Showing posts with label pukul. Show all posts
Showing posts with label pukul. Show all posts

Tuesday, 23 April 2013

#TukarKelantan : Jurukamera RTM meninggal dunia selepas berlaku pergaduhan di Gua Musang


Akibat pertengkaran berhubung isu politik yang berlarutan kepada pergaduhan kecil, seorang pemberita sambilan RTM Kelantan meninggal dunia akibat serangan jantung awal pagi tadi.

Mohamed Yaakob, 62 tahun meninggal dunia di rumahnya berhampiran pejabat PAS di Bandar Gua Musang jam 2 pagi tadi.

Kejadian dipercayai bermula tengah malam tadi apabila Allahyarham Mohamed atau lebih mesra dipanggil Pok Mat bertengkar dipercayai dengan penyokong PAS.

Selepas pergaduhan berlaku, Allahyarham diserang sakit jantung dan meninggal dunia. Allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Kerinting, Gua Musang.

Berikut adalah laporan polis yang dibuat isteri mangsa. Beliau mengesahkan kejadian berlaku di depan pejabat PAS. Allahyarham melaungkan "Inikah cara Islam di hadapan rumah orang?" semasa bertengkar.


Al-Fatihah. Pergaduhan demi pergaduhan kerap kali berlaku di Kelantan khususnya menjelang pilihanraya. Baru-baru ini kes pukul dan tetak penyokong UMNO di Tanah Merah dan Bachok, kemudian kes imam muda PAS pukul penggawa UMNO di Pasir Puteh dan banyak lagi kes-kes lain.

Politik tidak matang seperti ini perlu ditolak, terutamanya bagi parti yang mengaku memperjuangkan Islam. Semoga kejadian seperti ini tidak lagi berlaku di negara kita yang mengalamkan politik matang.

#TukarKelantan : Imam muda PAS didakwa pukul penggawa UMNO. Tolak politik samseng!


KOTA BHARU, 23 April - Seorang imam muda dan seorang penghulu masyarakat sebuah agensi kerajaan hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan mencetuskan pergaduhan yang berlaku di Kampung Permatang Gading di Pasir Puteh pada 20 April lalu. 
Mohd Quawes Al-Khusrony, 26, dan Mohd Zulkepli Ismail, 51, dituduh telah bergaduh sesama sendiri sehingga mengganggu ketenteraman awam dalam kejadian yang berlaku pada pukul 5 petang itu. 
Kedua-duanya telah didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM1,000. 
Hakim, Mohd Yusoff Yunus kemudiannya menetapkan 28 April depan sebagai tarikh menjatuhkan hukuman terhadap kedua-dua tertuduh itu. 
Mohd Yusoff juga mengenakan jaminan sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin terhadap kedua-duanya. 
Kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norhamizah Ghazali manakala kedua-duanya tidak diwakili peguam. 
Difahamkan kedua-duanya bergaduh kerana perbezaan politik. 
- BERNAMA

Mengikut fakta mahkamah, imam muda tersebut bertindak memukul penggawa menggunakan besi dipercayai akibat tidak berpuas hati dengan tindakan penggawa tersebut menegur pihak masjid kerana mengadakan ceramah politik di dalam masjid.

Sejak kebelakangan ini, politik kasar seperti ini sering berlaku di Kelantan. Baru-baru ini, seorang ahli UMNO dipukul semasa menaikkan bendera BN di Tanah Merah. Di Bachok, seorang penyokong BN ditetak oleh penyokong PAS yang datang bersama adiknya sendiri hanya kerana membuka pos BN.

Politik kasar seperti ini perlu ditolak. Yang menghairankan, politik kasar seperti ini sering dicetuskan oleh penyokong PAS di Kelantan. Pelik jika penyokong parti yang mengaku memperjuangkan Islam bertindak di luar batas kemanusiaan dan langsung tidak menunjukkan akhlak muslim yang baik.

Betul lah kata orang, berkopiah atau berjubah sekalipun belum dapat melambangkan peribadi seseorang itu baik. Yang penting adalah dalaman dan bukan luaran.

Bo pioh setaro demo! Blana blana blana!

Thursday, 7 February 2013

Pemuda UMNO dibelasah penyokong-penyokong PAS!


Dasuki Yusoff yang merupakan AJK Pemuda UMNO Tanah Merah telah dibelasah teruk sewaktu menaikkan bendera BN di kampungnya. Beliau dikatakan diserang oleh sekumpulan penyokong PAS dari kampungnya sendiri. Kejadian dikatakan berlaku pada petang semalam, 6 Februari 2013.

Inilah yang berlaku apabila penyokong-penyokong parti politik tidak dapat mengawal emosi dek kerana kebencian melampau yang telah tertanam di dalam diri. Inilah bahaya politik yang dibawa oleh pembangkang.  Satu-satunya cara untuk mereka mendapat sokongan rakyat adalah dengan cara membuat rakyat membenci kerajaan. Apabila diri dikuasai kebencian, maka pemikiran rasional tidak lagi digunapakai dan berlakulah perkara-perkara di luar batas kemanusiaan.

Trend politik samseng bukan baru bermula di Malaysia. Pakatan pembangkang sememangnya terkenal dengan keganasan. Mana tidaknya, setiap tahun mereka dibawa ke jalanan untuk berdemonstrasi dan merusuh. Penglibatan anak-anak kecil dalam demonstrasi jalanan pula cuma akan menanam sifat memberontak dalam diri kanak-kanak. Maka tidak hairan sifat itu akan kekal sehingga mereka dewasa kelak.

Di bawah adalah contoh-contoh keganasan dan tindakan tidak beretika yang telah berlaku yang melibatkan penyokong-penyokong pembangkang.




CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?