Showing posts with label nik abduh. Show all posts
Showing posts with label nik abduh. Show all posts

Saturday, 27 April 2013

Solidariti BN dan PERKASA di Pasir Mas pastikan kemenangan Tok Him. #PRU13 #GE13


BN dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) Pasir Mas telah mencapai kata sepakat untuk sama-sama memastikan kemenangan calon bebas yang juga merupakan Presiden PERKASA, Dato Ibrahim Ali di kerusi P22 Parlimen Pasir Mas.

Kata sepakat itu dicapai pada Majlis Penyelarasan BN dan PERKASA Pasir Mas yang diadakan di Pejabat UMNO Bahagian Pasir Mas.

Majlis itu dihadiri oleh Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Dato Hj. Hanafi Mamat, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Che Johan Che Pa dan Presiden PERKASA, Dato Ibrahim Ali. Turut hadir adalah YDP Perkasa Kelantan dan calon BN di DUN dalam parlimen Pasir Mas.

Kesemuanya bersatu bagi memastikan calon PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz tewas di kerusi tersebut. Dato Hj. Hanafi Mamat dalam ucapannya menyeru penyokong-penyokong BN untuk bersatu hati menyokong Dato Ibrahim Ali dan memastikan PAS tersungkur di Pasir Mas.

"Dacing dan bunga raya adalah satu. Pastikan Nik Abduh tewas di Pasir Mas," seru beliau.

Dato Ibrahim Ali dalam ucapannya menyeru rakyat Pasir Mas untuk terus memberi peluang kepadanya berkhidmat demi agama, bangsa dan tanahair setelah sekian lama beliau menabur bakti di sana.

Kerusi Parlimen Pasir Mas bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Dato Ibrahim Ali dan Nik Abduh Nik Abdul Aziz selepas Che Johan Che Pa yang dicalonkan BN tidak menyerahkan borang pencalonan bagi memberi laluan kepada Dato Ibrahim Ali.

Kesepakatan yang dapat dilihat di antara BN dan PERKASA menunjukkan solidariti bersama bagi menjayakan agenda mempertahankan agama, bangsa dan tanah air daripada dikhianati Pakatan Pembangkang.

Rakyat Pasir Mas diseru untuk terus menyokong Tok Him kerana beliau adalah anak tempatan Pasir Mas, manakala Nik Abduh adalah orang luar yang tidak tahu menahu mengenai hal ehwal di Pasir Mas.

Lihat gambar-gambar di sekitar majlis tersebut.









Saturday, 6 April 2013

#GE13 #PRU13 : Pakatan pembangkang parti anak beranak!!


Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dikhabarkan telah menamakan anaknya, Nik Abduh Nik Aziz sebagai calon Pakatan Pembangkang di Rantau Panjang.

Ahli Parlimen PAS sekarang, Siti Zailah Yussof yang juga merupakan Ketua Dewan Muslimah PAS, khabarnya telah dipindahkan ke Jeli. Zailah menolak pencalonannya di Jeli dan ini menimbulkan masalah dalam PAS sekarang.

PKR seperti biasa akan mencalonkan Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Nurul Izzah dan terbaru, Nurul Nuha Anwar.

DAP pula akan mencalonkan Lim Kit Siang, anaknya Lim Guan Eng dan isteri, Betty Chew manakala Karpal Singh bersama anaknya Gobind Singh Deo dan Jagdeep Singh turut diletakkan sebagai calon.

Dimanakah perjuangan Pakatan Pembangkang kononnya anti kronisme dan nepotisme? Jika dilihat pada calon-calon mereka, ternyata merekalah yang mementingkan kroni.

Bukan sahaja Nik Abduh diberi peluang menjadi calon, malah dipilih kawasan yang agak selamat untuk memberi laluan mudah kepadanya. Sebaliknya Siti Zailah yang telah berkhidmat dihantar ke kawasan “hitam” PAS iaitu Jeli untuk menentang Datuk Seri Mustapha Mohamed. Inikah makna rakyat biasa diutamakan?

Wujud pergolakan dalaman PAS Kelantan sekarang kerana pilihan Nik Aziz untuk Rantau Panjang telah menimbulkan rasa tidak puas hati Ketua Muslimat PAS, Siti Zailah Yusof.

PAS meletakkan calon wanita separuh hati sekadar untuk kelabui mata orang ramai. Oleh kerana itu wanita diberi kawasan yang PAS jangka akan kalah teruk. Kalau anak Nik Aziz jantan mengapa tidak bertanding melawan Tok Pa?

Apa punya parti, kawasan ada peluang menang hantar anak beranak. Dengar cerita Siti Zailah enggan bertanding di Jeli kerana tahu beliau tidak akan menang melawan Tok Pa.

Kalau perjuangan mudah seperti nak hapuskan nepotisme pun tak boleh, apakah boleh percaya Pakatan Pembangkang akan menghapuskan kronisme dan mengutamakan meritokrasi dalam semua hal?

Ini belum membabitkan wang ringgit yang besar lagi, baru calon pilihan raya. Apa ahli PKR, PAS dan DAP yang di bawah itu semua bodoh sehingga tak layak diangkat menjadi calon pilihan raya?

Sah Pakatan Pembangkang memang parti anak beranak!

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?