Showing posts with label batu asas. Show all posts
Showing posts with label batu asas. Show all posts

Monday, 22 April 2013

#TukarKelantan : Status terkini batu asas Lebuhraya Rakyat. #GE13 #PRU13


Lebuhraya Rakyat yang diumumkan oleh kerajaan PAS Kelantan telah dirasmikan batu asasnya pada 28 Mei 2012. 

Perasmian majlis pecah tanah bagi pembinaan lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai itu diadakan di Kampung Berangan Mek Nab, Machang, Kelantan. 

Pembinaan lebuhraya sejauh 73 kilometer itu dijangka siap dalam masa tiga tahun dengan anggaran kos sebanyak RM1.8 bilion.

Konsep yang diguna pakai untuk pembinaan lebuh raya itu ialah lebuhraya negeri yang tidak akan melibatkan pembayaran tol oleh rakyat.

Memang ramai yang mengharapkan projek ini menjadi kenyataan untuk kemudahan rakyat Kelantan berulang alik dari Kota Bharu ke Kuala krai khususnya pada musim perayaan, namun ternyata lebih ramai rakyat Kelantan yang tersenyum sinis setiap kali kepimpinan kerajaan PAS Kelantan berbicara mengenai projek berkenaan kerana bukan mudah untuk mempercayai kerajaan yang telah banyak kali gagal menunaikan janji kepada rakyat.

Lebih menjadi tanda tanya, projek Lebuhraya Rakyat ini dilancarkan pada 28 Mei tahun lepas ketika ia belum pun lagi mendapat kelulusan Mesyuarakat Exco Negeri.

Status jumlah kutipan derma dan status balak di sepanjang laluan juga tidak disebut. Selain itu, kerajaan PAS Kelantan juga tidak memberitahu dengan jelas bagaimana lebuhraya itu akan diselenggara kerana ia bukanlah lebuhraya bertol.

Kutipan derma pula disalurkan ke akuan syarikat dan bukan akaun perbadanan negeri. Rakyat tidak akan tahu jika wujud ketirisan. Jajaran lebuhraya belum pun diluluskan oleh JKR.

Semakin banyak persoalan yang timbul di benak fikiran rakyat, semakin sukarlah untuk rakyat percaya projek ini akan terlaksana.

Untuk mengetahui status batu asas projek lebuhraya tersebut, penulis telah pergi sendiri ke tapak pelancaran.

Banting Majlis Pelancaran Lebuhrakya Rakyat masih digantung
 
Melihat kepada corak sokongan penduduk di sana, nampak seperti ramai yang cenderung ke arah Barisan Nasional. Terdapat sekurang-kurangnya 5 pos BN di sana dan cuma 1 pos PAS.

Rata-rata penduduk kampung di sana melekatkan pelekat T dan TUKAR di kenderaan mereka. Mungkin mereka yang tinggal di sana lebih nampak dengan jelas bagaimana kerajaan PAS Kelantan cuba untuk membohongi rakyat.

Jalan masuk ke tapak pelancaran batu asas Lebuhraya Rakyat

Sekurang-kurangnya 5 pos BN di kampung berkenaan

Rata-rata kenderaan di kampung tersebut menggunakan pelekat T

Setelah hampir setahun majlis pelancaran diadakan, keadaan di tapak batu asas masih kekal seperti dahulu malah telah dipenuhi semak samun.


Tapak pelancaran dipenuhi semak samun
Tapak pelancaran dipenuhi tahi lembu

Keadaan di tapak pelancaran
Lagi keadaan di tapak pelancaran
Pohon yang dulunya ditumbangkan Nik Aziz menggunakan jentolak sebagai simbolik pelancaran 
Batu asas masih gah berdiri

Batu asas masih gah berdiri di situ. Sekali pandang sudah macam tempat pemujaan atau tembok besar cina! Tak tahulah kenapa kerajaan PAS Kelantan suka sangat buat batu asas untuk ditinggalkan sebagaimana yang berlaku pada projek Jambatan Palekbang.


Sebelum pulang, penulis sempat melekatkan pelekat TUKAR di batu asas tersebut sebagai simbolik bahawa rakyat Kelantan sudah penat ditaburkan janji-janji manis dan kini rakyat Kelantan mahu menukar kerajaan Kelantan.

Cukup-cukuplah membuat rakyat tertanya-tanya dan ternanti-nanti. Itu bukan sifat kerajaan Islam! Kepada rakyat Kelantan yang masih mempercayai akan terbinanya lebuhraya ini oleh kerajaan PAS, lupakanlah! 

Lebih baik undi BN pada PRU13 kerana salah satu janji dalam Manifesto BN adalah untuk membina Lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai. Mengapa masih perlu percaya kepada janji munafik PAS sedangkan janji BN sentiasa ditepati?

JANJI TINGGAL BATU! BO LA WEI!

Tuesday, 9 April 2013

#TukarKelantan : Rintihan Peniaga Pasar Besar Pasir Mas.


Selama ini macam-macam cerita dan rungutan didengari mengenai Pasar Besar Pasir Mas. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan sebenar di pasar berkenaan, penulis pergi melihat sendiri keadaan di pasar tersebut.

Penulis amat terkejut melihatkan keadaan pasar yang begitu daif dan tidak diselenggara dengan baik. Begitu banyak perkara yang tidak sempurna dan perlu diperbaiki. Atap pasar juga bocor kekotoran di mana-mana.

Papan tanda diluar pasar yang begitu usang
Atap pasar juga usang dan ada yang bocor

Masalah ini bukan sahaja menyulitkan pihak peniaga, malah boleh menjejaskan pendapatan mereka kerana orang ramai pastinya tidak selesa apabila mengunjungi pasar berkenaan dengan keadaan sebegitu.

Keadaan pasar yang bersepah dan kotor
Ibarat pasar yang tidak pernah diselenggara

Berdasarkan soal jawab yang dilakukan, rata-rata peniaga ternyata tidak berpuas hati kerana mereka telah dijanjikan pasar yang baru ketika pilihanraya umum sebelum ini, namun sehingga sekarang masih pasar baru masih belum dibina. Rujuk Utusan Malaysia mengenai rancangan PAS untuk membina pasar baru.

Projek pasar baru termasuk dalam projek pembinaan Bandar Tasek Raja yang merupakan pusat komersial baru yang turut menampakkan pasar besar dengan 1,600 unit gerai.

Projek yang bernilai RM75 juta itu dijangka akan siap dan beroperasi pada tahun 2013. Kini, suku pertama tahun 2013 telah pun berlalu dan sebatang cerucuk pun belum ditanam.

Peniaga-peniaga di pasar berkenaan masih lagi ternanti-nanti janji yang telah ditabur kerajaan PAS Kelantan. Mereka seperti dianiaya kerana terpaksa meneruskan usaha mencari rezeki di pasar yang daif seperti itu.

Apabila ditanya adakah wakil rakyat tempatan ada datang menjenguk melihat keadaan pasar, peniaga menjawab apabila hampir musim mengundi barulah boleh nampak batang hidung wakil rakyat.

Menurut peniaga lagi, wakil rakyat hanya mementingkan ceramah setiap masa berbanding berusaha untuk mencari jalana menyelesaikan masalah di pasar tersebut.

Peniaga juga berkata bayaran sebanyak RM60 setahun dikenakan kepada peniaga untuk kerja pengurusan tetapi hasilnya seolah-olah tidak berbaloi dengan nilai yang dibayar.

Terdapat hampir 1000 orang peniaga di pasar besar besar berkenaan. Jika didarabkan RM60 yang dibayar untuk kerja pembersihan dengan jumlah 1000 orang peniaga, ke manakah RM60,000 menghilang? Takkan masuk kantung dana pilihanraya juga?

Inikah negara berkebajikan yang dilaungkan PAS? Bukan sahaja mereka gagal menunaikan janji, malah kebajikan rakyat yang menjadi tanggungjawab mereka pun gagal dijaga.

Belum lagi disebut janji-janji PAS yang lain. Kerajaan PAS layak digelar kerajaan batu asas dan kerajaan billboard. Perlaksanaan mereka tidak sehebat apa yang dipamerkan di billboard. Batu asas yang mereka lancarkan tidak menjamin projek akan diteruskan dan disiapkan.

Tonton video rintihan dan keluhan peniaga Pasar Besar Pasir Mas :-



Gelombang Merah, BN Merentah, Kelate Berubah!

#TukarKelantan : Batu Asas Jambatan Palekbang Bakal Dimusnahkan?


Penulis terdetik untuk mengetahui adakah batu asas Jambatan Palekbang masih wujud setelah sekian lamanya ia ibarat menjadi tugu di sana selepas projek itu gagal dilaksanakan kerajaan PAS Kelantan.

Penulis telah pergi ke lokasi batu asas di Palekbang selepas solat Jumaat. Sesampai di sana, ada papan tanda "Kawasan dilarang". Kawasan tersebut juga dipagari zink. Penulis sempat menyelinap masuk ke kawasan batu asas untuk melihat dengan lebih jelas.

Jalan masuk ke tapak batu asas Jambatan Palekbang
Tapak batu asas dipagari zink
Rupa-rupanya tapak tersebut telah menjadi kawasan kajian arkeologi sejak akhir tahun lalu. Mungkin ini cubaan Husam Musa untuk menjadikan alasan projek Jambatan Palekbang tidak boleh dilakukan kerana kajian arkeologi sedang dilaksanakan di tapak berkenaan. Rujuk Gelombang Kick.


Tapak arkeologi sekitar batu asas
Apakah yang tersembunyi di kawasan tersebut yang memerlukan kajian arkeologi dibuat? Barangkali di bawah tapak batu asas itu ada minyak atau tulang dinosaur!

Setelah 17 tahun, barulah terciptanya alasan ini. Tidak mustahil Stadium Bukit Merbau yang juga diumumkan Husam Musa nanti akan tinggal batu asas dan akan diberikan alasan sebegini juga.

Namun jika benar ada kajian arkeologi di kawasan tersebut, mengapa sehingga sekarang kawasan itu terbiar dan menjadi tempat lembu berteduh?

Lembu pengguna tetap Jambatan Palekbang
Ini mungkin kali terakhir kita dapat melihat batu asas tersebut kerana ia terletak bersebelahan dengan lubang besar yang digali, bila-bila masa batu asas ini akan jatuh menyembah bumi.



Mungkin elok juga jika ditakdirkan batu asas itu jatuh menyembah bumi kerana bimbang satu masa nanti berlaku aktiviti pemujaan ke atas batu asas tersebut.

Penulis menyeru rakyat Kelantan untuk pergi melihat sendiri untuk kali terakhir sebelum monumen bersejarah ini tiada lagi di Palekbang.

Sebelum beredar pergi, penulis sempat menampal pelekat T sebagai simbolik rakyat Kelantan ingin menukar kerajaan PAS Kelantan kerana begitu banyak janji-janji yang tidak ditepati.


Harus diingat, projek Jambatan Palekbang bukan satu-satunya janji PAS yang tidak ditunaikan. Ada banyak lagi projek-projek lepas yang gagal dilaksanakan, sebaliknya janji tinggal janji.

Projek Lebuhraya Rakyat dan Stadium Bukit Merbau mungkin akan menerima nasib yang sama seperti Jambatan Palekbang. Petandanya sudah ada, kedua-dua projek ini seumpama tiada perkembangan. Pelancarannya juga sebelum ini ditangguh dari masa ke masa.

Segala projek yang dimumkan PAS sebenarnya cuma bertujuan untuk memberikan harapan palsu kepada rakyat Kelantan.

TUKAR Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat!!!

Monday, 1 April 2013

TRW Nekad Tidak Menggunakan Stadium Bukit Merbau #TukarKelantan



KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) tidak akan menggunakan stadium kerajaan negeri di Bandar Sukan Bukit Merbau, Pasir Puteh, bagi tujuan perlawanan membabitkan pasukan The Red Warriors (TRW).

Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa, dipetik menerusi laman sosialnya berkata, demi keselesaan penyokong, TRW akan terus menyewa Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, sebagai gelanggang rasmi sehingga mempunyai stadium sendiri diuruskan oleh mereka.

 “Yang pasti Kafa dan TRW tidak akan menyewa di sana jika siap dibina sekali pun. Ramai yang minta saya komen tapi saya tidak mahu komen. Itu hak kerajaan negeri hendak buat atau janji apa-apa. Kafa tidak terlibat, tidak pernah dilibatkan, malah tidak tahu menahu (perkara ini).

“Kita hanya dengar (pembinaan stadium itu) menerusi akhbar dan iklan. Difahamkan ia sebuah stadium pelbagai guna bagi tujuan aktiviti sukan, ceramah dan lain-lain,” katanya.

 Sabtu lalu, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melakukan pecah tanah projek membina stadium bernilai RM320 juta di Bukit Merbau.

Difahamkan stadium berkenaan, apabila siap, mempunyai kemudahan setaraf dengan Stadium Olimpik Beijing di China.

Projek stadium itu dikatakan projek mega kedua kerajaan negeri selepas projek Lebuh Raya-Kota Bharu Krai yang dirasmikan 28 Mei lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, ketika melawat Kelantan pada 20 Januari lalu, mengumumkan tujuh projek besar, termasuk membina stadium baru sekiranya BN berjaya merampas negeri ini dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sebelum ini, Annuar menjelaskan Kafa bakal memiliki sebuah stadium sendiri di sebuah tapak yang dikurniakan Sultan Muhammad Ke-IV di Bandar Baru Tunjong.

Katanya stadium yang bernilai kira-kira RM300 juta, akan dibina secepat mungkin di tanah seluas kira-kira lapan hektar.

Annuar berkata, stadium yang akan dibina pihaknya dikenali The Fortress dan menjadi gelanggang, khusus untuk perlawanan bola sepak sahaja.

“Urusan sedang giat dijalankan dengan kerjasama Majlis Sukan Negara dan Kementerian Belia dan Sukan. Insya-ALLAH, menjelang 2015, kita akan menjadi pasukan pertama yang memiliki dan mengurus stadium sendiri,” katanya. - Sinar Harian

Tuesday, 26 February 2013

#TukarKelantan : PAS berjanji, BN juga yang tunaikan!

Rakyat Kelantan pastinya tidak lupa akan janji-janji PAS untuk membina sebuah stadium baru di Bukit Merbau dan juga membina sebuah lebuhraya tanpa tol dari Kota Bharu ke Kuala Krai yang diberi nama Lebuhraya Rakyat.




Lebuhraya yang diumumkan oleh kerajaan PAS Kelantan bernilai RM1.9 billion, manakala stadium baru di Bukit Merbau bernilai RM159 juta.

Projek Lebuhraya Rakyat dikatakan akan dimulakan pada bulan Mei 2012 manakala projek stadium di Bukit Merbau dikatakan akan dimulakan pada bulan Mac 2012.

Kini, tahun 2012 sudah pun hampir dua bulan berlalu. Namun, tidak ada satu pun perkembangan kedua-dua projek tersebut.

Tatkala rakyat Kelantan semakin hari semakin sangsi dengan keseriusan kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan janji-janji yang mereka taburkan, YAB Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengumumkan 7 janji untuk rakyat Kelantan, di mana dua daripadanya adalah membina sebuah stadium baru dan membina Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai.

Tidak sampai sebulan pun janji itu diumumkan oleh YAB PM, sudah nampak ada perkembangan mengenai kedua-dua projek yang pernah dijanjikan PAS itu.

Baru-baru ini, selepas perbincangan dan rundingan dengan pihak kementerian mengenai stadium baru, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan bahawa kerajaan telah meluluskan dua padang bola "Astro Turf" yang setiap satunya bernilai hampir RM2 juta dan akan dibina pada tahun ini juga. Satu akan dibina di Panji dan satu lagi akan dibina di Ketereh.



Beberapa hari yang lepas. Tan Sri Annuar Musa memaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah memutuskan untuk memulakan pembinaan Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai. Tender terbuka untuk fasa 1 dari Wakaf Che Yeh ke Kadok/Ketereh akan mula dikeluarkan bulan hadapan.


Nampaknya kerajaan pusat begitu serius untuk membangunkan Kelantan. Gerak kerja awal sudahpun dimulakan walaupun kedua-dua projek baru sahaja dijanjikan oleh YAB PM. Inilah namanya janji ditepati!

Apa pula sudah terjadi kepada perancangan kerajaan PAS Kelantan untuk membina dua projek tersebut? Adakah cuma tinggal batu asas sebagaimana yang berlaku pada projek Jambatan Palekbang? Satu lagi persoalan yang perlu dijawab adalah ke mana perginya wang hasil kutipan derma untuk Lebuhraya Rakyat?

Lebuhraya Rakyat cuma tinggal batu asas!

Anda nilai sendiri!


CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?