Showing posts with label tanah merah. Show all posts
Showing posts with label tanah merah. Show all posts

Tuesday, 19 March 2013

#TukarKelantan : Rakyat Kelantan Teruja PM @NajibRazak Tepati Janji

 ORANG ramai berebut-rebut mendapatkan borang permohonan pembelian rumah pada majlis pecah tanah Projek Perumahan Rakyat Kota Bharu di Wakaf Mek Zainab.


KOTA BHARU - Sebanyak 20,000 borang permohonan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Bharu habis diedarkan dalam masa beberapa minit sahaja, membuktikan rakyat negeri ini amat memerlukan kemudahan itu untuk keselesaan keluarga masing-masing.

Jumlah tersebut adalah sebahagian daripada borang yang telah diedarkan selepas Majlis Pecah Tanah projek itu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Wakaf Mek Zainab dekat sini semalam.

Pada majlis itu, Perdana Menteri mengumumkan rumah tersebut berkeluasan 213 meter persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air yang dibina dengan kos kira-kira RM160,000 seunit itu hanya akan dijual pada harga RM35,000 seunit selepas kerajaan memberi subsidi sebanyak RM125,000.

Kemudahan rumah rakyat mampu milik sememangnya menjadi idaman hampir seluruh rakyat ini sejak puluhan tahun lalu, tetapi tidak kesampaian apabila kemudahan itu tidak pernah disediakan oleh kerajaan negeri meskipun diberi mandat memerintah selama 22 tahun.

Seorang penduduk yang ditemui, Azhar Ali, 41, sanggup berebut untuk mendapatkan borang bagi memiliki kemudahan tersebut, melahirkan rasa terharu terhadap tanggungjawab Kerajaan Persekutuan yang begitu peka dengan aspirasi rakyat negeri ini.

"Kami sekeluarga belum ada rumah sendiri. Hidup dengan menyewa sejak 17 tahun lalu. Jadi saya amat berharap rezeki akan menyebelahi kami untuk memiliki rumah sendiri dengan kemudahan ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Gan Han Chuan, 45, berkata, rakyat negeri ini sememangnya amat memerlukan kemudahan rumah mampu milik tersebut memandangkan kebanyakan rakyat negeri ini berpendapatan rendah dan sederhana.
"Kerajaan perlu menyediakan lebih banyak borang permohonan kerana 20,000 borang hari ini tidak mencukupi," katanya.

Katanya, Kerajaan Persekutuan hari ini membuktikan ketelusannya dengan menepati janji yang diumumkan 20 Januari lalu.

Najib semasa melancarkan Program Jelajah Janji Ditepati peringkat Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, Kota Bharu pada 20 Jan lalu, mengumumkan tujuh projek besar untuk memajukan Kelantan.

Antara janji itu ialah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bahru, membina masjid terbesar yang bakal menjadi ikon di negeri ini, stadium baharu, 3,000 unit perumahan rakyat dan pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bahru.

Seorang lagi penduduk Kota Bharu, Amir Mukhtar, 23, berkata, janji yang ditunaikan dalam masa terdekat ini menunjukkan kerajaan amat prihatin terhadap keadaan rakyat di negeri ini.

Dia berkata, sejak Perdana Menteri mengumumkan projek rumah rakyat untuk orang Kelantan pada Januari lalu, seluruh rakyat khususnya di Kota Bharu ternanti-nanti pelaksanaannya.

"Sememangnya inilah saat yang ditunggu-tunggu. Tidak sangka Perdana Menteri akan tunaikan janjinya itu secepat ini," katanya. -UTUSAN-

Friday, 15 March 2013

#TukarKelantan : Janji Tok Pa Kepada Rakyat Kelantan


Kehadiran YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke Kelantan mendapat sambutan di luar jangkaan dengan beratus ribu rakyat Kelantan menghadiri majlis pada hari ini. Ini menunjukkan kesungguhan rakyat Kelantan yang mahu menukar Kerajaan PAS Kelantan yang sedia ada sekarang, 

Rakyat Kelantan tidak sanggup lagi mengharapkan intan permata yang berkilauan dan indah apabila dipakai, tetapi sebenarnya hanya mendapat kaca yang boleh melukakan tangan apabila disentuh. Bak kata lain, indah khabar dari rupa. 

Pemimpin PAS di Kelantan, terutamanya Nik Aziz semakin gelisah melihat perubahan rakyat Kelantan yang mahu menukar Kerajaan sekarang. Sinar bulan di Kelantan semakin malap dan digantikan dengan 'Gelombang Merah' yang menyinar. 

Bo la wei !!

Gelombang Merah Gelombang Perubahan





Thursday, 7 February 2013

Pemuda UMNO dibelasah penyokong-penyokong PAS!


Dasuki Yusoff yang merupakan AJK Pemuda UMNO Tanah Merah telah dibelasah teruk sewaktu menaikkan bendera BN di kampungnya. Beliau dikatakan diserang oleh sekumpulan penyokong PAS dari kampungnya sendiri. Kejadian dikatakan berlaku pada petang semalam, 6 Februari 2013.

Inilah yang berlaku apabila penyokong-penyokong parti politik tidak dapat mengawal emosi dek kerana kebencian melampau yang telah tertanam di dalam diri. Inilah bahaya politik yang dibawa oleh pembangkang.  Satu-satunya cara untuk mereka mendapat sokongan rakyat adalah dengan cara membuat rakyat membenci kerajaan. Apabila diri dikuasai kebencian, maka pemikiran rasional tidak lagi digunapakai dan berlakulah perkara-perkara di luar batas kemanusiaan.

Trend politik samseng bukan baru bermula di Malaysia. Pakatan pembangkang sememangnya terkenal dengan keganasan. Mana tidaknya, setiap tahun mereka dibawa ke jalanan untuk berdemonstrasi dan merusuh. Penglibatan anak-anak kecil dalam demonstrasi jalanan pula cuma akan menanam sifat memberontak dalam diri kanak-kanak. Maka tidak hairan sifat itu akan kekal sehingga mereka dewasa kelak.

Di bawah adalah contoh-contoh keganasan dan tindakan tidak beretika yang telah berlaku yang melibatkan penyokong-penyokong pembangkang.




Jelajah Anak Malaysia disambut meriah oleh rakyat Kelantan!



Fasa pertama untuk semenanjung Malaysia bagi Jelajah Anak Malaysia telah pun bermula sejak 1 Februari dan akan berakhir pada 16 Februari. Kini, team Jelajah Anak Malaysia tiba di Kelantan. Mereka bermalam di Tanah Merah sebelum memulakan aktiviti pada 6 Februari 2013. 4 kumpulan dibahagikan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti di Jeli, Ketereh, Tanah Merah dan Machang. 


Berikut adalah objektif-objektif Jelajah Anak Malaysia :

•  Mendekati dan mendampingi secara langsung di lapangan dalam usaha memastikan gerakan anak muda yang bertanggungjawab dapat merasai denyut nadi dan berkongsi pengalaman kehidupan rakyat di bandar, pinggir bandar, kampung dan pendalaman;

•  Mendapatkan maklumbalas terkini berkaitan permasalah dan cadangan rakyat agar semua pihak terlibat dalam proses pembangunan masa hadapan negara yang akan memenuhi citarasa, kehendak serta keperluan semasa dan relevan;

•  Menjadikan mahasiswa dan NGO berperanan sebagai agen perhubungan di antara kerajaan dan rakyat agar sistem penyampaian yang sedang dan akan digerakkan lebih mudah difahami di semua lapisan demografi; dan

•  Memperkasakan jaringan generasi muda dikalangan mahasiswa, belia dan NGO agar ikatan suara dan pemikiran mereka terarah kepada satu matlamat untuk kepentingan rakyat dan negara.

Berikut adalah gambar-gambar di sekitar lokasi-lokasi program Jelajah Anak Malaysia di Kelantan.


Team Kami Prihatin di Kg. Kemuning, Ketereh

Pengerusi Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia , Mohd Shahar menyampaikan ucapan kepada  murid-murid SK. Padang Kala

Program mahasiswa bersama pelajar-pelajar tingkatan 5

Team Jelajah Anak Malaysia bersama peserta di SMK Tanah Merah

Peserta-peserta penuh bersemangat

Sesi gotong royong di kawasan surau Kg. Muring

Hafiz Ariffin bersama pelajar-pelajar di SMK Batu Lintang, Jeli setelah selesai sesi motivasi

Team Kami Prihatin melawat wad-wad di Hospital Tanah Merah

Kemeriahan anak-anak Kelantan di SK. Padang Kala

Peserta-peserta diberi taklimat di Hospital Tanah Merah

Perasmian oleh Dato Hj. Ahmad Jazlan di SK. Pangkal Meleret

Program Kami Prihatin dekati masyarakat

Suwara menghiburkan masyarakat Ketereh

Suara Rakyat di Pasar Ketereh

Team Jelajah Anak Malaysia di Hospital Tanah Merah

Pelbagai gaya Suara Rakyat di Pekan Ketereh

Artis tempatan Tanah Merah, Man Khan membuat persembahan

Persembahan oleh Rabbani di SMK. Tanah Merah 1

Penduduk Tanah Merah berselawat bersama-sama Rabbani

Persembahan oleh Wakakuz di Pasar Besar Tanah Merah sambil mengutip derma untuk tabung Palestin

Masyarakat Tanah Merah terhibur dengan persembahan Wakakuz

Mohd Shahar bersama adik kecil di SK. Padang Kala, Melor

Hafiz Ariffin berkongsi sedikit sebanyak mengenai pengajian tinggi di SMK Batu Melintang, Jeli

Pelajar-pelajar SMK. Batu Melintang asyik mendengar perkongsian oleh saudara Hafiz Ariffin

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?