Baru-baru ini sewaktu kunjungan YAB PM, Dato Seri Najib Tun Razak ke Kelantan, beliau telah mengumumkan 7 janji BN untuk negeri Kelantan. Salah satu daripada semua janji tersebut adalah sebuah stadium baru.
Semalam Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa melalui kenyataannya di Facebook memberitahu bahawa KAFA telah dihubungi oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk berbincang mengenai stadium baru The Red Warriors. YAB PM telah bersetuju projek tersebut diberi keutamaan dan telah mengarahkan KBS memulakan segala kerja awal. Pada masa yang sama, ada pihak swasta yang menyatakan hasrat untuk bekerjasama.
Hari ini, selepas perbincangan dan rundingan dengan pihak kementerian mengenai stadium baru, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan bahawa kerajaan telah meluluskan dua padang bola "Astro Turf" yang setiap satunya bernilai hampir RM2 juta dan akan dibina pada tahun ini juga. Satu akan dibina di Panji dan satu lagi akan dibina di Ketereh.
Nampaknya, belum sampai sebulan janji PM untuk membina sebuah stadium baru untuk Kelantan, gerak kerja awal sudahpun dimulakan. Inilah bukti kerajaan BN serius untuk membangunkan Kelantan. Inilah juga bukti kerajaan BN menepati janji.
Wahai Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Husam Musa, mana Stadium Bukit Merbau yang dijanjikan pembinaannya bermula Mac lepas?
No comments:
Post a Comment