![]() |
| Dato Dr. Awang Adek melawat mangsa |
Belum pun kempen pilihanraya bermula, ketegangan sudah pun berlaku. Lebih aneh, ia berlaku di negeri Serambi Mekah di bawah pemerintahan PAS.
Seorang pemilik kedai, Azran Nawawi, 52 tahun dari Kampung Cabang 3 Melawi, Bachok ditetak oleh seorang penyokong PAS bersenjatakan parang sepanjang setengah meter yang datang bersama adik mangsa. Kejadian berlaku di Pos BN Cabang 3, Melawi pada 3 April lepas, jam 11.45 malam.
Dipercayai adik mangsa merupakan penyokong tegar PAS dan dia marah apabila abangnya membuka Pos BN di tanah milik ibu mereka.
Ketika kejadian, mangsa diarah menurunkan semua poster BN. Poster BN kemudiannya dipotong dengan pedang dan mangsa pula ditetak di bahu. Mangsa cedera di bahu dan menerima 13 jahitan.
Kes disiasat Pegawai Penyiasat IPD Bachok di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Mangsa telah diziarahi Ketua UMNO Bahagian Bachok, Dato Dr. Awang Adek. Mangsa berkata, seluruh keluarganya tidak sehaluan dengan adiknya kerana cuma adiknya seorang yang menyokong PAS dalam keluarganya.
Adiknya kini menyesal dan menghilangkan diri kerana berasa bersalah dan malu pada keluarga.
Inilah yang berlaku apabila penyokong-penyokong parti politik disemai sentimen kebencian dan tidak dapat mengawal emosi.
Perkara ini sebenarnya sudah tidak pelik lagi berlaku kerana sudah banyak kejadian seumpama ini berlaku. Sebelum ini, seorang Pemuda UMNO di Tanah Merah juga diserang ketika menggantung bendera BN.
Penyokong-penyokong PAS sememangnya dikenali dengan sifat aggressive. Nama sahaja parti Islam, tetapi jarang-jarang mereka menunjukkan keperibadian yang dituntut Islam. Mana tidaknya, saban hari mereka diajar untuk membenci UMNO.
Semoga kejadian seperti ini tidak lagi berlaku di negara kita yang mengamalkan demokrasi secara sihat dan subur.

