Showing posts with label t. Show all posts
Showing posts with label t. Show all posts

Thursday, 21 March 2013

#TukarKelantan : Nik Aziz meraung tengok Amy Search sokong TUKAR


Siapa tidak kenal Amy Search, artis terkenal di Malaysia. Satu ketika dahulu, arena politik negara pernah gempar apabila gambar Amy Search bersama Nik Aziz secara peribadi tersebar di internet.

Gambar Amy Search bersama Nik Aziz satu ketika dahulu

Namun, pertemuan itu cuma sekadar pertemuan biasa. Walaupun pernah duduk bersama Nik Aziz secara peribadi, namun Amy Search tidak pernah bersama PAS. Sebaliknya, beliau membuat keputusan untuk menyertai UMNO bersama beberapa lagi rakan-rakan artis.

Amy Search bersama rakan-rakan artis menyerahkan borang keahlian UMNO

Bukan sekadar pertemuan dengan Nik Aziz, malah Amy juga pernah meminta Nik Aziz untuk mencukur jambul anaknya satu ketika dahulu. Amy pandai membezakan agama dan politik. Baginya, Barisan Nasional adalah parti yang paling relevan di Malaysia.

Kini, Amy Search bukan sahaja bergelar ahli UMNO, malah turut menyokong usaha rakyat Kelantan untuk menukar kerajaan PAS Kelantan!

Beliau hadir memenuhi jemputan untuk membuat persembahan di program Sambutan Jelajah Budaya Anak Muda peringkat negeri Kelantan yang berlangsung jam 3 petang tadi bertempat di Sekolah Kebangsaan Othman Talib, Tendong, Pasir Mas.


Beliau sempat melaungkan 'Hidup BN, BN okay' di atas pentas. Tambahnya lagi, beliau tidak pernah membelakangi kerajaan Barisan Nasional sepanjang 30 tahun karier beliau dalam industri hiburan tanahair.

Program berkenaan mendapat sambutan rakyat Kelantan terutamanya anak-anak muda. Hampir 3000 orang hadir dan rata-ratanya hadir dengan semangat gelombang merah.

Anak-anak muda kebanyakannya mengharapkan perubahan besar berlaku di Kelantan demi masa hadapan mereka yang lebih terjamin. Mereka sangat memerlukan peluang pekerjaan dan pembangunan di negeri kelahiran mereka.

Gerakan TUKAR juga telah mengadakan kembara pada hari tersebut dan singgah di program berkenaan. Mereka sempat meluangkan masa di sana dan mengagihkan barangan-barangan seperti risalah, stiker, belon dan sebagainya.

Lihat gambar-gambar sekitar program tersebut.



Sunday, 10 March 2013

#TukarKelantan : 2000 hadiri ceramah Minda Pondok walaupun disabotaj PAS!


Ceramah-ceramah anti PAS di seluruh Kelantan semakin mendapat sambutan dari hari ke hari. Jika di sebelah petang semalam 20,000 berhimpun di Perhimpunan Rakyat Kelantan Naik Angin bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad, di sebelah malam pula hampir 2000 orang menghadiri ceramah Minda Pondok dengan kerjasama UMNO Wakaf Bharu.

Ceramah yang diberi tajuk "DAP ikut PAS atau PAS ikut DAP" itu diadakan di perkarangan stesen minyak Shell Wakaf Bharu.

Ceramah turut dihadiri Ketua Cawangan UMNO Wakaf Bharu, Dato Sri Ahmad Sukimi Ibrahim sebagai tuan rumah dan juga Penyelaras DUN Wakaf Bharu, Datuk Hj. Mohd Rosdi.

Datuk Hj. Rosdi sebagai penceramah pertama menyentuh tentang ceramah PAS yang selalu menabur fitnah. Dalam ceramah terakhir PAS di Pasar Wakaf Bharu yang menampilkan 3 orang penceramah, boleh dikatakan lebih 90% isi ceramah adalah fitnah semata-mata. Pada ceramah tersebut, Dato Hj. Rosdi difitnah kononnya beliau kaya semasa menjadi wakil rakyat. Lihat jawapan kepada fitnah tersebut di bawah.


Penceramah kedua adalah Ustaz Azwadi dari Jabatan Penerangan Malaysia. Beliau menyentuh mengenai kejadian di Lahad Datu. Beliau menegaskan bahawa kejadian di Lahad Datu bukannya satu sandiwara sebagaimana yang dikatakan oleh Ahli Parlimen Batu (PKR), YB Tian Chua.

Penceramah utama, Al-Fadhil Ustaz Hj. Mohd Samsul Mohd Yusuff iaitu Al-Hafiz dari Minda Pondok menyentuh soal aqidah umat Islam yang semakin terancam.


Hadirin langsung tidak berganjak dari tapak ceramah sehingga ceramah berakhir. Mereka beristighfar selepas isu aqidah dikupas oleh Ustaz Hj. Mohd Samsul. 

Ada yang melaung supaya menolak Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin PAS yang lain. Ada juga yang mengutuk Nik Aziz yang dilihat sudah jauh lari dari landasan perjuangan Islam sebenar, malah hari demi hari dilihat semakin memesongkan aqidah umat Islam.

Ceramah itu dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat. Hampir separuh daripada keseluruhan hadirin adalah wanita.

Ceramah itu dilihat sangat berjaya kerana mampu menarik hampir 2000 orang walaupun ada cubaan untuk mensabotaj ceramah tersebut oleh PAS.


Bagi mengalihkan perhatian rakyat khususnya anak-anak muda, PAS mengatur program tayangan skrin besar perlawanan bola sepak Liga Super 2013 yang menemukan Kelantan dan Lions XII dan juga Selangor dan Darul Takzim FC.


Rakyat juga dijanjikan hadiah-hadiah cabutan bertuah berupa hamper, basikal dan lain-lain. Namun, apa yang mengecewakan adalah tayangan skrin besar tidak diadakan sepertimana yang dijanjikan.

Rakyat Kelantan seharusnya bijak menilai pihak mana yang lebih ikhlas untuk memperjuangkan nasib rakyat.

Untuk rekod, pada bulan Februari lepas, lebih 3000 orang hadir di ceramah PENDITA anjuran UMNO Wakaf Bharu di Kampung Kubang Palas, Wakaf Bharu. Ceramah ketika itu disampaikan oleh Pengerusi Biro Agama Nadi Rakyat, Ustaz Rujhan. Lihat gambar-gambar ceramah tersebut di sini.

Saturday, 9 March 2013

#SKT2013 : 3000 buah motosikal serang Pasir Mas dan Tumpat, Nik Aziz makin pening!


Selepas 7 hari menjelajah seluruh Kelantan, Skuad Kembara TUKAR (SKT2013) akhirnya tiba ke penghujungnya. Parlimen terakhir yang dijelajahi SKT2013 adalah Parlimen Tumpat dan Pasir Mas.

Kembara sebelum ini telah ditangguhkan seketika akibat cuaca yang tidak mengizinkan. Walaubagaimanapun, program tetap berjalan seperti yang dirancang.

Pasir Mas dan Tumpat menjadi parlimen terakhir yang dijelajahi oleh SKT2013 selepas Parlimen Kota Bharu dan Kubang Kerian dijelajah pada hari pertama, Pengkalan Chepa dan Bachok pada hari kedua, Ketereh dan Pasir Puteh pada hari ketiga, Machang dan Kuala Krai pada hari keempat, Gua Musang dan Jeli pada hari kelima,  dan Tanah Merah dan Rantau Panjang pada hari keenam.

Di sebelah pagi, SKT2013 bermula di Chetok. 300 pemuda bermotor DUN Chetok berarak ke Pengkalan Pasir. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Che Johan Che Pa telah melepaskan konvoi.

Selepas tiba di Pengkalan Pasir, konvoi Pemuda Chetok bergabung dengan Pemuda Pengkalan Pasir dan membuat satu laporan polis terhadap kenyataan biadap Ahli Parlimen Batu (PKR), Tian Chua.

SKT2013 kemudian berarak ke Tendong dan kembara sesi pagi tamat di sebuah sekolah menengah teknik. Di sana, SKT2013 bersama rakyat dalam sukan futsal.

SKT2013 menyambung sesi kembara sebelah petang pada jam 2.30 petang selepas selesai solat Jumaat. SKT2013 bermula di Wakaf Bharu di mana 500 pemuda bermotor DUN Wakaf Bharu dan kepimpinan berarak bersama. Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Dato Noor Zahidi dan Penyelaras DUN Wakaf Bharu, Dato Hj. Mohd Rosdi turut hadir memberikan sokongan.

SKT2013 kemudiannya bergerak ke Pengkalan Kubor, Kelaboran dan Pasir Pekan sebelum kembara berakhir di Pasar Wakaf Bharu.

Antara jalan-jalan yang dilalui adalah jalan Pasir Mas - Kota Bharu, Bunut Susu, Gelang Mas, Jalan Pengkalan Kubor - Bunohan, Jalan pantai ke Tumpat, Pekan Tumpat, Kg. Sedar, Sg. Pinang, Kg. Laut, Kepulau, Wakaf Bharu dan Jambatan Sultan Yahya Petra.




Seperti biasa, SKT2013 berhenti di beberapa tempat sepanjang laluan untuk sesi pidato dan mengagihkan barangan-barangan seperti pamphlet, stiker, belon, bendera, VCD dan sebagainya.

Masyarakat tempatan tidak melepaskan peluang untuk mendekati SKT2013 untuk mendapatkan barangan-barangan eksklusif TUKAR.

Stiker T nampaknya semakin hari semakin mendapat sambutan hebat. Rakyat Kelantan kini tidak lagi segan dan takut untuk menampal stiker T di kenderaan masing-masing.

Lihat gambar-gambar sekitar hari terakhir SKT2013 yang pastinya buat Nik Aziz pening!

SKT2013 bersedia untuk berkonvoi
Pengerusi TUKAR, Encik Kamaruddin Kassim menyampaikan ucapan dengan penuh semangat
Penyelaras DUN Wakaf Bharu, Dato Hj. Mohd Rosdi turut bersama
Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Dato Noor Zahidi bersama sukarelawan-sukarelawan TUKAR

Gelombang Merah, BN Merentah, Kelate Berubah. 

TUKAR!!

Monday, 25 February 2013

#SKT2013 : Giliran Parlimen Ketereh dan Parlimen Pasir Puteh dibadai gelombang merah!


Selepas mendapat sambutan hebat pada hari pertama dan kedua kembara, Skuad Kembara TUKAR (SKT2013) semalam meneruskan kembara di hari ketiga.

Selepas menjelajah Parlimen Kota Bharu dan Parlimen Kubang Kerian pada hari pertama serta Parlimen Pengkalan Chepa dan Parlimen Bachok pada hari kedua, SKT2013 meneruskan kembara pada hari ketiga dengan menjelajah Parlimen Ketereh dan Parlimen Pasir Puteh.

Parlimen Ketereh dan Parlimen Pasir Puteh dijangka berkemungkinan besar akan kembali ke tangan BN pada PRU13 nanti. Kehadiran SKT2013 ke dua parlimen tersebut pastinya menyemarakkan lagi gelombang merah di sana.

SKT2013 sekali lagi bermula di perkarangan bangunan UMNO Negeri Kelantan dan kemudiannya bergerak ke DUN Kadok, DUN Kok Lanas dan DUN Melor. Jalan-jalan yang dilalui adalah Perol, Nilam Puri, Buloh Poh, Pak Badol dan Bukit Abal.

Gelombang merah di jalanraya!
Ucapan di Parlimen Ketereh

Pada waktu petang, SKT2013 menjelajah Parlimen Pasir Puteh yang meliputi DUN Selising, DUN Limbongan, DUN Semerak dan DUN Gaal. Jalan yang dilalui pula adalah jalan Kota Bharu-Pasir Puteh, Jalan Semerak, Tok Bali, Banggol Petai dan jalan lama ke Machang-Jalan Banggol Judah.

Konvoi SKT2013 di perkarangan bangunan Kelab Radio Amatur & Rekreasi Pasir Puteh

Semangat untuk TUKAR
Peserta konvoi SKT2013 bersedia di Pasir Puteh
Hampir 300 buah motosikal bersiap sedia di Semerak
SKT2013 tiba di Semerak
Pengerusi TUKAR, Encik Kamaruddin Kassim berucap di Semerak
Deretan konvoi SKT2013 di jalanraya menuju ke SMK Jeram, Pasir Puteh

SKT2013 juga turut melalui jalan-jalan kampung untuk mendekati orang-orang kampung. Ternyata SKT2013 mendapat sambutan luar biasa apabila orang ramai yang sedang minum di kedai kopi juga ramai yang melaungkan "TUKAR" apabila melihat SKT2013.


Seperti biasa, SKT2013 berhenti di beberapa kawasan untuk mengagihkan barangan seperti fliers, stiker, tshirt, VCD, bendera dan belon.

Sambutan yang terlalu hebat menyebabkan SKT2013 kehabisan stok tshirt dan stiker. Namun begitu, orang ramai yang tidak berpeluang mendapat barangan dari SKT2013 tidak kecewa, malah tetap bersemangat untuk berkonvoi bersama.

Sukarelawan-sukarelawan TUKAR tetap bersemangat!
Stiker T mendapat permintaan tinggi dan dengan bangga ditampal pada kenderaan masing-masing!

Kembara semalam berakhir di SMK Jeram, Pasir Puteh. Pada malamnya, sukarelawan-sukarelawan TUKAR beristirehat sambil menyaksikan persembahan dikir barat di SMK Jeram. Mat Glamour turut hadir dan membuat persembahan.

SKT2013 tiba di SMK Jeram, Pasir Puteh
Pengerusi TUKAR, Encik Kamaruddin Kassim menyampaikan ucapan di SMK Jeram, Pasir Puteh
Persembahan dikir barat di SMK Jeram, Pasir Puteh ditonton oleh lebih 150 orang

Hari ketiga kembara adalah hari paling mencabar setakat ini kerana hujan turun dengan lebat di waktu pagi dan renyai di waktu petang. Namun begitu, konvoi motosikal sedikit pun tidak terencat kerana semua peserta konvoi cukup bersemangat untuk meredah hujan.

Peserta-peserta konvoi tidak kisah bermandi hujan dan keringat asalkan agenda untuk tukar kerajaan PAS Kelantan dapat disampaikan kepada rakyat Kelantan. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.

Sanggup redah hujan demi menyampaikan agenda TUKAR!

Lagi gambar-gambar sekitar hari ketiga kembara SKT2013 di bawah.






Pada hari keempat kembara, SKT2013 akan menjelajah Parlimen Machang dan Parlimen Kuala Krai. Nantikan ketibaan SKT2013 di tempat anda!

Lihat juga laporan lengkap SKT2013 pada hari pertama di sini dan hari kedua di sini.





CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?