Showing posts with label mahkamah. Show all posts
Showing posts with label mahkamah. Show all posts

Tuesday, 23 April 2013

#TukarKelantan : Imam muda PAS didakwa pukul penggawa UMNO. Tolak politik samseng!


KOTA BHARU, 23 April - Seorang imam muda dan seorang penghulu masyarakat sebuah agensi kerajaan hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan mencetuskan pergaduhan yang berlaku di Kampung Permatang Gading di Pasir Puteh pada 20 April lalu. 
Mohd Quawes Al-Khusrony, 26, dan Mohd Zulkepli Ismail, 51, dituduh telah bergaduh sesama sendiri sehingga mengganggu ketenteraman awam dalam kejadian yang berlaku pada pukul 5 petang itu. 
Kedua-duanya telah didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM1,000. 
Hakim, Mohd Yusoff Yunus kemudiannya menetapkan 28 April depan sebagai tarikh menjatuhkan hukuman terhadap kedua-dua tertuduh itu. 
Mohd Yusoff juga mengenakan jaminan sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin terhadap kedua-duanya. 
Kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norhamizah Ghazali manakala kedua-duanya tidak diwakili peguam. 
Difahamkan kedua-duanya bergaduh kerana perbezaan politik. 
- BERNAMA

Mengikut fakta mahkamah, imam muda tersebut bertindak memukul penggawa menggunakan besi dipercayai akibat tidak berpuas hati dengan tindakan penggawa tersebut menegur pihak masjid kerana mengadakan ceramah politik di dalam masjid.

Sejak kebelakangan ini, politik kasar seperti ini sering berlaku di Kelantan. Baru-baru ini, seorang ahli UMNO dipukul semasa menaikkan bendera BN di Tanah Merah. Di Bachok, seorang penyokong BN ditetak oleh penyokong PAS yang datang bersama adiknya sendiri hanya kerana membuka pos BN.

Politik kasar seperti ini perlu ditolak. Yang menghairankan, politik kasar seperti ini sering dicetuskan oleh penyokong PAS di Kelantan. Pelik jika penyokong parti yang mengaku memperjuangkan Islam bertindak di luar batas kemanusiaan dan langsung tidak menunjukkan akhlak muslim yang baik.

Betul lah kata orang, berkopiah atau berjubah sekalipun belum dapat melambangkan peribadi seseorang itu baik. Yang penting adalah dalaman dan bukan luaran.

Bo pioh setaro demo! Blana blana blana!

Tuesday, 2 April 2013

#TukarKelantan : Rahsia pernikahan ADUN PAS dengan wanita Kemboja terbongkar??


Tahun 2010 seorang wanita Kemboja yang mengaku dirinya isteri kedua ADUN PAS Melor di Kelantan telah membawa kes tuntutan mutaah ke Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu. Dalam tuntutan itu wanita berkenaan menuntut RM 3 juta daripada bekas suaminya.

Perbicaraan kes tersebut menjadi bualan umum di Kelantan dan seluruh negara kerana ia melibatkan seorang ADUN PAS. Dalam masa yang sama mencemarkan reputasi PAS. Walaupun tiga tahun telah berlalu timbul persoalan kenapa kes berkenaan senyap begitu sahaja sehingga kini ?

Rupa-rupanya kes berkenaan telah ditarik balik dan tuntutan bekas isteri kedua ADUN berkenaan diselesaikan di luar mahkamah. Difahamkan wanita berkenaan berjaya mendapat RM 3 juta yang dituntut dari bekas suaminya hasil bantuan kawasan balak yang dianugerahkan oleh Nik Aziz.

Atas alasan menjaga air muka tok guru dan PAS Kelantan, khabarnya Nik Aziz telah menganugerahkan kawasan balak kepada ADUN berkenaan yang mana kawasan berkenaan kemudiannya dijual dan wang digunakan untuk membayar tuntutan wanita berkenaan.

Banyak sebab yang membuatkan PAS Kelantan takut jika perbicaraan itu diteruskan. Kerana itulah mereka memilih untuk tidak meneruskan perbicaraan dan cari jalan untuk selesaikan luar mahkamah bagi mengelak PAS diaibkan. Namun begitu bangkai gajah mana mungkin ditutup dengan daun pisang. Sebijak-bijak PAS hendak menutup kisah berkenaan akhirnya terbongkar jua.

Jika kes tersebut dibicarakan di mahkamah tiga rahsia besar akan terbongkar.

1 - Jumlah harta yang dimiliki oleh Adun Pas berkenaan.
2 - Siapa jurunikah, saksi dan tempat bernikah.
3 - Surat nikah palsu

Pertama, ketika perbicaraan sebelum kes ditarik balik wanita berkenaan memberitahu mahkamah bahawa beliau yakin bekas suaminya mempunyai harta yang melebihi RM 3 juta - The Malaysian Insider, 29 September 2010.

Jika perbicaraan diteruskan maka akan terbongkarlah kekayaan seorang ADUN PAS yang sering mengaku mereka miskin, dan dari mana datangnya hasil kekayaan itu.

Ejen nikah sindiket - kiri jurunikah, kanan saksi

Kedua, khabarnya orang yang menikahkan mereka adalah ADUN PAS Air Lanas, Abdullah Ya'kub dan saksinya adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan yang juga salah seorang ADUN PAS di Kelantan. Mereka dinikah dalam bilik hotel di Kemboja. Jika perbicaraan diteruskan maka akan terbongkarlah cerita ADUN PAS menjalankan khidmat pernikahan sindiket dan kesan lebih teruk lagi kerana yang melanggar peraturan berkenaan adalah wakil rakyat dan seorang Speaker DUN.

Ketiga, khabarnya apabila mendapat berita bekas isteri ADUN Melor akan membawa kes berkenaan ke mahkamah, ADUN Melor telah meminta pertolongan seorang lelaki yang dikenali sebagai Ustaz Rahimi Madani yang juga bertindak sebagai bomoh rasmi Husam serta bomoh kepada Satay Malaysia telah pergi ke Thailand untuk mendapat satu surat nikah yang tarikh telah dikebelakangkan (back dated) sebagai bukti nikah kepada mahkamah. Jika perbicaraan tersebut diteruskan maka semua ini akan terbongkar kerana seorang adun terlibat menggunakan dokumen palsu.

Begitulah cekapnya PAS melakukan kerja-kerja mengambuskan kesalahan orang mereka. Yang menjadi mangsa adalah tanah-tanah balak Kelantan untuk menutup kebejatan pemimpin-pemimpin PAS, demi kepuasan nafsu ADUN mereka mendapat 'barang baik' made in Cambodia.

Ada yang mampu menafikan berita ini?

Kredit kepada blog Gelombang Merah.

Saturday, 9 March 2013

Anwar Ibrahim, Azlan Mohd Lazim, Saiful Bukhari, #LahadDatu & Konspirasi - Siapa Yang Untung?


Tatkala masyarakat Malaysia memerhati segala kebarangkalian yang akan berlaku di dalam insiden pencerobohan Lahad Datu oleh kumpulan bersenjata yang mendakwa siri mereka tentera Sultan Sulu, tiba-tiba kita dikejutkan dengan pengakuan bapa Saiful Bukhari iaitu Azlan Mohd Lazim yang mendakwa kes liwat membabitkan Anwar Ibrahim dengan anaknya adalah sebuah konspirasi UMNO.

Dek kerana pengakuan daripada Azlan Mohd Lazim, perhatian masyarakat segera tertumpu kepada kenyataan tersebut, lalu isu berbangkit mengenai pencerobohan Lahad Datu yang mana wujudnya kebarangkalian penglibatan Anwar Ibrahim tidak lagi menjadi keutamaan lebih-lebih lagi kepada pemerhati politik.

Kita harus menilai apa yang dikatakan oleh Azlan Mohd Lazim, kerana berdasarkan rekod sebelum ini dia dilihat menyokong kuat anaknya, malah mendesak agar Peguam Negara menyegerakan rayuan di atas kes anaknya, tetapi tiba-tiba semalam Azlan Mohd Lazim 'pusing 360 darjah' dengan menuduh UMNO berkonspirasi di dalam kes tersebut.

Kita rujuk rekod sebelum ini kenyataan daripada Azlan Mohd Lazim, iaitu bapa kepada Saiful Bukhari!

Lihat di sini.

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?