Showing posts with label Utusan. Show all posts
Showing posts with label Utusan. Show all posts

Saturday, 6 April 2013

#GE13 : Kebenaran muncul jua. Fitnah cincin RM24 juta akhirnya terjawab!!

Fitnah mengenai cincin berlian bernilai RM24 juta yang dimulakan oleh Chegu Bard akhirnya terjawab. Beberapa bukti pernah didedahkan sebelum ini bagi menafikan fitnah tersebut, namun ternyata ketaksuban penyokong pembangkang telah menutup minda mereka untuk menerima segala bukti tersebut.

Perkara yang paling lucu adalah kebanyakan penyokong pembangkang mempercayai bahawa Datin Seri Rosmah Mansor pernah membuat kenyataan bahawa beliau menabung sejak kecil untuk membeli cincin berlian tersebut.

Kenyataan tersebut jelas merupakan satu fitnah. Kenyataan tersebut cuma dimuatkan di dalam keratan muka depan akhbar Utusan Malaysia yang telah diubahsuai oleh pembangkang.

Keratan muka depan Utusan Malaysia yang telah diubahsuai adalah keratan bertarikh 8 Februari 2008. Sungguh tidak masuk akal kenyataan Datin Seri Rosmah boleh dimuatkan di akhbar keluaran tahun 2008 sedangkan isu cincin mula timbul pada tahun 2011. Jika masih ragu-ragu, bolehlah periksa arkib Utusan Malaysia.

Mari kita lihat gambar keratan akhbar asal dan juga keratan akhbar yang telah diubahsuai.

Muka depan akhbar Utusan Malaysia versi asal sebelum diubahsuai
Muka depan akhbar Utusan Malaysia yang telah diubahsuai


Untuk makluman penyokong pembangkang juga, muka depan akhbar Utusan Malaysia pada tahun 2011 telah pun berubah wajah dan tidak sama dengan versi 2008. Lihat gambar keratan muka depan akhbar Utusan Malaysia pada bulan April 2011.


Begitu mudahnya penyokong pembangkang tertipu dengan gambar yang telah diubahsuai. Mereka mempercayainya bulat-bulat tanpa membeli akhbar tersebut dan tanpa memeriksa arkib Utusan Malaysia. Lebih kelakar, mereka masih menggunakan hujah tersebut sehingga kini tanpa menyedari bahawa mereka telah tertipu.

Hakikatnya, tidak pernah ada kenyataan sedemikian dibuat oleh Datin Seri Rosmah, malah beliau telah menafikan yang beliau memiliki cincin tersebut. Lebih serius lagi, beliau telah bersumpah untuk menafikannya.

Datin Seri Rosmah mengakui cincin berkenaan masuk ke Malaysia dan dialamatkan ke kediaman PM untuk tujuan pameran kepada bakal besannya iaitu Maira Nazarbayev yang pada ketika itu berada di kediaman PM untuk beberapa ketika bagi membincangkan majlis pertunangan anak mereka. Maira Nazarbayev adalah pelanggan tetap kepada Jewellery Jacob & Co New York.

Jacob & Co New York telah menghantar cincin tersebut melalui syarikat penghantaran Malca Amit New York dan masuk ke Malaysia melalui KLIA pada 16 April 2011 . Di KLIA urusan seterusnya termasuk urusan pengishtiharan Kastam dilakukan oleh Airoceanic Express Sdn Bhd.

Borang kastam 1-Borang pengishtiharan cincin berkenaan masuk ke Malaysia yang bertarikh 16 April 2011

Diringkaskan cerita, cincin tersebut masuk ke Malaysia mengikut lunas undang-undang yang ada walaupun ianya dialamatkan ke rumah PM.

Adalah satu tindakan yang amat tidak cerdik sekiranya Datin Seri Rosmah mengimport cincin dari luar negara menggunakan khidmat penghantaran dan melalui pemeriksaan Kastam. Bukankah lebih baik jika beliau membeli cincin tersebut dan terus menyarungkan di jarinya?

Setelah cincin berkenaan dipamerkan kepada Maira Nazarbaye, ianya dibawa keluar dari Malaysia melalui KLIA dan diuruskan oleh ejen yang sama. Sekali lagi cincin berkenaan melalui prosedur pemeriksaan Kastam sepertimana yang ditetapkan oleh undang-undang negara. Cincin berkenaan keluar dari Malaysia pada 20 April ke Singapura juga untuk tujuan pameran kepada pelanggan Jacob & Co di negara berkenaan. 

Borang kastam 2-Borang pengishtiharan cincin berkenaan keluar dari Malaysia ke Singapura yang bertarikh 20 April 2011

Selepas dari Singapura kita tidak tahu ke negara mana pula cincin berkenaan dihantar untuk tujuan pameran kepada pelanggan-pelanggan Jacob & Co. Yang pasti cincin berkenaan pulang semula ke New York dari Hong Kong pada 13 Mei 2011. Di Hong Kong mungkin cincin berkenaan dipamerkan kepada pelanggan-pelanggan mereka yang lain. Lebih kurang sebulan cincin berkenaan terbang ke beberapa negara untuk tujuan pameran dan akhirnya kembali ke negara asal.

Cincin berkenaan tiba semula di New York pada 13 Mei 2011 dengan pesawat Cathay Pacific (CX 888) dari Hong Kong. Format tarikh yang digunakan di borang diatas MM/DD/YY
Borang pengishtiharan Kastam Amerika-Pengembalian produk Amerika tanpa cukai

Jika benar Datin Seri Rosmah membeli cincin berkenaan, untuk apa cincin tersebut dibawa ke kediaman PM, kemudian terbang ke Singapura, kemudian terbang entah ke mana-mana negara , kemudian ke Hong Kong dan kembali semula ke New York?

Selepas fitnah ini disangkal dengan segala dokumen tersebut, semalam Raja Petra Kamarudin melalui portal Malaysia Today pula mengeluarkan satu video yang memaparkan pengarah di syarikat penjual cincin tersebut yang berpejabat di Amerika menjelaskan perkara sebenar.

Inilah yang dikatakan kebenaran akan muncul jua, sama ada cepat atau lambat. Saksikan video penerangan yang dibuat oleh wakil Jacob & Co.



Dalam video tersebut, beliau menafikan bahawa Datin Seri Rosmah telah membeli cincin tersebut. Secara jelas diterangkan bahawa cincin tersebut dibawa masuk ke Malaysia untuk tujuan pameran sahaja. Segala bukti dalam bentuk dokumen juga ditunjukkan.

Katanya lagi, cincin tersebut akhirnya dijual kepada seseorang di sana tanpa menyebut nama si pembeli.

Dengan adanya bukti terbaru yang berupa pengakuan dari pihak yang menguruskan cincin tersebut sendiri, maka jelaslah isu cincin berlian bernilai RM24 juta ini hanyalah fitnah jahat yang direka oleh pembangkang untuk menjatuhkan kredibiliti Dato Seri Najib dan isteri.

Pakatan Pembangkang dilihat begitu terdesak kerana mereka gagal menyerang peribadi Dato Seri Najib yang bersih, sehingga terpaksa menyerang peribadi keluarga PM.

Sudah pasti ramai penyokong pembangkang yang perlu meminta maaf dan bertaubat atas fitnah dan sindiran yang selama ini mereka lontarkan kepada Datin Seri Rosmah Mansor.

Kredit kepada RBF Online.

Thursday, 4 April 2013

#TukarKelantan : Nik Aziz Perlu Perbetulkan Dirinya #BoLaWei


Adakah Nik Aziz ini Tuhan yang boleh menentukan dosa dan pahala seseorang melalui Parti Politik? Nampaknya Nik Aziz kini sudah semakin tersasar jauh dari landasan kebenaran.  

Adakah solatnya mendapat pahala? dimana dia mengesahkan solatnya mendapat pahala? Adakah dari dirinya sendiri? 


Adakah ini yang diajarkan oleh PAS? Nak bersolat melihat parti politik dahulu. Nampaknya sifat assabiyah menebal di dalam pengikut PAS sehingga "rela solat dalam tokong cina" daripada bersolat di dalam masjid bersama orang Islam yang lain.

Malam tadi, Nik Aziz sekali lagi mengajarkan perkara karut yang menjadi sebahagian daripada isi perut dan urat dagingnya. Katanya, orang UMNO kalau bersolat tak akan dapat pahala kerana UMNO mengamalkan dasar kebangsaan yang menolak Islam.



Dasar Kebangsaan tolak Islam?

Apakah yang Nik Aziz cuba maksudkan Islam itu sebagai PAS? Hakikatynya, PAS tidak pernah memperjuangkan Islam yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. , sebaliknya PAS hanyalah sebuah parti politik yang telah mempergunakan dan memperdagangkan Islam dengan harga yang amat murah iaitu sebuah kerusi politik untuk tempoh 5 tahun!

BACA DI SINI :

Taktik mengkafirkan UMNO dan mengislamkan PAS yang diamalkan oleh Nik Aziz sebenarnya amat menyerupai kaum Khawarij mengkafirkan sesiapa sahaja yang bukan daripada golongan mereka.

Islam apakah yang diajarkan oleh Nik Aziz? Dia sendiri cuba mengambil kerja Allah Taala dengan menentukan pahala dan dosa manusia lain. Apakah kerana dia menjadi Mursyidul Am PAS, maka dia bebas mengeluarkan kenyataan menyeleweng dan karut sebegitu rupa?

Seterusnya Nik Aziz cuba bercakap tentang IKHLAS. Katanya, kalau tidak ikhlas, tidak dapat pahala.

Sekali dengar, memang betullah cakapnya tu. Apa-apa amalan pun, perlu ikhlas dan wajib mengikhlaskan diri kepada Allah Taala. Tetapi dalam konteks dia sendiri sebagai orang politik, ikhlas sangatkah perjuangannya itu? Ikhlas sangatkah dia sehingga dia pernah mengeluarkan kenyataan 'akan terus bertanding dalam pilihanraya biarpun terpaksa berkerusi roda?' Ikhlaskah dia untuk menjadi wakil rakyat walaupun tahu dia sebenarnya tidak pernah peduli dengan masalah rakyat yang diwakilinya? Adakah amalannya akan diterima sekiranya dia MEMECAH AMANAH yang dia sendiri minta?

Apa sebenarnya tujuan PAS ditubuhkan? Ikhlaskah PAS dengan Islam sedangkan dalam banyak senario, PAS lebih kelihatan menjual Islam berbanding membela Islam?

Bukankah Nik Aziz merupakan orang yang paling kuat menentang penyatuan umat Islam di Malaysia daripada pelbagai fikrah termasuklah yang menjadi ahli PAS dan UMNO untuk duduk dalam satu saf? Bukankah dia yang paling kuat menyalak dan menyatakan bahawa selagi dia hidup, dia tidak akan bekerjasama dengan UMNO kerana UMNO pernah menendang PAS keluar dari Barisan Nasional walaupun hakikatnya, dia yang beria-ia mendesak agar PAS keluar dari Barisan Nasional sehingga mengadakan pakatan untuk menggulingkan Asri Muda?

Anda fikir-fikirkanlah.. Jom TUKAR!!

GELOMBANG MERAH
BN MERENTAH

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?