Showing posts with label perkasa kelantan. Show all posts
Showing posts with label perkasa kelantan. Show all posts

Monday, 11 March 2013

[VIDEO] : Ucapan Tun M - Hak Melayu, Islam Tergadai Kerana Pembangkang Lemah!





Kelemahan parti Melayu dalam pakatan pembangkang telah menyebabkan kaum lain tidak menghormati orang Melayu dan lebih teruk lagi hak keistimewaan Islam turut tergadai.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kaum lain di negara ini sepatutnya menghormati hak Melayu dan Islam kerana kedua-duanya telah menjadi bahasa dan agama rasmi negara ini sejak sekian lama.

Namun katanya, ekoran kelemahan parti Melayu dalam pakatan pembangkang yang sentiasa mengikut arahan kroni mereka, hak Melayu dan Islam telah menjadi taruhan.

"Sebagai contoh yang paling jelas ialah melalui isu kalimah Allah apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah memberikan kebenaran kepada kaum lain untuk mengunakan kalimah suci itu.

"Jika perkara ini terus berlaku dan parti Melayu dalam pakatan pembangkang terus mengikut telunjuk kaum lain, tidak mustahil masyarakat Melayu akan menjadi hamba dan kuli di bumi sendiri," katanya ketika berucap dalam Majlis Penutup Konvoi Selamatkan Selangor anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di sini hari ini.

Yang turut hadir isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali; Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali; Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin dan Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya.

Menurut Dr. Mahathir, jika rakyat terus memilih pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), segala usaha Barisan Nasional (BN) untuk memartabatkan bangsa Melayu akan terus dihapuskan.




"Jika pakatan pembangkang menang pilihan raya umum akan datang, percayalah, kedudukan orang Melayu akan diketepikan. Kaum lain telah menguasai ekonomi negara ini dan jika politik turut dikuasai oleh mereka, anda fikirlah sendiri.

"Oleh itu, kita harus bertindak tegas dan memilih BN iaitu satu-satunya parti yang memperjuangkan hak Melayu dan pada masa sama menyamaratakan hak kaum lain di negara ini," katanya.

Dalam pada itu, Abu Bakar selaku pengerusi penganjur ketika ditemui pemberita berkata, hampir 3,000 peserta menyertai Konvoi Selamatkan Selangor dan kesemuanya merupakan anak jati negeri ini.

"Kesemua mereka menaiki motosikal menjelajah ke semua daerah di Selangor sambil membawa bendera negeri dan bendera Perkasa.

"Kita turut berkonvoi ke Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kampung Rantau Panjang, Klang untuk menziarah kubur wira negara, Allahyarham Koperal Mohd. Azrul Tukiran, 27, yang gugur diserang pengganas Sulu di Sabah," katanya. - Utusan Malaysia

Sunday, 10 March 2013

[VIDEO] : Ucapan Tun Dr. Mahathir di Himpunan Orang Kelate Naik Angin


Saksikan video ringkas yang memetik ucapan Tun Dr. Mahathir di Himpunan Orang Kelate Naik Angin yang diadakan di padang SMK. Tengku Panglima Raja, Lemal, Pasir Mas, Kelantan semalam.



Lebih 20,000 rakyat Kelantan yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat hadir ke perhimpunan tersebut.

Antara petikan menarik ucapan Tun Dr. Mahathir dalam program tersebut adalah ‎"Malangnya apabila kita gunakan sistem demokrasi, yang rakyat berhak memilih kerajaan dan pemimpin mereka, maka timbullah ketamakan manusia, untuk mendapatkan kuasa ini. Mereka memperalatkan agama Islam".

Laporan dan gambar-gambar program tersebut boleh di lihat di sini dan juga di sini.

Saturday, 9 March 2013

[FOTO] : 20 Ribu Orang Kelantan 'Naik Angin' Bersama Tun Mahathir - #TukarKelantan


PASIR MAS - Perhimpunan Orang Kelantan 'Naik Angin' anjuran PERKASA Kelantan yang turut disertai oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad dan isteri dihadiri oleh 20,000 rakyat dari seluruh pelusuk negeri Kelantan.

Tun Mahathir Mohammad dalam ucapannya berkata, beliau tidak pernah melihat perhimpunan yang begini besar lebih-lebih lagi di Kelantan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur serta seluruh rakyat Kelantan di atas sokongan yang diberikan.

Selain Presiden PERKASA Datuk Sri Ibrahim Ali dan Tun Mahathir Mohammad, program anjuran PERKASA ini turut dihadiri oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan Dato Sri Mustapa Mohammad dan juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, YB Zulkifli Nordin.

Tun Mahathir dalam ucapannya turut mengakui bahawa aura kebangkitan rakyat Kelantan kini semakin dirasai, ia dapat dilihat melalui sambutan yang diberikan oleh rakyat Kelantan terhadap program-program anjuran UMNO dan ia berbeza daripada sebelum ini.

Antara foto yang dirakam lensa Tukar-Kelate!













#TukarKelantan : 20 ribu rakyat Kelantan naik angin di Pasir Mas


Satu perhimpunan anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Kelantan yang diberi nama Perhimpunan Orang Kelantan Naik Angin telah diadakan petang tadi bertempat di padang SMK. Tengku Panglima Raja, Lemal, Pasir Mas, Kelantan.

Tema perhimpunan tersebut adalah "Rakyat tertekan, bertimbun masalah". Tetamu istimewa pada perhimpunan tersebut adalah negarawan terulung negara, Tun Dr. Mahathir Mohamad serta isterinya Tun Dr. Siti Hasmah.

Turut hadir ke perhimpunan tersebut adalah Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, YB Dato Ibrahim Ali, Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara yang juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, YB Dato Zulkifli Noordin dan Ketua Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Dato Seri Mustapa Mohamed.

Perhimpunan tersebut dihadiri lebih 20,000 rakyat Kelantan yang tidak mahu melepaskan peluang untuk bertemu Tun Dr. Mahathir secara lebih dekat. Sesungguhnya sudah lama rakyat Kelantan menantikan kehadiran Tun Dr. Mahathir ke bumi Kelantan.

Tun Dr. Mahathir disambut meriah dengan penuh tradisi melayu Kelantan. Beliau telah disambut dengan 88 pulut semangat, 88 sireh junjung, 88 bunga dan 500 orang pendikir. Angka 88 memberi simbol kepada umur Tun yang sudah mencecah 88 tahun.


Walaupun umur beliau sudahpun 88 tahun, namun beliau masih lagi sihat dan bersemangat untuk berjuang demi negara. Sehingga sekarang, beliau masih lagi digeruni oleh pembangkang walaupun beliau sudah tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam kerajaan.


Sambutan hebat rakyat Kelantan terhadap kunjungan Tun Dr. Mahathir ke Kelantan menunjukkan bahawa rakyat Kelantan sangat menghargai jasa Tun Dr. Mahathir terhadap negara.

Lihat gambar-gambar sekitar perhimpunan tersebut di bawah.


Saturday, 9 February 2013

Lebih 500 kenderaan berkonvoi bantah Ladang Rakyat!



Meriah! Satu konvoi bagi membantah Ladang Rakyat yang lebih sesuai dikenali sebagai Ladang Wakil Rakyat telah dianjurkan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara pada 8 Februari 2013. Konvoi bermula dari Kota Bharu ke Gua Musang. Pelepasan peserta-peserta konvoi dibuat oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara, YB Dato Ibrahim Ali di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV. Sebanyak 400 buah kereta dan 100 buah motosikal menyertai konvoi ini. Para peserta berkonvoi ke Kampung Lalang, Kuala Betis. Setibanya di sana, para peserta dijamu oleh masyarakat orang asli. Ucapan pemimpin-pemimpin Perkasa dan MTRK serta gimik pelancaran konvoi diadakan di sana. Kira-kira 2000 orang peserta terlibat dalam konvoi ini. Sesudah majlis di Kampung Lalang, peserta-peserta konvoi bergerak ke Jeli bagi menjamu selera. Jamuan nasi kerabu disediakan oleh YB Dato Seri Mustapa Mohamed dan Perkasa Bahagian Jeli. Konvoi bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 8.30 malam. 


Pertikaian mengenai Ladang Rakyat



Projek Ladang Rakyat pada asasnya bermatlamat untuk membantu Kerajaan PAS Kelantan dalam usahanya mengurangkan masalah kemiskinan tegar serta meningkatkan keupayaan sosio-ekonomi Negeri dan menaikkan taraf hidup penduduk.

Ladang Rakyat yang berkeluasan 81,095 ekar merangkumi Jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah ini bagaimana pun sehingga kini gagal membantu seramai 4,767 orang penduduk miskin yang telah dipilih sebagai Peserta Ladang Rakyat itu.

Ini terbukti sebagaimana dalam Laporan Audit Negara 2011 (LAN 2011) beberapa bulan lepas yang telah membuat beberapa teguran terhadap projek Ladang Rakyat anjuran Kerajaan PAS Kelantan yang didapati gagal mencapai objektifnya.

Para peserta hanya memperolehi dividen RM200.00 sebulan manakala hak milik tanah dinafikan, jauh berbeza sekali dengan nasib peneroka FELDA yang bukan sahaja memiliki hak milik tanah sekurang-kurangnya 10 ekar seorang malah turut menerima elaun bulan dan rumah sendiri.

Sementara itu peluang bekerja menambah pendapatan di Ladang Rakyat pula hanya memanfaatkan 282 penduduk tempatan sahaja, selebihnya seramai 639 orang pekerja adalah warga asing.

Ternyata projek Ladang Rakyat telah gagal menjayakan misi yang diamanahkan untuk membantu rakyat miskin sebaliknya tauke-tauke Cina DAP dan Cina Singapura lebih mendahulukan soal keuntungan dalam mengenyangkan perut sendiri.

Kerajaan PAS Kelantan rupanya seperti sengaja membiarkan sahaja perkara ini berlanjutan tanpa mengambil langkah pembetulan. Tauke-tauke Cina yang lebih terangsang untuk mengaut kekayaan hasil bumi Kelantan tetap terus diberi keutamaan berbanding anak negeri sendiri.

Malah sebahagian besar tanah Ladang Rakyat dan hasil bumi kayu balaknya hanya berlegar dikalangan tauke-tauke Cina dan syarikat proksi mereka dengan tempoh pajakan berpuluh tahun ke hadapan. Lebih 50,000 ekar daripada keluasan 81,095 ekar tanah Ladang Rakyat dikuasai tauke-tauke Cina ini.

Termasuklah 10,526 ekar (4,259 hektar) tanah hutan balak di Gua Musang yang dimiliki secara bersama oleh pemimpin bersaudara dari DAP Perak, Ngeh Koh Ham dan Nga Kor Min melalui syarikat Upaya Padu Sdn Bhd.

Selain syarikat milik pemimpin DAP itu, beberapa syarikat milik tauke Cina seperti Leong Hup Holding Sdn Bhd(LHH) turut menguasai pajakan tanah yang luasnya mencecah 10,095 ekar selama 99 tahun juga di Gua Musang.

Manakala tanah seluas 7,500 ekar tanah Ladang Keruing Teknik yang asalnya milik Yayasan Islam Kelantan (YIK) di Relai, Gua Musang juga kini telah dipajakkan kepada syarikat Suurban Sdn Bhd, milik tauke Cina dari Johor.

Mengikut sumber dalaman PAS, hasil traksaksi melibatkan syarikat Suurban Sdn Bhd yang disempurnakan oleh seorang wanita Melayu sebagai orang tengahnya turut memberi manfaat jutaan ringgit kepada seorang pemimpin PAS Kelantan yang sepatutnya sumbangan itu asalnya untuk tabung parti. Betulkah?

Apapun, melihat pada pelbagai urusan pajakan dan pemilikan tanah yang banyak berkisar dikalangan tauke-tauke Cina sahaja, ternampak jelas Ladang Rakyat yang sinonim dengan gelaran Ladang Air Mata Rakyat ini wujud khusus untuk kepentingan para kroni Kerajaan PAS Kelantan sahaja.

Penguasaan tanah-tanah di Selatan Kelantan termasuklah di Ladang Rakyat oleh tauke Cina dari DAP dan Cina Singapura ini kian lama akan jadi umpama “Belanda dapat tanah”, hasil kekayaan yang sepatutnya untuk kepentingan pribumi akhirnya hanya menguntungkan orang lain sahaja.

Maka ada benarnya lirik yang tertulis dalam lagu Warisan, “anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi, air mata darah bercampur keringat, bumi dipijak milik orang.” Penuh nasihat dan membangkitkan jatidiri serta merintis kesedaran ramai.

Patutlah para pemimpin PAS amat fobia bagaikan ketakutan dan meroyan hilang akal bila lagu Warisan mendapat perhatian ramai, rupanya mereka tahu lagu itu membawa mesej kesedaran yang jika dihayati oleh rakyat Kelantan natijahnya menyebabkan pemimpin PAS tak cukup tanah lari bertempiaran.

                    Sumber : http://www.pribumiperkasa.com/?p=9910



Gambar-gambar sekitar konvoi : 



Pelepasan oleh YB Dato Ibrahim Ali















Persembahan oleh orang asli

Derita 23 tahun rakyat Kelantan di bawah pemerintahan PAS


YB Dato Ibrahim Ali bersama pemimpin orang asli

Sidang media 




Ucapan Timbalan Ketua Wira Perkasa Kelantan, Tengku Amir Rasyid

Ucapan pemimpin orang asli

Ucapan Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Kelantan, Azmi Ali

Ucapan YDP Perkasa Kelantan, Hj. Fauzi

Gimik pelancaran konvoi oleh Presiden Perkasa

Jamuan nasi kerabu oleh YB Dato Seri Mustapa Mohamed dan Perkasa Jeli


Tahniah Perkasa Kelantan dan seluruh rakyat Kelantan. Ayuh bangkit mempertahankan tanah rakyat. Selamatkan tanah rakyat!



CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?