Tian Chua serta
menyatakan sokongan terhadap pihak keselamatan
Anuar yang mewakili ahli pemuda UMNO Kelantan tampil membuat laporan polis di Balai Polis Kubang Kerian turut berkata ; "Kita tidak mahu beliau menuduh lagi UMNO terlibat dalang dalam insiden Lahad Datu, ini tuduhan yang melampau dan kami juga ingin memberitahu Tian Chua bahawa selama ini UMNO yang sentiasa mempertahankan keamanan."

Selain di Kelantan, laporan polis turut dibuat oleh beberapa pihak ekoran tindakan Tian Chua yang bersikap kurang ajar dan biadap selain menghina anggota-anggota PDRM yang terkorban dalam insiden tersebut.

- Tok Gurukul-

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?