Showing posts with label imam. Show all posts
Showing posts with label imam. Show all posts

Tuesday, 23 April 2013

#TukarKelantan : Imam muda PAS didakwa pukul penggawa UMNO. Tolak politik samseng!


KOTA BHARU, 23 April - Seorang imam muda dan seorang penghulu masyarakat sebuah agensi kerajaan hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan mencetuskan pergaduhan yang berlaku di Kampung Permatang Gading di Pasir Puteh pada 20 April lalu. 
Mohd Quawes Al-Khusrony, 26, dan Mohd Zulkepli Ismail, 51, dituduh telah bergaduh sesama sendiri sehingga mengganggu ketenteraman awam dalam kejadian yang berlaku pada pukul 5 petang itu. 
Kedua-duanya telah didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM1,000. 
Hakim, Mohd Yusoff Yunus kemudiannya menetapkan 28 April depan sebagai tarikh menjatuhkan hukuman terhadap kedua-dua tertuduh itu. 
Mohd Yusoff juga mengenakan jaminan sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin terhadap kedua-duanya. 
Kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norhamizah Ghazali manakala kedua-duanya tidak diwakili peguam. 
Difahamkan kedua-duanya bergaduh kerana perbezaan politik. 
- BERNAMA

Mengikut fakta mahkamah, imam muda tersebut bertindak memukul penggawa menggunakan besi dipercayai akibat tidak berpuas hati dengan tindakan penggawa tersebut menegur pihak masjid kerana mengadakan ceramah politik di dalam masjid.

Sejak kebelakangan ini, politik kasar seperti ini sering berlaku di Kelantan. Baru-baru ini, seorang ahli UMNO dipukul semasa menaikkan bendera BN di Tanah Merah. Di Bachok, seorang penyokong BN ditetak oleh penyokong PAS yang datang bersama adiknya sendiri hanya kerana membuka pos BN.

Politik kasar seperti ini perlu ditolak. Yang menghairankan, politik kasar seperti ini sering dicetuskan oleh penyokong PAS di Kelantan. Pelik jika penyokong parti yang mengaku memperjuangkan Islam bertindak di luar batas kemanusiaan dan langsung tidak menunjukkan akhlak muslim yang baik.

Betul lah kata orang, berkopiah atau berjubah sekalipun belum dapat melambangkan peribadi seseorang itu baik. Yang penting adalah dalaman dan bukan luaran.

Bo pioh setaro demo! Blana blana blana!

Thursday, 14 February 2013

[VIDEO] #TukarKelantan : Undi UMNO/BN Adalah WAJIB - Haram Beri Undi Kepada DAP!


Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang dianggotai para ulama, tok guru pondok, imam dan ustaz muda membuat pengisytiharan bahawa memberi undi kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah haram.

Pertubuhan itu iaitu Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Pendita turut menegaskan bahawa perjuangan menentang Pas adalah jihad kerana mengundi parti itu bermaksud menyokong DAP yang merupakan parti cauvinis yang menolak Islam dan memperjuangkan sekularisme.

Sehubungan itu, kesemua NGO berkenaan yang diwakili pemimpin masing-masing berjanji akan menyediakan satu dokumen lengkap berhubung pengisytiharan tersebut untuk diberikan kepada raja-raja Melayu dan Majlis Fatwa Kebangsaan agar dapat dibincangkan dan menyelesaikan kekeliruan yang ditimbulkan oleh Pas selama ini.

Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah yang juga Penasihat Minda Pondok berkata, kegagalan Pas mempertahankan Islam terutama penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam tidak boleh dimaafkan sama sekali, malah demi politik para pemimpin Pas seolah-olah jahil agama.


"Membiarkan kalimah Allah digunakan seperti itu berdosa dalam hukum. Maknanya kita mesti mempertahankan kalimah Allah dan akidah orang Islam, dalam pilihan raya umum kita mahu perdana menteri dan timbalannya orang Islam maka di sinilah kita berjihad, kita jangan undi Pas.

"Saya bercakap mempertahankan kalimah Allah, saya rujuk empat kitab mazhab, kitab tafsir, kitab fekah dan banyak lagi rujukan. Boleh dikatakan menyeluruh kitab saya rujuk tetapi mereka tuduh saya jahil.

"Kesemua kitab ini menyebut bahawa kalimah Allah tidak boleh disekutukan, tidak boleh digunakan selain untuk agama Islam dan untuk mendaulatkan Islam. Ia adalah kalimah suci jadi kenapa kata saya jahil," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Baca lebih lanjut di sini.

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?