Tuesday 19 March 2013

#TukarKelantan : 60,000 Golongan Wanita Jayakan Acara Jalan Kaki

 Dato Seri Mustapa Mohamed (tengah) berjalan kaki bersama pada peserta acara 1Million Women Purple Walk 2013 di Dataran Komuniti Tesco, Lembah Sireh, Kota Bharu.

KOTA BHARU - Lebih 60,000 kaum wanita terdiri daripada penjawat sektor awam, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) menyertai Program 1Million Women Purple Walk 2013 yang diadakan di 10 lokasi di seluruh negeri ini.

Daripada jumlah itu, kira-kira 15,000 orang hadir dalam program berkenaan di Lembah Sireh di sini, serentak dengan pelancaran 1Malaysia Komuniti Perwani peringkat negeri ini yang disempurnakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Sebagai simbolik pelancaran program berkenaan, Dato Seri Mustapa turut bersama-sama ribuan peserta berjalan kaki sejauh kira-kira dua kilometer di kawasan berkenaan.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Zarina Eusop.

Selain itu, program yang bermula seawal pukul 8 pagi itu turut menampilkan pelbagai aktiviti menarik antaranya senamrobik, persembahan pancaragam dan dikir barat.

Mustapa yang ditemui selepas program itu berkata, perhimpunan tersebut bagi meraikan golongan wanita yang memainkan peranan besar dalam pembangunan negara.

Beliau berkata, program itu juga untuk memberikan sokongan kepada golongan berkenaan supaya terus bersemangat berada bersama-sama di barisan hadapan bagi memajukan negara.

"Hari ini di peringkat negeri, kita telah berjaya menghimpunkan lebih 60,000 golongan wanita dan ini merupakan kejayaan yang cukup besar.

"Perkembangan ini membuktikan golongan wanita sangat selesa dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa memartabatkan golongan ini," katanya di sini hari ini.

Dato Seri Mustapa yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, "selain melakukan transformasi ekonomi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga melaksanakan transformasi kepada golongan wanita di negara ini." -UTUSAN-

No comments:

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

ARTIKEL HOK SEBELUM NIE

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?