Showing posts with label tun m. Show all posts
Showing posts with label tun m. Show all posts

Monday, 11 March 2013

[VIDEO] : Ucapan Tun M - Hak Melayu, Islam Tergadai Kerana Pembangkang Lemah!





Kelemahan parti Melayu dalam pakatan pembangkang telah menyebabkan kaum lain tidak menghormati orang Melayu dan lebih teruk lagi hak keistimewaan Islam turut tergadai.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kaum lain di negara ini sepatutnya menghormati hak Melayu dan Islam kerana kedua-duanya telah menjadi bahasa dan agama rasmi negara ini sejak sekian lama.

Namun katanya, ekoran kelemahan parti Melayu dalam pakatan pembangkang yang sentiasa mengikut arahan kroni mereka, hak Melayu dan Islam telah menjadi taruhan.

"Sebagai contoh yang paling jelas ialah melalui isu kalimah Allah apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah memberikan kebenaran kepada kaum lain untuk mengunakan kalimah suci itu.

"Jika perkara ini terus berlaku dan parti Melayu dalam pakatan pembangkang terus mengikut telunjuk kaum lain, tidak mustahil masyarakat Melayu akan menjadi hamba dan kuli di bumi sendiri," katanya ketika berucap dalam Majlis Penutup Konvoi Selamatkan Selangor anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di sini hari ini.

Yang turut hadir isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali; Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali; Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin dan Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya.

Menurut Dr. Mahathir, jika rakyat terus memilih pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), segala usaha Barisan Nasional (BN) untuk memartabatkan bangsa Melayu akan terus dihapuskan.




"Jika pakatan pembangkang menang pilihan raya umum akan datang, percayalah, kedudukan orang Melayu akan diketepikan. Kaum lain telah menguasai ekonomi negara ini dan jika politik turut dikuasai oleh mereka, anda fikirlah sendiri.

"Oleh itu, kita harus bertindak tegas dan memilih BN iaitu satu-satunya parti yang memperjuangkan hak Melayu dan pada masa sama menyamaratakan hak kaum lain di negara ini," katanya.

Dalam pada itu, Abu Bakar selaku pengerusi penganjur ketika ditemui pemberita berkata, hampir 3,000 peserta menyertai Konvoi Selamatkan Selangor dan kesemuanya merupakan anak jati negeri ini.

"Kesemua mereka menaiki motosikal menjelajah ke semua daerah di Selangor sambil membawa bendera negeri dan bendera Perkasa.

"Kita turut berkonvoi ke Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kampung Rantau Panjang, Klang untuk menziarah kubur wira negara, Allahyarham Koperal Mohd. Azrul Tukiran, 27, yang gugur diserang pengganas Sulu di Sabah," katanya. - Utusan Malaysia

Sunday, 10 March 2013

[VIDEO] : Ucapan Tun Dr. Mahathir di Himpunan Orang Kelate Naik Angin


Saksikan video ringkas yang memetik ucapan Tun Dr. Mahathir di Himpunan Orang Kelate Naik Angin yang diadakan di padang SMK. Tengku Panglima Raja, Lemal, Pasir Mas, Kelantan semalam.



Lebih 20,000 rakyat Kelantan yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat hadir ke perhimpunan tersebut.

Antara petikan menarik ucapan Tun Dr. Mahathir dalam program tersebut adalah ‎"Malangnya apabila kita gunakan sistem demokrasi, yang rakyat berhak memilih kerajaan dan pemimpin mereka, maka timbullah ketamakan manusia, untuk mendapatkan kuasa ini. Mereka memperalatkan agama Islam".

Laporan dan gambar-gambar program tersebut boleh di lihat di sini dan juga di sini.

Saturday, 9 March 2013

[FOTO] : 20 Ribu Orang Kelantan 'Naik Angin' Bersama Tun Mahathir - #TukarKelantan


PASIR MAS - Perhimpunan Orang Kelantan 'Naik Angin' anjuran PERKASA Kelantan yang turut disertai oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad dan isteri dihadiri oleh 20,000 rakyat dari seluruh pelusuk negeri Kelantan.

Tun Mahathir Mohammad dalam ucapannya berkata, beliau tidak pernah melihat perhimpunan yang begini besar lebih-lebih lagi di Kelantan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur serta seluruh rakyat Kelantan di atas sokongan yang diberikan.

Selain Presiden PERKASA Datuk Sri Ibrahim Ali dan Tun Mahathir Mohammad, program anjuran PERKASA ini turut dihadiri oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan Dato Sri Mustapa Mohammad dan juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, YB Zulkifli Nordin.

Tun Mahathir dalam ucapannya turut mengakui bahawa aura kebangkitan rakyat Kelantan kini semakin dirasai, ia dapat dilihat melalui sambutan yang diberikan oleh rakyat Kelantan terhadap program-program anjuran UMNO dan ia berbeza daripada sebelum ini.

Antara foto yang dirakam lensa Tukar-Kelate!













#TukarKelantan : 20 ribu rakyat Kelantan naik angin di Pasir Mas


Satu perhimpunan anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Kelantan yang diberi nama Perhimpunan Orang Kelantan Naik Angin telah diadakan petang tadi bertempat di padang SMK. Tengku Panglima Raja, Lemal, Pasir Mas, Kelantan.

Tema perhimpunan tersebut adalah "Rakyat tertekan, bertimbun masalah". Tetamu istimewa pada perhimpunan tersebut adalah negarawan terulung negara, Tun Dr. Mahathir Mohamad serta isterinya Tun Dr. Siti Hasmah.

Turut hadir ke perhimpunan tersebut adalah Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, YB Dato Ibrahim Ali, Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara yang juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, YB Dato Zulkifli Noordin dan Ketua Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Dato Seri Mustapa Mohamed.

Perhimpunan tersebut dihadiri lebih 20,000 rakyat Kelantan yang tidak mahu melepaskan peluang untuk bertemu Tun Dr. Mahathir secara lebih dekat. Sesungguhnya sudah lama rakyat Kelantan menantikan kehadiran Tun Dr. Mahathir ke bumi Kelantan.

Tun Dr. Mahathir disambut meriah dengan penuh tradisi melayu Kelantan. Beliau telah disambut dengan 88 pulut semangat, 88 sireh junjung, 88 bunga dan 500 orang pendikir. Angka 88 memberi simbol kepada umur Tun yang sudah mencecah 88 tahun.


Walaupun umur beliau sudahpun 88 tahun, namun beliau masih lagi sihat dan bersemangat untuk berjuang demi negara. Sehingga sekarang, beliau masih lagi digeruni oleh pembangkang walaupun beliau sudah tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam kerajaan.


Sambutan hebat rakyat Kelantan terhadap kunjungan Tun Dr. Mahathir ke Kelantan menunjukkan bahawa rakyat Kelantan sangat menghargai jasa Tun Dr. Mahathir terhadap negara.

Lihat gambar-gambar sekitar perhimpunan tersebut di bawah.


CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?