Showing posts with label tan sri annuar musa. Show all posts
Showing posts with label tan sri annuar musa. Show all posts

Friday, 5 April 2013

#TukarKelantan : Majlis Solat Hajat Pertahankan Kalimah Allah dibanjiri ribuan rakyat Kelantan


Satu Majlis Solat Hajat Pertahankan Kalimah Allah telah diadakan malam semalam bertempat di Sekolah Kebangsaan Seri Ketereh.

Majlis tersebut bermula degan solat maghrib, solat hajat, bacaan yasin, solat Isyak dan seterusnya disambung dengan sesi ceramah.

Jumlah hadirin yang hadir ke majlis tersebut mencecah angka 3000 orang dan mereka tidak berganjak dari tapak ceramah sehingga tamat majlis.

Timbalan Penyelaras DUN Kok Lanas, Ustaz Kamarudin bertindak sebagai pengacara majlis pada sesi ceramah.

Antara penceramah-penceramah yang hadir adalah Ketua Pembangkang Kelantan yang juga merupakan ADUN Kok Lanas, YB Dato Hj. Md Alwi, Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi Biro Agama Nadi Rakyat, Ustaz Rujhan Abdul Rahman sebagai penceramah utama.

YB Dato Hj. Md. Alwi memulakan ceramah dan berbicara soal Lahad Datu. Beliau menekankan peranan yang telah dimainkan kerajaan dan anggota keselamatan dalam mempertahankan negara. Seperti biasa, Ketua Pembangkang Kelantan ini lantang menyampaikan ceramah sehingga baju yang dipakainya dibasahi keringat.

Ceramah kemudian diteruskan oleh  Tan Sri Annuar Musa. Beliau menekankan soal hudud yang dipolitikkan Pakatan Pembangkang terutamanya PAS.

Beliau berkata PAS tidak melakukan apa-apa yang dapat memanfaatkan rakyat selama 23 tahun memerintah Kelantan, sebaliknya mereka hanya seronok berceramah dan bukannya  cakna kepada rakyat.

Beliau menyeru rakyat Kelantan supaya tidak memilih PAS kerana parti itu bersekutu dengan DAP. Tambah beliau, PAS kononnya mempertahankan Islam tetapi DAP pula mempertahankan pendirian mereka iaitu tidak mahukan negara Islam. Dahulunya PAS juga yang menentang usaha kerjasama dengan kafir, tetapi selepas itu PAS pula yang bersama DAP. Selepas bergabung dengan DAP, Islam sewenang-wenangnya dipermainkan. Hukum hudud ibarat alat politik yang digunakan untuk meraih undi.

Beliau juga mengkritik PAS apabila menyentuh projek Stadium Bukit Merbau yang diumumkan oleh kerajaan PAS Kelantan. Stadium itu dijanjikan mula dibina pada Mac 2012, tetapi seringkali ditangguh sehingga sekarang. Apabila menyedari PRU semakin hampir, barulah majlis pecah tanah diadakan.

Hal yang sama berlaku kepada projek Lebuhraya Rakyat. Derma dikutip, batu asas dilancarkan tetapi projek entah ke mana, wang kutipan derma juga entah ke mana. Projek-projek terbaru yang diumum PAS cuma sekadar idea ikut terlintas.

Selain itu, beliau juga berkata orang melayu Islam sememangnya bijaksana sejak dahulu lagi. Contohnya ketika era Melaka, orang melayu mampu berdiplomasi dengan negara China walaupun Melaka cuma sebuah negeri kecil. Negara kita merdeka tanpa peperangan hasil kebijaksanaan pemimpin-pemimpin terdahulu berunding dengan British. Apakah mungkin segalanya yang kita kecapi akan lesap sekelip mata jika kita tersalah membuat pilihan pada PRU yang akan datang? Ingat, membina mengambil masa, meruntuh sekelip mata.

Tambah beliau lagi, kerajaan pusat sentiasa berlaku adil kepada negeri Kelantan. Walaupun BN tidak diberi mandat untuk memerintah Kelantan, namun rakyat Kelantan tetap dapat hidup selesa, bekerja dan mengerjakan umrah hasil kesejahteraan yang dibawa oleh kerajaan pusat.

Tan Sri Annuar Musa turut menyentuh isu Lahad Datu . Kata beliau, jeneral yang bersara sebelum ini kini lantang mengkritik langkah kerajaan dan anggota keselamatan di Lahad Datu dan berada di pentas politik parti pembangkang kerana kecewa. Mereka tidak mengkritik apa-apa semasa memegang jawatan tetapi hanya bising selepas bersara.

Sebelum menutup ceramahnya, beliau menyeru rakyat Kelantan supaya bijaksana dan memilih BN. Katanya, selamatkanlah negara ini dari pemerintah yang mensyirikkan Allah, pemimpin yang menyokong LGBT dan juga pemimpin yang menolak hak keistimewaan melayu.

Acara kemuncak yang ditunggu-tunggu para hadirin adalah ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Rujhan Abdul Rahman. Beliau mendapat sambutan hebat di siri-siri ceramah PENDITA di seluruh Kelantan. Beliau kini menjadi ancaman besar kepada PAS sehingga PAS terpaksa menyerang peribadi beliau bagi menjatuhkan integriti beliau.

Seperti biasa, Ustaz Rujhan mengkritik PAS berlandaskan fakta-faka dan dalil-dalil Al-Quran. Turut ditekankan adalah isu kalimah Allah yang digadai oleh Pakatan Pembangkang demi mencapai agenda ke Putrajaya.

Kata beliau, kalimah Allah telah diputar belit oleh PAS termasuk Nik Aziz. Kalimah Allah dijadikan seperti bola, boleh ditendang ke sana sini, sekejap boleh digunakan oleh orang bukan Islam, sekejap tidak boleh. Ini menunjukkan PAS tidak konsisten dalam mempertahankan agama Islam.

Beliau turut memberi komen mengenai tindakan Nik Aziz mempersoalkan pahala orang UMNO mengerjakan solat. Katanya, Nik Aziz tidak layak menghukum berkaitan dosa dan pahala kerana Nabi Muhammad SAW sendiri tidak boleh menentukannya, inikan pula beliau hanyalah seorang manusia biasa.

Lihat gambar-gambar sekitar majlis tersebut di bawah.

3000 hadir mendengar ceramah yang disampaikan
Solat hajat pertahankan kalimah Allah
Doa demi kesejahteraan umat Islam dan rakyat Kelantan
Ustaz Rujhan Abdul Rahman sebagai penceramah utama

Gelombang Merah, BN Merentah, Kelate Berubah. TUKAR!

Monday, 1 April 2013

TRW Nekad Tidak Menggunakan Stadium Bukit Merbau #TukarKelantan



KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) tidak akan menggunakan stadium kerajaan negeri di Bandar Sukan Bukit Merbau, Pasir Puteh, bagi tujuan perlawanan membabitkan pasukan The Red Warriors (TRW).

Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa, dipetik menerusi laman sosialnya berkata, demi keselesaan penyokong, TRW akan terus menyewa Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, sebagai gelanggang rasmi sehingga mempunyai stadium sendiri diuruskan oleh mereka.

 “Yang pasti Kafa dan TRW tidak akan menyewa di sana jika siap dibina sekali pun. Ramai yang minta saya komen tapi saya tidak mahu komen. Itu hak kerajaan negeri hendak buat atau janji apa-apa. Kafa tidak terlibat, tidak pernah dilibatkan, malah tidak tahu menahu (perkara ini).

“Kita hanya dengar (pembinaan stadium itu) menerusi akhbar dan iklan. Difahamkan ia sebuah stadium pelbagai guna bagi tujuan aktiviti sukan, ceramah dan lain-lain,” katanya.

 Sabtu lalu, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melakukan pecah tanah projek membina stadium bernilai RM320 juta di Bukit Merbau.

Difahamkan stadium berkenaan, apabila siap, mempunyai kemudahan setaraf dengan Stadium Olimpik Beijing di China.

Projek stadium itu dikatakan projek mega kedua kerajaan negeri selepas projek Lebuh Raya-Kota Bharu Krai yang dirasmikan 28 Mei lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, ketika melawat Kelantan pada 20 Januari lalu, mengumumkan tujuh projek besar, termasuk membina stadium baru sekiranya BN berjaya merampas negeri ini dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sebelum ini, Annuar menjelaskan Kafa bakal memiliki sebuah stadium sendiri di sebuah tapak yang dikurniakan Sultan Muhammad Ke-IV di Bandar Baru Tunjong.

Katanya stadium yang bernilai kira-kira RM300 juta, akan dibina secepat mungkin di tanah seluas kira-kira lapan hektar.

Annuar berkata, stadium yang akan dibina pihaknya dikenali The Fortress dan menjadi gelanggang, khusus untuk perlawanan bola sepak sahaja.

“Urusan sedang giat dijalankan dengan kerjasama Majlis Sukan Negara dan Kementerian Belia dan Sukan. Insya-ALLAH, menjelang 2015, kita akan menjadi pasukan pertama yang memiliki dan mengurus stadium sendiri,” katanya. - Sinar Harian

Wednesday, 20 February 2013

Impian rakyat Kelantan punyai stadium baru bakal terlaksana!



Baru-baru ini sewaktu kunjungan YAB PM, Dato Seri Najib Tun Razak ke Kelantan, beliau telah mengumumkan 7 janji BN untuk negeri Kelantan. Salah satu daripada semua janji tersebut adalah sebuah stadium baru.

Semalam Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa melalui kenyataannya di Facebook memberitahu bahawa KAFA telah dihubungi oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk berbincang mengenai stadium baru The Red Warriors. YAB PM telah bersetuju projek tersebut diberi keutamaan dan telah mengarahkan KBS memulakan segala kerja awal. Pada masa yang sama, ada pihak swasta yang menyatakan hasrat untuk bekerjasama.



Hari ini, selepas perbincangan dan rundingan dengan pihak kementerian mengenai stadium baru, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan bahawa kerajaan telah meluluskan dua padang bola "Astro Turf" yang setiap satunya bernilai hampir RM2 juta dan akan dibina pada tahun ini juga. Satu akan dibina di Panji dan satu lagi akan dibina di Ketereh.



Nampaknya, belum sampai sebulan janji PM untuk membina sebuah stadium baru untuk Kelantan, gerak kerja awal sudahpun dimulakan. Inilah bukti kerajaan BN serius untuk membangunkan Kelantan. Inilah juga bukti kerajaan BN menepati janji.

Wahai Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Husam Musa, mana Stadium Bukit Merbau yang dijanjikan pembinaannya bermula Mac lepas? 




Tuesday, 19 February 2013

#TukarKelantan : Artis dan The Red Warriors sokong TUKAR?



Heboh di alam siber beberapa hari ini apabila beberapa artis dan pemain-pemain Kelantan memegang bendera TUKAR dan kad 'I love PM' di Himpunan Perdana Anak-anak Kelantan di Perantauan yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 17 Februari 2013 yang lepas.

Antara bintang-bintang yang bergambar bersama bendera TUKAR dan kad 'I love PM' adalah Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa, penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi, kapten Kelantan, Badhri Radzi serta artis-artis seperti Cikgu Sulizi, Mat Glamour, Nash dan Black.

Apabila gambar-gambar ini tersebar, wujud pelbagai persepsi oleh orang ramai. Ada yang menganggap mereka semua diambil kesempatan untuk kepentingan politik. Ada juga yang beranggapan mereka semua dipaksa oleh pihak tertentu.

Namun, hakikatnya tidak ada seorang pun di antara mereka yang dipaksa untuk menunjukkan sokongan kepada gerakan TUKAR atau mana-mana parti politik. Khairul Fahmi dan Badhri Radzi dilihat gembira memegang kad 'I love PM'. Begitu juga dengan Black, Nash, Cikgu Sulizi dan Mat Glamour. Mereka bukan memegang bendera dan kad tersebut, malah mereka turut membantu mempromosikan agenda TUKAR.

Nash sewaktu membuat persembahan sempat menjelaskan kepada orang ramai tentang maksud T iaitu 'Tukar'. Malah beliau menuntut rakyat Kelantan untuk membuat perubahan demi masa depan yang lebih baik. Begitu juga dengan artis-artis dikir barat tersohor Kelantan, Cikgu Sulizi dan Mat Glamour. Mereka menyampaikan mesej untuk tukar kerajaan Kelantan melalui lagu-lagu mereka.

Bagi pemain-pemain The Red Warriors, sepatutnya tidak ada cemuhan dilontarkan kepada mereka. Mereka ke sana untuk bersama dengan rakyat Kelantan dan tidak salah untuk mereka menyokong agenda rakyat Kelantan. Penyokong-penyokong pembangkang sepatutnya tidak terlalu mudah menghukum mereka. Mereka juga orang biasa yang mempunyai kuasa memilih kerajaan sebagaimana kita.

Adilah bagi Badhri Radzi untuk dihina apabila memegang bendera TUKAR sedangkan sewaktu Daudsu memegang bendera Royalti di stadium, penyokong BN tidak menghina Dadsu?



Adilkah bagi Khairul Fahmi untuk dihina apabila memegang kad 'I love PM' sedangkan beliau tidak dihina penyokong BN sewaktu memegang stiker Royalti?


Kesimpulannya, usahlah dicemuh mereka yang menyatakan sokongan pada mana-mana pihak kerana itu adalah hak mereka sebagai rakyat. Usah terlalu 'double standard' sehingga perlu menghentam sesiapa sahaja yang tidak sealiran dengan kita.

Lain-lain gambar boleh dilihat di sini.

Gelombang Merah, BN Merentah, Kelate Berubah!

Bo la wei!


CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?