Penulis tertarik dengan artikel saudara YY yang menyatakan Puteri UMNO dianggap terdiri daripada mereka yang gempal, gemuk dan gedik. Persepsi ini tersemai dalam fikiran sesetengah pihak sehingga Puteri UMNO tidak lagi menjadi satu entiti yang mahu didekati oleh anak muda.
Tetapi anak muda hari ini dikatakan lebih gemar mendekati mereka yang mempunyai ilmu agama, serta dilihat berpewatakkan muslimah. Mahu atau tidak penulis bersetuju dengan apa yang dikatakan, menjelang Perhimpunan Agung UMNO selain pemilihan pucuk pimpinan tertinggi induk UMNO.
Pertandingan yang berlaku di peringkat sayap juga menarik perhatian, selain jawatan Naib Ketua Pemuda yang menyaksikan pertandingan empat penjuru (3 calon utama), pertembungan 3 penjuru bagi jawatan Naib Ketua Puteri juga dilihat sengit.
Kerana ketiga-tiga calon yang menawarkan diri dilihat mempunyai kekuatan masing-masing, tetapi penulis melihat kelayakkan dan latar belakang Nazliah Ali perlu diberikan perhatian oleh para perwakilan jika mereka mahu imej Puteri UMNO diubah sekaligus membuka ruang bagi memudahkan mereka mendekati anak muda dari golongan wanita.
"Gempal, gebu dan gedik...Itulah label yang diberikan oleh sesetengah pihak kepada anggota Pergerakan Puteri UMNO, malah perkara ini pernah dibangkitkan oleh salah seorang perwakilan puteri dalam Perhimpunan Agung UMNO sebelum ini. Tetapi keadaan fizikal yang gemuk, gempal atau gebu bukanlah masalah yang menjejaskan sayap Puteri.Sebaliknya tanggapan Puteri UMNO itu terdiri daripada mereka yang 'gedik' merupakan masalah yang perlu difokuskan oleh calon yang bakal mengisi jawatan nombor satu dan nombor dua dalam pergerakan tersebut.
Budak-budak perempuan sekarang tak suka you gedik, you seksi, you rambut merah, gincu menyala sehingga berbatu-batu dapat dilihat. Sebaliknya mereka senang mendekati individu yang dilihat berpewatakkan muslimah. Mereka lebih suka hadir ke program yang diisi dengan ilmu-ilmu agama bukan tarian poco-poco....."
Baca selanjutnya [KLIK]
No comments:
Post a Comment