Showing posts with label #SKT2013. Show all posts
Showing posts with label #SKT2013. Show all posts

Monday, 25 March 2013

#TukarKelantan : [VIDEO] 3000 Pemuda Rantau Panjang Menyertai #KTK2013




Di Kelantan sekarang ini tidak asing lagi dengan Skuad Kembara Tukar #SKT2013 yang semakin popular di setiap pelusuk negeri. Kali ini #SKT2013 bertukar menjadi Kembara Tukar Khas #KTK2013 selepas mendapat permintaan dari rakyat Kelantan untuk turun di kawasan mereka. 

#KTK2013 akan diadakan pada 23 Mac 2013 di Rantau Panjang. Tarikh 23 Mac dipilih sebagai simbolik 23 tahun pemerintahan kerajaan PAS di Kelantan. 23 tahun juga merupakan simbolik kegagalan-kegagalan PAS selama 23 tahun di Kelantan.

Kali ini #KTK2013 membadai daerah Rantau Panjang. Lebih dari 2000 motorsikal dan 3000 pemuda menyertai Kembara Tukar kali ini. Ini membuktikan bahawa pemuda Rantau Panjang bersungguh-sungguh mahu menukar Kerajaan PAS Kelantan sekarang ini.

Seperti biasa, peserta #KTK2013 akan mendapat pelbagai barangan seperti risalah, stiker, bendera, VCD dan lain-lain.

Gambar Di Sekitar #KTK2013 Rantau Panjang

YB Dato’ Seri Mustapa Mohamed merakamkan jutaan tahniah dan syabas kepada anak muda di Rantau Panjang yang bersemangat untuk menentang rejim PAS. YB Dato’ Seri berharap Gerakan TUKAR akan terus membuat program seperti ini di peringkat DUN di seluruh Negeri Kelantan.













Wednesday, 20 March 2013

#TukarKelantan : Gerakan TUKAR sekali lagi membadai Rantau Panjang


Selepas berjaya menjelajah seluruh negeri Kelantan yang melibatkan semua DUN dan Parlimen melalui Skuad Kembara TUKAR (#SKT2013), gerakan TUKAR terus mendapat permintaan rakyat Kelantan dari serata tempat untuk sekali lagi turun ke kawasan mereka.

Selepas berakhirnya #SKT2013, gerakan TUKAR juga sempat mengadakan Skuad Mesra TUKAR (#SMT2013) di mana #SMT2013 lebih menumpukan kawasan-kawasan bandar yang dipenuhi orang ramai.

Selepas dua siri jelajah yang mendapat sambutan luar biasa, gerakan TUKAR sekali lagi akan mengadakan kembara yang diberi nama Kembara TUKAR Khas (#KTK2013).

#KTK2013 akan diadakan pada 23 Mac 2013 di Rantau Panjang. Tarikh 23 Mac dipilih sebagai simbolik 23 tahun pemerintahan kerajaan PAS di Kelantan. 23 tahun juga merupakan simbolik kegagalan-kegagalan PAS selama 23 tahun di Kelantan.

Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, YBhg. Dato Abdullah Mat Yasim dan seluruh kepimpinan akan bersama anak-anak muda Rantau Panjang pada hari tersebut.

Seperti biasa, pelbagai barangan seperti risalah, stiker, bendera, VCD dan lain-lain boleh didapatkan dari #KTK2013.

Rakyat Rantau Panjang dijemput untuk hadir bagi menyemarakkan lagi gelombang merah yang bakal membadai Rantau Panjang Sabtu ini.

Ayuh sekali lagi membanjiri jalan raya sepertimana yang telah dilakukan sebelum ini!


TUKAR Kelantan!

Monday, 11 March 2013

#TukarKelantan : Bakal calon PAS Dun Gaal kantoi beri wang pada peserta konvoi!



Bukan main lagi penyokong PAS sebelum ini menghentam UMNO kononnya UMNO membayar peserta-peserta konvoi terutamanya peserta-peserta konvoi Skuad Kembara TUKAR.

Hakikat sebenarnya adalah PAS tidak ada cara lain untuk menafikan kemampuan UMNO menarik sokongan rakyat Kelantan.

Hari ini, tuduhan yang dilontarkan penyokong-penyokong PAS terkena pada pihak mereka sendiri apabila sebuah video yang menunjukkan bakal calon PAS di DUN Gaal membayar wang bernilai RM50 kepada peserta-peserta konvoi PAS tersebar di Youtube.




Jika dilihat di video, nampak seperti PAS membayar RM50 seorang. Banyaknya duit PAS sampai boleh bayar RM50 seorang! Kalaulah 1000 orang yang menyertai konvoi, didarabkan dengan RM50, sudah RM50,000 habis hanya untuk membayar peserta-peserta konvoi!

Nasib baiklah konvoi PAS tidak mendapat sambutan sebagaimana sambutan yang diberikan kepada Skuad Kembara TUKAR. Jadi tak perlulah PAS membayar jumlah wang yang banyak kepada peserta konvoi.

Hari ini penyokong-penyokong PAS yang mengatakan UMNO membayar peserta-peserta konvoi pastinya terduduk diam apabila terbukti pemimpin mereka sendiri membayar peserta-peserta konvoi.

Jika sebelum ini mereka menuduh UMNO membayar RM15 kepada peserta-peserta konvoi, di dalam video di atas pula PAS membayar RM50 seorang.

Persoalan yang timbul adalah di mana sumber PAS mendapatkan wang yang sebegitu banyak? Adakah derma Lebuhraya Rakyat disalurkan untuk tujuan seperti ini? Sama-sama kita menilai.

Saturday, 9 March 2013

[FOTO] : 20 Ribu Orang Kelantan 'Naik Angin' Bersama Tun Mahathir - #TukarKelantan


PASIR MAS - Perhimpunan Orang Kelantan 'Naik Angin' anjuran PERKASA Kelantan yang turut disertai oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad dan isteri dihadiri oleh 20,000 rakyat dari seluruh pelusuk negeri Kelantan.

Tun Mahathir Mohammad dalam ucapannya berkata, beliau tidak pernah melihat perhimpunan yang begini besar lebih-lebih lagi di Kelantan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur serta seluruh rakyat Kelantan di atas sokongan yang diberikan.

Selain Presiden PERKASA Datuk Sri Ibrahim Ali dan Tun Mahathir Mohammad, program anjuran PERKASA ini turut dihadiri oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan Dato Sri Mustapa Mohammad dan juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, YB Zulkifli Nordin.

Tun Mahathir dalam ucapannya turut mengakui bahawa aura kebangkitan rakyat Kelantan kini semakin dirasai, ia dapat dilihat melalui sambutan yang diberikan oleh rakyat Kelantan terhadap program-program anjuran UMNO dan ia berbeza daripada sebelum ini.

Antara foto yang dirakam lensa Tukar-Kelate!













#SKT2013 : 3000 buah motosikal serang Pasir Mas dan Tumpat, Nik Aziz makin pening!


Selepas 7 hari menjelajah seluruh Kelantan, Skuad Kembara TUKAR (SKT2013) akhirnya tiba ke penghujungnya. Parlimen terakhir yang dijelajahi SKT2013 adalah Parlimen Tumpat dan Pasir Mas.

Kembara sebelum ini telah ditangguhkan seketika akibat cuaca yang tidak mengizinkan. Walaubagaimanapun, program tetap berjalan seperti yang dirancang.

Pasir Mas dan Tumpat menjadi parlimen terakhir yang dijelajahi oleh SKT2013 selepas Parlimen Kota Bharu dan Kubang Kerian dijelajah pada hari pertama, Pengkalan Chepa dan Bachok pada hari kedua, Ketereh dan Pasir Puteh pada hari ketiga, Machang dan Kuala Krai pada hari keempat, Gua Musang dan Jeli pada hari kelima,  dan Tanah Merah dan Rantau Panjang pada hari keenam.

Di sebelah pagi, SKT2013 bermula di Chetok. 300 pemuda bermotor DUN Chetok berarak ke Pengkalan Pasir. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Che Johan Che Pa telah melepaskan konvoi.

Selepas tiba di Pengkalan Pasir, konvoi Pemuda Chetok bergabung dengan Pemuda Pengkalan Pasir dan membuat satu laporan polis terhadap kenyataan biadap Ahli Parlimen Batu (PKR), Tian Chua.

SKT2013 kemudian berarak ke Tendong dan kembara sesi pagi tamat di sebuah sekolah menengah teknik. Di sana, SKT2013 bersama rakyat dalam sukan futsal.

SKT2013 menyambung sesi kembara sebelah petang pada jam 2.30 petang selepas selesai solat Jumaat. SKT2013 bermula di Wakaf Bharu di mana 500 pemuda bermotor DUN Wakaf Bharu dan kepimpinan berarak bersama. Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Dato Noor Zahidi dan Penyelaras DUN Wakaf Bharu, Dato Hj. Mohd Rosdi turut hadir memberikan sokongan.

SKT2013 kemudiannya bergerak ke Pengkalan Kubor, Kelaboran dan Pasir Pekan sebelum kembara berakhir di Pasar Wakaf Bharu.

Antara jalan-jalan yang dilalui adalah jalan Pasir Mas - Kota Bharu, Bunut Susu, Gelang Mas, Jalan Pengkalan Kubor - Bunohan, Jalan pantai ke Tumpat, Pekan Tumpat, Kg. Sedar, Sg. Pinang, Kg. Laut, Kepulau, Wakaf Bharu dan Jambatan Sultan Yahya Petra.




Seperti biasa, SKT2013 berhenti di beberapa tempat sepanjang laluan untuk sesi pidato dan mengagihkan barangan-barangan seperti pamphlet, stiker, belon, bendera, VCD dan sebagainya.

Masyarakat tempatan tidak melepaskan peluang untuk mendekati SKT2013 untuk mendapatkan barangan-barangan eksklusif TUKAR.

Stiker T nampaknya semakin hari semakin mendapat sambutan hebat. Rakyat Kelantan kini tidak lagi segan dan takut untuk menampal stiker T di kenderaan masing-masing.

Lihat gambar-gambar sekitar hari terakhir SKT2013 yang pastinya buat Nik Aziz pening!

SKT2013 bersedia untuk berkonvoi
Pengerusi TUKAR, Encik Kamaruddin Kassim menyampaikan ucapan dengan penuh semangat
Penyelaras DUN Wakaf Bharu, Dato Hj. Mohd Rosdi turut bersama
Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Dato Noor Zahidi bersama sukarelawan-sukarelawan TUKAR

Gelombang Merah, BN Merentah, Kelate Berubah. 

TUKAR!!

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?