Showing posts with label kenyataan. Show all posts
Showing posts with label kenyataan. Show all posts
Wednesday, 1 May 2013
Bapa Saiful ubah kenyataan, nafi anaknya mangsa konspirasi. #PRU13 #GE13
CHERAS : Kurang dua bulan selepas membuat dakwaan mengejutkan, bapa kepada Saiful Bukhari Azlan hari ini menarik balik tuduhan kononnya kes liwat membabitkan anaknya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah konspirasi Putrajaya.
"Kejadian liwat yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah benar dan ia bukan satu konspirasi politik untuk menjatuhkan (beliau),” kata Azlan Mohd Lazim.
Azlan berkata beliau telah insaf dan menegaskan anaknya itu memang menjadi mangsa liwat Anwar.
Beliau menyifatkan penafian yang dibuatnya sebelum ini sebagai pengkhianatan terhadap Saiful.
"Kepada seluruh ahli keluarga saya terutamanya ibu saya, adik-beradik saya, keluarga arwah ibu Saiful dan lebih-lebih lagi anak saya yang telah saya khianati, Saiful Bukhari, saya ingin memohon ampun dan maaf yang tidak terhingga kerana tindakan saya membuat keputusan yang salah," katanya kepada pemberita pada sidang media tergempar di sebuah hotel di sini, hari ini.
"Keutamaan serta tanggungjawab saya pada ketika ini adalah kembali kepada anak saya seperti sedia kala dan hidup dalam keadaan harmoni," jelasnya.
Azlan turut mengumumkan beliau keluar PKR berkuat kuasa serta-merta.
"Saya akan mengemukakan notis keluar parti (PKR) selepas ini, masuk keluar parti itu perkara biasa, ramai juga ahli parti pembangkang buat begitu.” katanya.
"Sekarang saya rasa lega lepas keluar parti, dapat tidur lena kerana tindakan sebelum ini telah sulitkan keluarga," katanya sambil menafikan keputusan keluar PKR.
Pada awal Mac, Azlan mendakwa kes liwat itu didalangi oleh pegawai khas di Pejabat Perdana Menteri untuk mengaibkan Anwar.
Dalam sidang media berasingan pada hari sama, Saiful berkata bapanya diperalatkan oleh Anwar untuk agenda politiknya menjelang PRU ke 13.
Saiful menggesa ayahnya balik ke pangkal jalan dan mengelak daripada dipermainkan oleh Anwar.
Pada tahun 2008, Anwar dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersait tuduhan meliwat Saiful namun dibebaskan kerana hakim mendapati bukti DNA tidak kukuh untuk mensabitkan beliau.
Bagaimanapun Saiful dan bapa tetap bertegas jenayah itu berlaku dan menggesa Peguam Negara untuk menfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan. - AntaraPos
Subscribe to:
Posts (Atom)
CARI ARTIKEL LAMO
Hok Orang Ramai Baco!
-
Kata-kata Nasaruddin Daud berbaur hasutan berbunyi ; “Lebih malang tuan-tuan, gas di perairan Kelantan patut didaratkan di Pantai Senok...
-
Diam tak diam, dalam kezuhudan yang ditonjolkan oleh Nik Aziz dan keluarga, Nik Aziz telah berjaya mengumpul sebegitu banyak harta. Ini ba...
-
Siapa tidak kenal Amy Search, artis terkenal di Malaysia. Satu ketika dahulu, arena politik negara pernah gempar apabila gambar Amy Searc...
-
Pelancaran air mineral di KB Mall kelmarin tidak mendapat sambutan. Khabarnya dijadualkan Nik Aziz yang merasmikan pelancaran tetapi ke...
-
Pendedahan siri 1 dan 2 yang dibuat oleh beberapa buah blog team Kelantan Cyber Warriors (KCW) yang dilaporkan telah menjadi mangsa viru...
-
Menurut kakitangan Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Setiausaha Agung PAS sering mengunjungi Hotel ***ANA untuk berbincang perkara penting. Se...
-
Kerajaan PAS Kelantan kali ini terdesak menggunakan Majlis Daerah Kuala Krai untuk mencabut dan menanggalkan poster politik dan bendera...
-
Kerusi Parlimen P22 Pasir Mas bakal menyaksikan pertembungan satu sama satu antara calon Bebas, Datuk Ibrahim Ali dengan calon Pas, Nik ...
-
Terkini dari Kelantan : TG Nik Aziz dilaporkan kecewa kerana jangkaan beliau untuk melihat 30,000 rakyat berkumpul menyambut kepulangan...
-
Sokongan kepada Pas tidak terjejas walaupun bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan semua jawatan kerana faktor usia...
RAKAN BLOGGERS
BLOG GENG KEDAH
BLOG GENG W.PERSEKUTUAN
KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!
SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?
