Seperti yang saya tuliskan sebelum ini, mungkin telah timbul sedikit pertanyaan daripada semua pembaca. Itu adalah kerana saya rasa mungkin belum tiba masa untuk saya buat pendedahan sepenuhnya. Selain itu adalah kerana menghormati Bendahari UMNO Kelantan, Dato Hanafi Mamat kerana menyuruh kami 'postpone' dahulu entri kami seperti yang ditulis di laman blog GELOMBANG KICK:
#Untuk makluman juga, difahamkan pembongkaran mengenai individu, bukti dan maklumat berkaitan mungkin tertangguh seketika bagi menghormati permintaan Datuk Hanafi Mamat yaitu Bendahari Umno Kelantan yang berjanji akan menyiasat dan cuba menyelesaikan masalah ini. Terima kasih diatas keprihatinan beliau terhadap nasib mangsa-mangsa terbabit. Jika beginilah tahap kecaknaan yang ada pada diri Datuk Hanafi Mamat, maka beliau mesti dipertahankan untuk terus menjadi nakhoda Umno Bahagian Pasir Mas, supaya 'transformasi' didalam Umno dapat dipacu oleh pemimpin yang benar-benar mempunyai kewibawaan seperti beliau... Anda Mampu Mengubahnya.
Tapi disebabkan mahu menuntut hak kami. Saya telah dedahkan siapa manusia itu. Beliau adalah Eizwan bin Abdullah. Ada ura-ura mengatakan bahawa kegiatannya mengencing orang telah kantoi ditangan Tok Pa, dan beliau telah dipecat daripada menjadi Pegawai Media kepada Tok Pa. Berita ini saya dapat ketika Post Mortem PRU-13 bersama Tok Pa di Sutera Inn Hotel, Kota Bharu.
Seperti apa yang kami mahu tuntut ialah:
1. Penjelasan wang sebanyak RM30,000 yang telah dapat ketangan dia, tetapi tidak tahu kemana wang itu pergi.2. Kemana pergi semua gadget-gadget yang dia telah beli menggunakan wang Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.Sejak selepas PRU-13, dia tidak pernah memberi respon kepada panggilan telefon atau SMS daripada pihak kami. Seminggu sebelum PRU, berlaku sedikit perbalahan di Whatsapp Group tentang hal ini, tetapi dia telah declare untuk bayar elaun kami selepas PRU. Last2, habuk pun takda!
3.Elaun yang dijanjikan
Next entri saya akan pastikan semua bukti hitam putih akan didedahkan di blog saya.
IKUTI KISAH DARIPADA MANGSANYA YANG LAIN:
KAKI RAYAU KB:
- PART I: AL-KISAH JOGHO MALAYSIA SI KAKI KENCING
- PART II : KANTOI !! JOGHO MALAYSIA YANG SEBENAR
- JIKA MAHU MEWAH, JANGAN KENCING KAMI! TAK MALU KER?
- 'KAKI KENCING' SEMAKIN RESAH. NAK LARI MANA LAGI??
GELOMBANG KICK:
KELATE TODAY:
_______
______
P/S: Inilah sifat semulajadi manusia, pantang tengok wang.
BACA PENDEDAHAN SELANJUTNYA DI BLOG Tentera Maya
No comments:
Post a Comment