Showing posts with label adun pas. Show all posts
Showing posts with label adun pas. Show all posts

Wednesday, 3 April 2013

#TukarKelantan : Nik Aziz Akui Senarai Daftar Pemilih Sudah Bersih?


Semakin hampir dengan pilihanraya, bermacam-macam kenyataan seakan mendesak pembubaran parlimen disegerakan. Desakan-desakan ini bukan sahaja di pentas politik malah dari pemimpin Parti Pembangkang.

Secara tidak langsung, desakan ini menandakan Pakatan Pembangkang telah mengakui bahawa senarai daftar pemilih sudah bersih. Mungkin mereka lupa suatu ketika dahulu mereka sepakat untuk tidak akan membubarkan dun jika senarai undi masih lagi diragui. Berbeza dengan sekarang, kenyataan demi kenyataan oleh mereka seolah sudah mengiktiraf sistem pilihanraya di negara kita adalah telus!

Berikut adalah kenyataan dari Nik Aziz :-
Parlimen tidak menghadapi sebarang masalah sekiranya parti PAS dibubarkan esok, kata Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Senarai calon, kita kira sudah selesai...tiada masalah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kota Darul Naim di sini, semalam.
Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Malaysia hari ini yang membayangkan kemungkinan pembubaran itu bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diadakan. 
Nampaknya Nik Aziz sudah cukup mengakui bahawa senarai daftar pemilih telah bersih dengan menyatakan kesediaan beliau. Jadi, bila keputusan PRU diumumkan nanti janganlah jadi lidah bercabang dengan menyalahkan mana-mana pihak.

Dalam keyakinan kesediaan Nik Aziz, beliau masih lagi mengkritik pemberian BR1M oleh kerajaan.
Dari blog Gelombang Kick : -
Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seakan tidak bersedia dan kurang yakin Pas dapat mengekalkan kuasanya di Kelantan jika parlimen benar-benar dibubarkan esok.

Dalam satu kenyataan ketika memberi respon kepada soalan wartawan mengenai pembubaran parlimen akan dibuat esok, Nik Aziz dalam nada tak bersemangat enggan mengulas lanjut selain berkata, "Kira selesai, tiada masalah"

Bimbang reaksi ketakutannya dapat dihidu, Nik Aziz cuba mengalihkan jawapannya dengan mengatakan semua yang dilakukan oleh Umno adalah salah termasuklah membantu meringankan beban rakyat menerusi sumbangan BR1M juga adalah salah.

"Kita tahu Umno terlalu lemah sekarang, sebab tu dia bagi duit, bagi duit kerana apa ? Samada rasuah, maka rasuah itu haram, demokrasi pun kata haram, Islam pun kata haram, kalau beri tu upah suruh rakyat undi dia, politik bukan kerja upah, mengundi hak masing-masing, salah belaka Umno".

Bagaimanapun rakyat mungkin agak bingung dengan kenyataan Nik Aziz dan pemimpin pembangkang, mereka tahu kata mengundi itu adalah hak masing-masing, namun masih juga mempersoalkan pemberian BR1M yang diberikan oleh kerajaan BN sebagai rasuah pilihanraya.

Sedangkan rakyat bebas untuk memilih mana-mana kerajaan sekalipun tanpa terikat dengan pemberian BR1M yang disumbangkan oleh kerajaan, sumbangan itu menguntungkan rakyat, dengan keuntungan yang telah diberi buktikan oleh kerajaan yang bertanggungjawab tadi, maka sudah menjadi kewajipan kita setiap rakyat tanpa perlu dipaksa untuk terus mengekalkan kerajaan Barisan Nasional mentadbir negara kita, tidak ada sebab untuk kita menolaknya.
 
Baca selanjutnya....

Pssst :- Sekarang dah bubar!!! Bakpo tak nafi?

Tuesday, 2 April 2013

#TukarKelantan : Rahsia pernikahan ADUN PAS dengan wanita Kemboja terbongkar??


Tahun 2010 seorang wanita Kemboja yang mengaku dirinya isteri kedua ADUN PAS Melor di Kelantan telah membawa kes tuntutan mutaah ke Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu. Dalam tuntutan itu wanita berkenaan menuntut RM 3 juta daripada bekas suaminya.

Perbicaraan kes tersebut menjadi bualan umum di Kelantan dan seluruh negara kerana ia melibatkan seorang ADUN PAS. Dalam masa yang sama mencemarkan reputasi PAS. Walaupun tiga tahun telah berlalu timbul persoalan kenapa kes berkenaan senyap begitu sahaja sehingga kini ?

Rupa-rupanya kes berkenaan telah ditarik balik dan tuntutan bekas isteri kedua ADUN berkenaan diselesaikan di luar mahkamah. Difahamkan wanita berkenaan berjaya mendapat RM 3 juta yang dituntut dari bekas suaminya hasil bantuan kawasan balak yang dianugerahkan oleh Nik Aziz.

Atas alasan menjaga air muka tok guru dan PAS Kelantan, khabarnya Nik Aziz telah menganugerahkan kawasan balak kepada ADUN berkenaan yang mana kawasan berkenaan kemudiannya dijual dan wang digunakan untuk membayar tuntutan wanita berkenaan.

Banyak sebab yang membuatkan PAS Kelantan takut jika perbicaraan itu diteruskan. Kerana itulah mereka memilih untuk tidak meneruskan perbicaraan dan cari jalan untuk selesaikan luar mahkamah bagi mengelak PAS diaibkan. Namun begitu bangkai gajah mana mungkin ditutup dengan daun pisang. Sebijak-bijak PAS hendak menutup kisah berkenaan akhirnya terbongkar jua.

Jika kes tersebut dibicarakan di mahkamah tiga rahsia besar akan terbongkar.

1 - Jumlah harta yang dimiliki oleh Adun Pas berkenaan.
2 - Siapa jurunikah, saksi dan tempat bernikah.
3 - Surat nikah palsu

Pertama, ketika perbicaraan sebelum kes ditarik balik wanita berkenaan memberitahu mahkamah bahawa beliau yakin bekas suaminya mempunyai harta yang melebihi RM 3 juta - The Malaysian Insider, 29 September 2010.

Jika perbicaraan diteruskan maka akan terbongkarlah kekayaan seorang ADUN PAS yang sering mengaku mereka miskin, dan dari mana datangnya hasil kekayaan itu.

Ejen nikah sindiket - kiri jurunikah, kanan saksi

Kedua, khabarnya orang yang menikahkan mereka adalah ADUN PAS Air Lanas, Abdullah Ya'kub dan saksinya adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan yang juga salah seorang ADUN PAS di Kelantan. Mereka dinikah dalam bilik hotel di Kemboja. Jika perbicaraan diteruskan maka akan terbongkarlah cerita ADUN PAS menjalankan khidmat pernikahan sindiket dan kesan lebih teruk lagi kerana yang melanggar peraturan berkenaan adalah wakil rakyat dan seorang Speaker DUN.

Ketiga, khabarnya apabila mendapat berita bekas isteri ADUN Melor akan membawa kes berkenaan ke mahkamah, ADUN Melor telah meminta pertolongan seorang lelaki yang dikenali sebagai Ustaz Rahimi Madani yang juga bertindak sebagai bomoh rasmi Husam serta bomoh kepada Satay Malaysia telah pergi ke Thailand untuk mendapat satu surat nikah yang tarikh telah dikebelakangkan (back dated) sebagai bukti nikah kepada mahkamah. Jika perbicaraan tersebut diteruskan maka semua ini akan terbongkar kerana seorang adun terlibat menggunakan dokumen palsu.

Begitulah cekapnya PAS melakukan kerja-kerja mengambuskan kesalahan orang mereka. Yang menjadi mangsa adalah tanah-tanah balak Kelantan untuk menutup kebejatan pemimpin-pemimpin PAS, demi kepuasan nafsu ADUN mereka mendapat 'barang baik' made in Cambodia.

Ada yang mampu menafikan berita ini?

Kredit kepada blog Gelombang Merah.

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?