Showing posts with label abdullah sa'amah. Show all posts
Showing posts with label abdullah sa'amah. Show all posts

Sunday, 3 March 2013

#TukarKelantan : Kelantan boleh capai negeri maju dalam tempoh tujuh tahun jika diperintah BN



Rakyat Kelantan perlu memberi mandat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memerintah negeri ini pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) bagi membolehkan Kelantan menjadi negeri maju bersama-sama negeri lain menjelang tahun 2020 yang hanya tinggal tujuh tahun lagi.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Malaysia mungkin boleh mencapai status negara maju lebih awal daripada sasaran itu dan kerajaan mahu semua negeri sama-sama mencapai status negeri maju termasuk Kelantan yang kini jauh terkebelakang daripada segi pembangunan.

Pentadbiran kerajaan negeri yang tidak sehaluan dengan kerajaan persekutuan akan menjadi penghalang kepada usaha kerajaan persekutuan untuk memajukan negeri itu termasuk apabila sesuatu pembangunan itu melibatkan soal tanah yang di bawah bidang kuasa kerajaan  negeri, katanya.

Muhyiddin yang dalam lawatan kerja sehari ke negeri ini berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Rakyat 1Malaysia di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan di Tunjong di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis yang dihadiri lebih 30,000 orang itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin. 

Timbalan Perdana Menteri berkata rakyat Kelantan sekarang berada dalam "mood" serta gelombang perubahan yang semakin membesar untuk menukar kerajaan negeri pimpinan Pas kerana mereka sudah sedar Pas tidak mampu memerintah dan hanya menabur janji  kosong serta menghabiskan khazanah negeri seperti pembalakan yang tidak terkawal.

"Kalau tidak ada sokongan kerajaan pusat untuk projek pembangunan...Kelantan akan tinggal ke belakang, kalau kerajaan (negeri pimpinan  Pas) tidak ada visi hanya pentingkan soal lain bukan untuk pembangunan ummah, kemajuan untuk rakyat tidak boleh disempurnakan oleh mereka,"  katanya.

Beliau berkata kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang berkemampuan untuk memajukan negara termasuk berjaya meningkatkan hasil pendapatan rakyat, mengurangkan kadar kemiskinan, memberi ilmu pengetahuan dengan membina 11,000 buah sekolah di seluruh negara untuk 5.4 juta pelajar dan 460,000 guru.

Katanya kerajaan persekutuan telah memberi peruntukan sebanyak RM100 juta kepada sekolah agama rakyat bantuan kerajaan pada tahun  lepas dan jumlah yang sama akan diberikan kepada sekolah tersebut pada tahun ini.

Berikutan masalah bekalan air bersih yang masih gagal diselesaikan oleh kerajaan negeri Kelantan, Muhyiddin berkata kerajaan pusat akan  menambah lagi peruntukan sebanyak RM2.9 juta bagi memasang alat penapis air di 654 buah prasekolah dan 137 asrama sekolah yang menghadapi masalah bekalan air kotor.   

Katanya bantuan itu dihulurkan bagi memastikan pelajar tidak terjejas pelajaran mereka dan berjanji masalah tersebut akan selesai apabila  kerajaan BN kembali memerintah negeri ini.

Muhyiddin turut membidas pemimpin Pas termasuk Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memperkecilkan bantuan yang dihulurkan kerajaan persekutuan kepada rakyat termasuk menyifatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) seperti memberi makanan kepada haiwan.

Katanya Pas yang kononnya mendakwa sebuah parti memperjuangkan Islam tetapi gagal menyediakan kemajuan kepada umat Islam  termasuk menyediakan masjid kerana masjid yang terdapat di Kelantan ini adalah usaha kerajaan persekutuan.

Beliau berkata kejayaan perjuangan kerajaan BN untuk menegakkan Islam di negara ini menjadi contoh kepada negara Islam lain dan  Malaysia juga memainkan peranan untuk mewujudkan perdamaian di selatan Filipina dan di wilayah selatan Thailand yang sedang bergolak yang dihuni ramai umat Islam.

SUMBER : BERNAMA

Thursday, 14 February 2013

[VIDEO] #TukarKelantan : Undi UMNO/BN Adalah WAJIB - Haram Beri Undi Kepada DAP!


Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang dianggotai para ulama, tok guru pondok, imam dan ustaz muda membuat pengisytiharan bahawa memberi undi kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah haram.

Pertubuhan itu iaitu Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Pendita turut menegaskan bahawa perjuangan menentang Pas adalah jihad kerana mengundi parti itu bermaksud menyokong DAP yang merupakan parti cauvinis yang menolak Islam dan memperjuangkan sekularisme.

Sehubungan itu, kesemua NGO berkenaan yang diwakili pemimpin masing-masing berjanji akan menyediakan satu dokumen lengkap berhubung pengisytiharan tersebut untuk diberikan kepada raja-raja Melayu dan Majlis Fatwa Kebangsaan agar dapat dibincangkan dan menyelesaikan kekeliruan yang ditimbulkan oleh Pas selama ini.

Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah yang juga Penasihat Minda Pondok berkata, kegagalan Pas mempertahankan Islam terutama penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam tidak boleh dimaafkan sama sekali, malah demi politik para pemimpin Pas seolah-olah jahil agama.


"Membiarkan kalimah Allah digunakan seperti itu berdosa dalam hukum. Maknanya kita mesti mempertahankan kalimah Allah dan akidah orang Islam, dalam pilihan raya umum kita mahu perdana menteri dan timbalannya orang Islam maka di sinilah kita berjihad, kita jangan undi Pas.

"Saya bercakap mempertahankan kalimah Allah, saya rujuk empat kitab mazhab, kitab tafsir, kitab fekah dan banyak lagi rujukan. Boleh dikatakan menyeluruh kitab saya rujuk tetapi mereka tuduh saya jahil.

"Kesemua kitab ini menyebut bahawa kalimah Allah tidak boleh disekutukan, tidak boleh digunakan selain untuk agama Islam dan untuk mendaulatkan Islam. Ia adalah kalimah suci jadi kenapa kata saya jahil," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Baca lebih lanjut di sini.

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?