Showing posts with label rampas. Show all posts
Showing posts with label rampas. Show all posts

Wednesday, 27 March 2013

#TukarKelantan : Kerajaan PAS Kelantan didesak berhenti merampas tanah rakyat


Kerajaan PAS Kelantan terus didesak oleh pelbagai pihak untuk berhenti merampas tanah rakyat Kelantan.

ADUN Nenggiri, YB Mat Yusoff Ghani berkata kerajaan PAS Kelantan tidak sewajarnya merampas tanah yang secara sah milik rakyat Kuala Betis. Beliau mengulas mengenai tindakan kerajaan PAS Kelantan yang didakwa merampas tanah dari seluas 378.8 hektar dari peneroka-peneroka tanah.

Beliau hairan bagaimana kerajaan dan pejabat tanah boleh menerima dan menjual tanah rakyat apabila mereka telah berjaya memperolehinya secara sah.

Kata beliau lagi, pejabat tanah telah mengambil semula tanah tersebut kerana mendakwa peneroka-peneroka tidak memiliki tanah tersebut secara sah.

Tambahnya lagi, hari ini peneroka-peneroka telah memperoleh pemilikan dan membayar premium tanah untuk tujuh tahun lepas. Kira-kira 600 hektar tanah telah diberikan dan beliau tidak rasa ia adalah adil untuk kerajaan negeri menuntutnya kembali.

Beliau turut mengulas mengenai satu laporan berita di mana kerajaan Kelantan telah mengambil dan menjual 378.8 ekar tanah kepada sebuah syarikat swasta.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan seramai 300 penero\ka dari Kuala Betis mendakwa kerajaan Kelantan telah meluluskan permohonan tanah untuk dua syarikat pada bulan November tahun lepas dan geran tanah pada 28 Jan tahun ini.

Lagi berita di The Mole.

"Biar berputih tulang, jangan berputih mata"

Thursday, 14 February 2013

Himpunan Tukar Kelantan #HTK2013



Himpunan Tukar Kelantan akan diadakan pada hari Jumaat, 15 Februari 2013, jam 3 petang di perkarangan bangunan UMNO Kelantan.

8000 rakyat akan berhimpun bagi menyatakan sokongan untuk menukar kerajaan PAS Kelantan. Rakyat bukan sahaja sudah bosan dengan kemelut isu air di negeri Kelantan, malah sudah muak dengan sifat munafik kerajaan Kelantan yang tidak menunaikan janji. Rakyat juga semakin bengang dengan tindakan kerajaan Kelantan yang dengan rakus menggondol hutan dan tanah rakyat.

Jom turun ke HTK2013 untuk mendengar amanat pemimpin-pemimpin BN Kelantan.

Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun, anda boleh mengikuti live updates di Facebook Tukar Kelantan dan juga melalui Twitter dengan mencari hashtag #HTK2013.

Tukar kerajaan PAS Kelantan demi rakyat!








CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?