Showing posts with label janji PAS. Show all posts
Showing posts with label janji PAS. Show all posts

Tuesday, 9 April 2013

#TukarKelantan : Rintihan Peniaga Pasar Besar Pasir Mas.


Selama ini macam-macam cerita dan rungutan didengari mengenai Pasar Besar Pasir Mas. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan sebenar di pasar berkenaan, penulis pergi melihat sendiri keadaan di pasar tersebut.

Penulis amat terkejut melihatkan keadaan pasar yang begitu daif dan tidak diselenggara dengan baik. Begitu banyak perkara yang tidak sempurna dan perlu diperbaiki. Atap pasar juga bocor kekotoran di mana-mana.

Papan tanda diluar pasar yang begitu usang
Atap pasar juga usang dan ada yang bocor

Masalah ini bukan sahaja menyulitkan pihak peniaga, malah boleh menjejaskan pendapatan mereka kerana orang ramai pastinya tidak selesa apabila mengunjungi pasar berkenaan dengan keadaan sebegitu.

Keadaan pasar yang bersepah dan kotor
Ibarat pasar yang tidak pernah diselenggara

Berdasarkan soal jawab yang dilakukan, rata-rata peniaga ternyata tidak berpuas hati kerana mereka telah dijanjikan pasar yang baru ketika pilihanraya umum sebelum ini, namun sehingga sekarang masih pasar baru masih belum dibina. Rujuk Utusan Malaysia mengenai rancangan PAS untuk membina pasar baru.

Projek pasar baru termasuk dalam projek pembinaan Bandar Tasek Raja yang merupakan pusat komersial baru yang turut menampakkan pasar besar dengan 1,600 unit gerai.

Projek yang bernilai RM75 juta itu dijangka akan siap dan beroperasi pada tahun 2013. Kini, suku pertama tahun 2013 telah pun berlalu dan sebatang cerucuk pun belum ditanam.

Peniaga-peniaga di pasar berkenaan masih lagi ternanti-nanti janji yang telah ditabur kerajaan PAS Kelantan. Mereka seperti dianiaya kerana terpaksa meneruskan usaha mencari rezeki di pasar yang daif seperti itu.

Apabila ditanya adakah wakil rakyat tempatan ada datang menjenguk melihat keadaan pasar, peniaga menjawab apabila hampir musim mengundi barulah boleh nampak batang hidung wakil rakyat.

Menurut peniaga lagi, wakil rakyat hanya mementingkan ceramah setiap masa berbanding berusaha untuk mencari jalana menyelesaikan masalah di pasar tersebut.

Peniaga juga berkata bayaran sebanyak RM60 setahun dikenakan kepada peniaga untuk kerja pengurusan tetapi hasilnya seolah-olah tidak berbaloi dengan nilai yang dibayar.

Terdapat hampir 1000 orang peniaga di pasar besar besar berkenaan. Jika didarabkan RM60 yang dibayar untuk kerja pembersihan dengan jumlah 1000 orang peniaga, ke manakah RM60,000 menghilang? Takkan masuk kantung dana pilihanraya juga?

Inikah negara berkebajikan yang dilaungkan PAS? Bukan sahaja mereka gagal menunaikan janji, malah kebajikan rakyat yang menjadi tanggungjawab mereka pun gagal dijaga.

Belum lagi disebut janji-janji PAS yang lain. Kerajaan PAS layak digelar kerajaan batu asas dan kerajaan billboard. Perlaksanaan mereka tidak sehebat apa yang dipamerkan di billboard. Batu asas yang mereka lancarkan tidak menjamin projek akan diteruskan dan disiapkan.

Tonton video rintihan dan keluhan peniaga Pasar Besar Pasir Mas :-



Gelombang Merah, BN Merentah, Kelate Berubah!

Tuesday, 2 April 2013

[FOTO] 10 Jambatan Unik Dan Mengerunkan!

Kali ini ambo berkongsi info tentang 10 Jambatan terunik di dunia. Yang pastinya ia unik, menarik dan mengerunkan!

[10]
Jambatan Alam Bryce (Canyon's Utah, AS)

Natural Bridge, lengkungan paling popular di Bryce Canyon, terletak 1,7 mil terakhir Fairview Point dan dilihat dari Jambatan Alam . Apabila dinamakan Natural Bridge di Bryce Canyon menyebabkan sedikit rasa tidak setuju di kalangan ahli geologi. Walaupun buatan struktur alam nampak seperti jambatan, itu sebenarnya lengkungan.

[9]
Jambatan Sungai Vitim (Siberia)

Vitim adalah sungai yang lebar di Siberia, Rusia. Jambatan yang disediakan untuk anda melintasi diperbuat dari kayu dan tidak dalam keadaan yang baik.Jambatan ini cukup lebar untuk satu kereta sepanjang 570 meter (1870 kaki) sehingga memerlukan 3 minit berkendaraan di atasnya jika anda seorang pengemudi yang baik. Jika tidak , anda dapat melihat 15 meter ke Sungai Vitim, yang tidak menyenangkan.

Jambatan Sungai Vitim di Siberia Rusia. Bagi mereka yang tidak tahu daerah ini, daerah ini diselimuti musim sejuk yang ekstrem hampir sepanjang tahun dengan suhu di bawah Northern Ontario dan semuanya dilitupi salju dan ais.Jambatan ini berubah menjadi sebuah Icicle dengan penduduk setempat belum ada kenderaan traksi atas dan ke bawah jambatan ini kerana satu-satunya cara mereka di Sungai Vitim.

[8]
Jambatan gantung Hussaini (Pakistan)

Dikenali sebagai jambatan yang paling berbahaya di dunia, Hussaini Hanging Bridge adalah hanya salah satu dari banyak jambatan tali genting di Pakistan Utara. Untuk sebahagian besar warga, satu-satunya cara untuk bergerak jauh adalah dengan berjalan melintasi gunung untuk sampai ke Rawalpindi. 

Pada tahun 1978, Jalan Raya Karakoram telah selesai dan wilayah itu dihubungkan, tapi perjalanan antara-wilayah masih sesukar 100 tahun yang lalu . Aspek tetap perjalanan melepasi kawasan ini termasuk kabel reyot dan jambatan papan yang lintas Utara Pakistan gunung sungai dan sungai. 

Di antaranya adalah Jambatan gantung Hussaini , persimpangan Borit Danau di Upper Hunza. Jambatan tali ini adalah sangat panjang namun kurang terpelihara. Banyak papan yang hilang, dan angin kencang menggoncang jambatan semasa anda menyeberang.

Ini tidak sedikit untuk meredakan gementar pada jambatan sebelumnya,jambatan tua, rosak , tergantung berlubang-lubang di samping jambatan yang "baru".

Walaupun kelihatan berbahaya, jambatan Hussaini adalah jambatan yang relatif aman dan telah menjadi sesuatu yang menarik pelancong, dengan banyak pendaki yang cuba menyeberang untuk menguji kemampuan melintasinya.

[7]
Puente de Ojuela (Mexico)

Ojuela adalah lokasi perlombongan kecil terletak di barat laut bandar Durango, di Mexico Utara. Bandar ini sekarang dikenali sebagai bandar hantu sebagai akibat dari bijih mineral yang berkurangan. Satu-satunya yang masih hidup dari struktur fungsional adalah jambatan gantung.Jambatan ini dikenali sebagai "Puente de Ojuela" (Ojuela Bridge) oleh penduduk setempat.

Jambatan asli dirancang oleh Roebling bersaudara yang terkenal, yang juga merancang Jambatan Brooklyn. Pada masa pembinaan, Puente de Ojuela adalah jambatan gantung ketiga terpanjang di dunia. Jambatan Itu dibina kembali baru-baru ini oleh Perusahaan Peñoles,bangunan yang asal dibuang dan hanya lengkungan utama sekarang dipamerkan di Torreón Exposition Center.

[6]
Jambatan Gantung Pulau Langkawi (Malaysia)

Jambatan ini meliputi jambatan langit di sekitar jurang di Pulau Langkawi, yang merupakan pulau terbesar di kepulauan Langkawi, Malaysia. Melayang pada ketinggian 687 m di atas permukaan laut, menawarkan pemandangan Laut Andaman dan Pulau Thailand Tarutao . 

Pandangan dari jambatan ini benar-benar membuat orang menahan nafas - lengkungan bangunan memberikan perspektif yang berbeza dari pemandangan.

Jambatan Langit adalah salah satu jambatan yang paling menarik perhatian di dunia yang boleh menjadikan kita lebih memompa adrenalin. Kabel unik-jambatan digantung oleh hanya satu tiang pendukung. 

Tiang ini sepanjang 95 yard yang diikatkan oleh 8 kabel untuk enjadi penyeimbang. Panjang jambatan penyeberangan melengkung 125 m di sebuah jurang yang menarik perhatian.

Jambatan ini mempunyai panjang 136 meter dan lebar 2 meter. pada lebar 1,8 m jambatan langit memiliki dua platform segitiga selebar 3,6 m yang menyediakan kawasan pemandangan indah bagi pengunjung. Dan ingatlah ketika anda ada di hadapan jambatan, anda berdiri 687 m di atas permukaan laut.

[5]
Jambatan Royal Gorge 


Royal Gorge Bridge adalah objek pelancungan di Canon City, Colorado, dalam sebuah taman 360-hektar.

Jambatan tergantung dalam ketinggian 955 kaki (291 m) di atas Sungai Arkansas, dan memegang rekod jambatan tertinggi di dunia dari tahun 1929 hingga tahun 2003, ketika dikalahkan oleh Jambatan Sungai Beipanjiang di Cina.

Ini adalah jambatan gantung dengan merentangi sejauh 938 kaki (286 m).Jambatan yang panjangnya 1.260 kaki (384 m) dan lebar 18 kaki (5,5 m) , dengan papan kayu berjumlah 1292. Jambatan yang digantungkan dari menara setinggi 150 kaki (46 m)

[4]
Jambatan Tali Carrick-a-Rede (Ireland)

Carrick-a-Rede Rope Bridge adalah jambatan bertali dekat Ballintoy, County Antrim, Ireland Utara. Jambatan menghubungkan daratan ke Pulau kecil Carrick .

Jambatan ini dimiliki dan dikelola oleh National Trust, meliputi dua puluh meter dan adalah tiga puluh meter di atas batu di bawah ini.Hari ini jambatan ini menjadi objek pelancungan, dengan 247.000 pengunjung pada tahun 2009. 

Ketika terjadi angin di atas jambatan, ini benar-benar sebuah pengalaman yang mengerunkan, menakutkan sekaligus gayat (jika anda takut ketinggian) tapi menggembirakan.

[3]
Jambatan Tua Konitsa (Yunani)

Jambatan ini selama berabad-abad dalam merentangi Sungai Aoos Yunanu, yang penuh di musim sejuk. Jika anda melihat dengan cermat ke kanan di bawah bahagian atas jambatan, anda dapat melihat sebuah lonceng kecil. 

Penduduk kampung mengatakan bahawa ketika ada cukup angin sehingga loceng itu berbunyi,semasa itu terlalu berbahaya untuk menyeberangi jambatan.

[2]
Jambatan Immortal (Cina)

Gunung Tai di Daerah Shandon Cina telah mempunyai nilai budaya dan agama selama ribuan tahun. Ini adalah salah satu dari lima gunung suci di Cina dan berhubungan dengan kelahiran, fajar dan kebangkitan.

Ketika anda mendaki sampai gunung anda akan menemui Jambatan Immortal ini. Jambatan ini terdiri dari tiga batu besar dan beberapa yang lebih kecil. Di bawah ini adalah sebuah lembah dan selatan adalah jurang yang sepertinya nampak tak berdasar. 

Tidak ada yang cukup tahu mengapa batu-batu besar itu jatuh dan tersusun ke tempat itu semasa ini tetapi sangat mungkin batu-batu jambatan alam itu telah ada sejak zaman ais.

[1]
Jambatan Palekbang, Kelantan. (Malaysia)



Uniknya jambatan ini ialah tersenarai dalam manifesto PAS pada Pilihan Raya Umum ke 10 tahun 1999. Sudah 14 tahun projek jambatan ini terbiar. Bukan sahaja tidak siap sepenuhnya, yang mengerunkan ialah batu asas projek jambatan tersebut kini dianggap 'tugu' keramat oleh pemuja-pemuja nombor ekor di Kelantan dan merupakan jalan pintas ke alam bunian. Antara pengguna tetap jambatan ini adalah lembu-lembu dan kambing jamnapari.

Thursday, 7 March 2013

#Tukar Kelantan : [GAMBAR] Kebangkitan Rakyat Kelantan Untuk TUKAR !!


Macam-macam gelaran yang diberikan kepada Presiden Perkasa Malaysia tetapi yang paling tersohor ialah gelaran 'Berehey Katak'.

Tetapi kita jangan lupa bahawa aura Berehey Ali masih kuat lagi di Kelantan. Buktinya pada ceramah yang disampaikan oleh beliau di Simpang 3 Pengkalan Chepa dihadiri  ramai penduduk sekitar. Beberapa pemimpin umno Pengkalan Chepa turut hadir termasuklah Ketua Bahagian Datuk Dali Hussin.

Kebangkitan rakyat Kelantan untuk menukar Kerajaan Pas kepada BN semakin ketara dan tak dapat dibendung lagi.

Gelombang Merah,  BN Perintah , Kelantan Berubah !

Antara foto yang dirakam semalam:





SUMBER : Perigi Timur

Tuesday, 26 February 2013

#TukarKelantan : PAS berjanji, BN juga yang tunaikan!

Rakyat Kelantan pastinya tidak lupa akan janji-janji PAS untuk membina sebuah stadium baru di Bukit Merbau dan juga membina sebuah lebuhraya tanpa tol dari Kota Bharu ke Kuala Krai yang diberi nama Lebuhraya Rakyat.




Lebuhraya yang diumumkan oleh kerajaan PAS Kelantan bernilai RM1.9 billion, manakala stadium baru di Bukit Merbau bernilai RM159 juta.

Projek Lebuhraya Rakyat dikatakan akan dimulakan pada bulan Mei 2012 manakala projek stadium di Bukit Merbau dikatakan akan dimulakan pada bulan Mac 2012.

Kini, tahun 2012 sudah pun hampir dua bulan berlalu. Namun, tidak ada satu pun perkembangan kedua-dua projek tersebut.

Tatkala rakyat Kelantan semakin hari semakin sangsi dengan keseriusan kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan janji-janji yang mereka taburkan, YAB Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengumumkan 7 janji untuk rakyat Kelantan, di mana dua daripadanya adalah membina sebuah stadium baru dan membina Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai.

Tidak sampai sebulan pun janji itu diumumkan oleh YAB PM, sudah nampak ada perkembangan mengenai kedua-dua projek yang pernah dijanjikan PAS itu.

Baru-baru ini, selepas perbincangan dan rundingan dengan pihak kementerian mengenai stadium baru, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan bahawa kerajaan telah meluluskan dua padang bola "Astro Turf" yang setiap satunya bernilai hampir RM2 juta dan akan dibina pada tahun ini juga. Satu akan dibina di Panji dan satu lagi akan dibina di Ketereh.



Beberapa hari yang lepas. Tan Sri Annuar Musa memaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah memutuskan untuk memulakan pembinaan Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai. Tender terbuka untuk fasa 1 dari Wakaf Che Yeh ke Kadok/Ketereh akan mula dikeluarkan bulan hadapan.


Nampaknya kerajaan pusat begitu serius untuk membangunkan Kelantan. Gerak kerja awal sudahpun dimulakan walaupun kedua-dua projek baru sahaja dijanjikan oleh YAB PM. Inilah namanya janji ditepati!

Apa pula sudah terjadi kepada perancangan kerajaan PAS Kelantan untuk membina dua projek tersebut? Adakah cuma tinggal batu asas sebagaimana yang berlaku pada projek Jambatan Palekbang? Satu lagi persoalan yang perlu dijawab adalah ke mana perginya wang hasil kutipan derma untuk Lebuhraya Rakyat?

Lebuhraya Rakyat cuma tinggal batu asas!

Anda nilai sendiri!


CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?