Showing posts with label #HAK2013. Show all posts
Showing posts with label #HAK2013. Show all posts

Monday, 4 March 2013

#TukarKelantan : 'Gelombang Merah' Dan 'Tukar' Menjadi Trend Di Kelantan




Laungan “gelombang merah” dan “tukar” yang mengajak masyarakat Kelantan menukar kerajaan negeri pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) semakin kuat kedengaran di seluruh pelusuk negeri itu.
Selain bergema pada majlis anjuran badan bukan kerajaan (NGO) pro-Barisan Nasional (BN) dan perhimpunan bersama pemimpin BN, anak Kelantan memanifestasi sokongan mereka terhadap dua slogan itu menerusi pemakaian baju merah.
Slogan ‘gelombang merah’ dicetus UMNO Kelantan manakala ‘tukar’ pula oleh Gerakan Tukar Kelantan (Tukar), sebuah NGO yang mahu rakyat di negeri itu memberi mandat kepada BN pada PRU13.

Gema dua slogan itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika lawatan kedua-dua pemimpin berkenaan ke Kelantan, apabila puluhan ribu rakyat yang menghadiri majlis mereka menyambut laungan “gelombang merah” dan “tukar” secara berselang-seli.
Majoriti penduduk di 45 kawasan dewan undangan negeri (DUN) dan 14 kawasan parlimen Kelantan jelas sudah muak dengan kegagalan kerajaan negeri pimpinan Pas itu menyelesaikan pelbagai isu sekalipun telah mentadbir negeri lebih 22 tahun.
Pelbagai masalah terutama bekalan air bersih, penerokaan hutan konon untuk ladang rakyat dan pemberian tanah kepada syarikat luar membelenggu penduduk Kelantan mendorong mereka berdemonstrasi, termasuk Orang Asli yang selama ini hidup tenteram di kawasan Hulu Kelantan.

Kumpulan Orang Asli itu yang memakai baju merah mempersoalkan tindakan kerajaan negeri menggondolkan kawasan hutan berhampiran perkampungan mereka yang selama ini menjadi punca rezeki.
“Kawasan perkampungan ini adalah yang paling hampir dengan Lojing dan sungai yang mengalir dari kawasan pergunungan ini adalah punca utama penduduk di sini mendapatkan bekalan air minuman.
“Namun kini, air sungai semakin tercemar kerana kegiatan untuk tanah pertanian yang semakin menjadi-jadi. Sekarang ini ikan mati, katak mati, orang pun boleh mati,” kata Alang Terawas, 63, dari masyarakat Orang Asli suku Temiar yang mendiami Kampung Seng Sang di Lojing, Gua Musang, kepada wartawan yang membuat tinjauan di kampungnya baru-baru ini.

Pendedahan bergambar Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (Ombak) mengenai ratusan ribu tanah terutama di Hulu Kelantan yang didakwa digondolkan untuk pembalakan dan ladang pertanian mengejutkan banyak pihak khususnya rakyat di negeri Kelantan sendiri.
Presiden Ombak Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad mendakwa penerokaan tanah itu telah menyebabkan berlaku hakisan dan pencemaran sungai.
Pendedahan demi pendedahan mengenai penerokaan hutan secara berleluasa, terutama di Hulu Kelantan itu menuntut penjelasan daripada kerajaan negeri namun diperlekeh kerajaan Pas sebagai isu lapuk dan kitar semula.
“Kita menuntut ketelusan. Sebuah kerajaan yang diberi amanah oleh rakyat hendaklah telus menjelaskan apa yang berlaku di Hulu Kelantan itu dan isu-isu lain,” kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Muhyiddin ketika berucap di hadapan lebih 30,000 orang pada Himpunan Rakyat 1Malaysia di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan di sini pada 1 Mac lepas, mahu gelombang kebangkitan yang lebih besar berlaku di Kelantan, bagi menunjukkan isyarat kepada kerajaan PAS bahawa rakyat negeri itu mahu menukar mereka dengan kerajaan BN.
Bercakap kepada Bernama, Presiden Tukar Kamaruddin Mohd Kasim berkata pihaknya dan NGO lain tampil menyuarakan rasa tidak puas hati rakyat yang terlibat dengan isu berkenaan, setelah PAS gagal menyelesaikannya.
“Kami percaya apabila NGO dan parti bersatu ia akan menghasilkan kekuatan yang luar biasa untuk membela nasib rakyat yang dianiaya. Jesteru, kita dapat lihat puluhan ribu rakyat terutama golongan muda kini bersama kita dalam program-program yang kita anjurkan,” katanya.
Beliau berkata pihaknya sedang menganjurkan jelajah kembara ke seluruh pelusuk negeri bagi memberi penjelasan lebih mendalam kepada rakyat berhubung isu-isu yang dibangkitkan itu.
Kembara bertemakan “Tukar Adalah Hijrah, Tanah Adalah Maruah” itu bermula 17 Feb lalu sempena Perhimpunan Perdana Anak-Anak Kelantan di Perantauan di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Kamaruddin berkata di samping mendedahkan isu, pihaknya turut member penjelasan mengenai janji-janji BN untuk memajukan Kelantan apabila diberi mandat memerintah negeri itu kelak.
Beliau yakin kemenangan akan memihak kepada usaha yang sedang dilaksanakan untuk menyelamatkan Kelantan daripada terus diperintah oleh Pas, dan rakyat kini kian sedar untuk berhijrah daripada keadaan kurang baik kepada situasi lebih baik untuk masa depan kehidupan mereka.

Video HTK2013




SUMBER Kelateloni

Sunday, 3 March 2013

#TukarKelantan : Kelantan boleh capai negeri maju dalam tempoh tujuh tahun jika diperintah BN



Rakyat Kelantan perlu memberi mandat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memerintah negeri ini pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) bagi membolehkan Kelantan menjadi negeri maju bersama-sama negeri lain menjelang tahun 2020 yang hanya tinggal tujuh tahun lagi.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Malaysia mungkin boleh mencapai status negara maju lebih awal daripada sasaran itu dan kerajaan mahu semua negeri sama-sama mencapai status negeri maju termasuk Kelantan yang kini jauh terkebelakang daripada segi pembangunan.

Pentadbiran kerajaan negeri yang tidak sehaluan dengan kerajaan persekutuan akan menjadi penghalang kepada usaha kerajaan persekutuan untuk memajukan negeri itu termasuk apabila sesuatu pembangunan itu melibatkan soal tanah yang di bawah bidang kuasa kerajaan  negeri, katanya.

Muhyiddin yang dalam lawatan kerja sehari ke negeri ini berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Rakyat 1Malaysia di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan di Tunjong di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis yang dihadiri lebih 30,000 orang itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin. 

Timbalan Perdana Menteri berkata rakyat Kelantan sekarang berada dalam "mood" serta gelombang perubahan yang semakin membesar untuk menukar kerajaan negeri pimpinan Pas kerana mereka sudah sedar Pas tidak mampu memerintah dan hanya menabur janji  kosong serta menghabiskan khazanah negeri seperti pembalakan yang tidak terkawal.

"Kalau tidak ada sokongan kerajaan pusat untuk projek pembangunan...Kelantan akan tinggal ke belakang, kalau kerajaan (negeri pimpinan  Pas) tidak ada visi hanya pentingkan soal lain bukan untuk pembangunan ummah, kemajuan untuk rakyat tidak boleh disempurnakan oleh mereka,"  katanya.

Beliau berkata kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang berkemampuan untuk memajukan negara termasuk berjaya meningkatkan hasil pendapatan rakyat, mengurangkan kadar kemiskinan, memberi ilmu pengetahuan dengan membina 11,000 buah sekolah di seluruh negara untuk 5.4 juta pelajar dan 460,000 guru.

Katanya kerajaan persekutuan telah memberi peruntukan sebanyak RM100 juta kepada sekolah agama rakyat bantuan kerajaan pada tahun  lepas dan jumlah yang sama akan diberikan kepada sekolah tersebut pada tahun ini.

Berikutan masalah bekalan air bersih yang masih gagal diselesaikan oleh kerajaan negeri Kelantan, Muhyiddin berkata kerajaan pusat akan  menambah lagi peruntukan sebanyak RM2.9 juta bagi memasang alat penapis air di 654 buah prasekolah dan 137 asrama sekolah yang menghadapi masalah bekalan air kotor.   

Katanya bantuan itu dihulurkan bagi memastikan pelajar tidak terjejas pelajaran mereka dan berjanji masalah tersebut akan selesai apabila  kerajaan BN kembali memerintah negeri ini.

Muhyiddin turut membidas pemimpin Pas termasuk Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memperkecilkan bantuan yang dihulurkan kerajaan persekutuan kepada rakyat termasuk menyifatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) seperti memberi makanan kepada haiwan.

Katanya Pas yang kononnya mendakwa sebuah parti memperjuangkan Islam tetapi gagal menyediakan kemajuan kepada umat Islam  termasuk menyediakan masjid kerana masjid yang terdapat di Kelantan ini adalah usaha kerajaan persekutuan.

Beliau berkata kejayaan perjuangan kerajaan BN untuk menegakkan Islam di negara ini menjadi contoh kepada negara Islam lain dan  Malaysia juga memainkan peranan untuk mewujudkan perdamaian di selatan Filipina dan di wilayah selatan Thailand yang sedang bergolak yang dihuni ramai umat Islam.

SUMBER : BERNAMA

Wednesday, 20 February 2013

Menitik Air Mata Nik Aziz, 27k 'Malaikat' dan 3k Rakyat Sambut Dirinya


Terkini dari Kelantan :

TG Nik Aziz dilaporkan kecewa kerana jangkaan beliau untuk melihat 30,000 rakyat berkumpul menyambut kepulangannya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra tidak kesampaian sebaliknya beliau disambut oleh 27,000 'malaikat' manakala baki selebihnya adalah penyokong totok PAS.


TG Nik Aziz yang dimaklumkan oleh pimpinan PAS Kelantan 2 hari sebelum kepulangannya bahawa seramai 30,000 rakyat akan menyambut dirinya sebaik sahaja pulang umrah sekaligus memadam aura Gelombang Merah TUKAR kerajaan PAS Kelantan yang kini semakin diterima baik rakyat Kelantan.

Selain kecewa dengan jumlah hadirin yang tidak sampai 3,000 orang - Nik Aziz juga kecewa kerana ahli PAS kini dilihat lebih mengagungkan logo Rocket berbanding logo Bulan yang menjadi kebanggaan PAS sebelum ini.




Mengikut sumber dalaman PAS juga, pucuk pimpinan PAS Kelantan kini mengakui bahawa sokongan terhadap PAS Kelantan mula merundum dan dan keadaan ini begitu membimbangkan Pakatan Pembangkang untuk mempertahankan Kelantan yang telah ditadbir oleh mereka selama 23 tahun.

3,000 rakyat berhimpun pegang sepanduk 'We Love Tok Guru'

10,000 rakyat Kelantan kini bersiul alunan lagu 'Bo La Weii' yang kini menjadi viral di negeri Cik Siti Wan Kembang!



Baca juga cerita menarik dari : Double-Y & The Unspinners

#TUKARKelantan ke BN dalam PRU13!

Tuesday, 19 February 2013

#TukarKelantan : Artis dan The Red Warriors sokong TUKAR?



Heboh di alam siber beberapa hari ini apabila beberapa artis dan pemain-pemain Kelantan memegang bendera TUKAR dan kad 'I love PM' di Himpunan Perdana Anak-anak Kelantan di Perantauan yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 17 Februari 2013 yang lepas.

Antara bintang-bintang yang bergambar bersama bendera TUKAR dan kad 'I love PM' adalah Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa, penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi, kapten Kelantan, Badhri Radzi serta artis-artis seperti Cikgu Sulizi, Mat Glamour, Nash dan Black.

Apabila gambar-gambar ini tersebar, wujud pelbagai persepsi oleh orang ramai. Ada yang menganggap mereka semua diambil kesempatan untuk kepentingan politik. Ada juga yang beranggapan mereka semua dipaksa oleh pihak tertentu.

Namun, hakikatnya tidak ada seorang pun di antara mereka yang dipaksa untuk menunjukkan sokongan kepada gerakan TUKAR atau mana-mana parti politik. Khairul Fahmi dan Badhri Radzi dilihat gembira memegang kad 'I love PM'. Begitu juga dengan Black, Nash, Cikgu Sulizi dan Mat Glamour. Mereka bukan memegang bendera dan kad tersebut, malah mereka turut membantu mempromosikan agenda TUKAR.

Nash sewaktu membuat persembahan sempat menjelaskan kepada orang ramai tentang maksud T iaitu 'Tukar'. Malah beliau menuntut rakyat Kelantan untuk membuat perubahan demi masa depan yang lebih baik. Begitu juga dengan artis-artis dikir barat tersohor Kelantan, Cikgu Sulizi dan Mat Glamour. Mereka menyampaikan mesej untuk tukar kerajaan Kelantan melalui lagu-lagu mereka.

Bagi pemain-pemain The Red Warriors, sepatutnya tidak ada cemuhan dilontarkan kepada mereka. Mereka ke sana untuk bersama dengan rakyat Kelantan dan tidak salah untuk mereka menyokong agenda rakyat Kelantan. Penyokong-penyokong pembangkang sepatutnya tidak terlalu mudah menghukum mereka. Mereka juga orang biasa yang mempunyai kuasa memilih kerajaan sebagaimana kita.

Adilah bagi Badhri Radzi untuk dihina apabila memegang bendera TUKAR sedangkan sewaktu Daudsu memegang bendera Royalti di stadium, penyokong BN tidak menghina Dadsu?



Adilkah bagi Khairul Fahmi untuk dihina apabila memegang kad 'I love PM' sedangkan beliau tidak dihina penyokong BN sewaktu memegang stiker Royalti?


Kesimpulannya, usahlah dicemuh mereka yang menyatakan sokongan pada mana-mana pihak kerana itu adalah hak mereka sebagai rakyat. Usah terlalu 'double standard' sehingga perlu menghentam sesiapa sahaja yang tidak sealiran dengan kita.

Lain-lain gambar boleh dilihat di sini.

Gelombang Merah, BN Merentah, Kelate Berubah!

Bo la wei!


Monday, 18 February 2013

#TukarKelantan : 16,000 perantau Kelantan mahu TUKAR!



Laungan 'Tukar' dan 'Gelombang Merah' bergema di Stadium Putra Bukit Jalil pada 17 Februari 2013 lepas apabila lebih 16,000 rakyat Kelantan berhimpun dalam program Himpunan Anak-anak Kelantan di Perantauan.

Himpunan itu adalah himpunan kali kedua diadakan dalam sejarah. Himpunan itu bermula pada jam 12 tengahari dan tamat pada jam 6.30 petang. Pelbagai pengisian program diadakan termasuk pertandingan paintball, street soccer, dikir barat, pameran dan sebagainya. 

Objektif program adalah bagi mengeratkan ukhwah di antara perantau-perantau Kelantan. Objektif itu dilihat berjaya apabila ribuan rakyat Kelantan hadir. Mereka berasal dari seluruh bahagian di Kelantan. Program bermula dengan pendaftaran peserta perhimpunan mengikut bahagian masing-masing untuk berpeluang memenangi cabutan bertuah.

Majlis juga disajikan dengan pelbagai bentuk persembahan termasuk persembahan dikir barat dan artis-artis tempatan seperti Black, Nash, Jay Jay, Aisyah AF, Ain AF, Zizi AF dan Akmal AF.

Pelbagai golongan hadir ke program tersebut termasuk penjawat-penjawat awam, alim ulamak, mahasiswa, dan lain-lain. Orang ramai mengambil peluang untuk bergambar dan melihat pemimpin-pemimpin dengan lebih dekat. Orang ramai juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama pemain-pemain The Red Warriors yang turut hadir ke program berkenaan.

Acara kemuncak bagi program tersebut adalah ucapan YAB Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak. PM Najib menyeru rakyat Kelantan untuk melakukan perubahan bagi menjamin masa depan rakyat Kelantan yang lebih cerah. 

PM Najib juga sempat melaungkan 'Tukar' dan 'Gelombang merah' lalu disambut oleh ribuan hadirin. Semua ketua bahagian dan penyelaras DUN seluruh Kelantan turut berada di program berkenaan.

Sambutan hebat program ini menunjukkan bahawa rakyat Kelantan sememangnya mahukan perubahan berlaku di Kelantan. Perantau-perantau Kelantan nekad untuk menyokong BN bagi memastikan peluang pekerjaan terjamin di Kelantan supaya mereka dapat pulang berbakti di negeri sendiri.


Lihat kemeriahan program tersebut di bawah.


Pandangan dari belakang pentas 


Pandangan dari bahagian hadapan dewan



Pandangan di tengah dewan



Pandangan di tempat duduk

Pandangan di tempat duduk



Hadirin bersesak di tengah dewan sehingga ada yang terpaksa duduk di sebelah pentas




Pandangan dari bahagian hadapan dewan




Pandangan dari hadapan pentas

Pandangan dari belakang pentas


PM Najib menyokong TUKAR

Tan Sri Annuar Musa di booth Perantau Ketereh

VVIP yang hadir



PM Najib bersama Tan Sri Annuar Musa

Tok Pa bersama alim ulamak

PM Najib bersama alim ulamak

Pemenang cabutan bertuah kereta Proton Saga

Tok Pa bersama semua Penyelaras Pengundi Luar seluruh Kelantan

Cikgu Sulizi dan Mat Glamour menyokong TUKAR

Nash turut menyokong TUKAR

Black juga menyokong TUKAR

Tan Sri Annuar Musa sokong T!

Kapten Kelantan, TRW sokong untuk tukar kerajaan Kelantan!

Apek dan Piya sayang PM!


Nash memakai topi T dan menyatakan sokongan pada gerakan T

Tok Pa bersama Kapten bolasepak Kelantan

Orang ramai memenuhi ruang pameran

Nash bersama Dato Seri Shabery Cheek

Perantau Kelantan juga mahu tukar. 2013 adalah tahun untuk tukar kerajaan PAS Kelantan. Kota Darulnaim perlu kembali kepada pembinanya iaitu Barisan Nasional

Gelombang Merah, BN merentah, Kelantan berubah! TUKAR!

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?