Showing posts with label Rakan Tok Pa. Show all posts
Showing posts with label Rakan Tok Pa. Show all posts

Sunday, 3 March 2013

#TukarKelantan : Kelantan boleh capai negeri maju dalam tempoh tujuh tahun jika diperintah BN



Rakyat Kelantan perlu memberi mandat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memerintah negeri ini pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) bagi membolehkan Kelantan menjadi negeri maju bersama-sama negeri lain menjelang tahun 2020 yang hanya tinggal tujuh tahun lagi.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Malaysia mungkin boleh mencapai status negara maju lebih awal daripada sasaran itu dan kerajaan mahu semua negeri sama-sama mencapai status negeri maju termasuk Kelantan yang kini jauh terkebelakang daripada segi pembangunan.

Pentadbiran kerajaan negeri yang tidak sehaluan dengan kerajaan persekutuan akan menjadi penghalang kepada usaha kerajaan persekutuan untuk memajukan negeri itu termasuk apabila sesuatu pembangunan itu melibatkan soal tanah yang di bawah bidang kuasa kerajaan  negeri, katanya.

Muhyiddin yang dalam lawatan kerja sehari ke negeri ini berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Rakyat 1Malaysia di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan di Tunjong di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis yang dihadiri lebih 30,000 orang itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin. 

Timbalan Perdana Menteri berkata rakyat Kelantan sekarang berada dalam "mood" serta gelombang perubahan yang semakin membesar untuk menukar kerajaan negeri pimpinan Pas kerana mereka sudah sedar Pas tidak mampu memerintah dan hanya menabur janji  kosong serta menghabiskan khazanah negeri seperti pembalakan yang tidak terkawal.

"Kalau tidak ada sokongan kerajaan pusat untuk projek pembangunan...Kelantan akan tinggal ke belakang, kalau kerajaan (negeri pimpinan  Pas) tidak ada visi hanya pentingkan soal lain bukan untuk pembangunan ummah, kemajuan untuk rakyat tidak boleh disempurnakan oleh mereka,"  katanya.

Beliau berkata kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang berkemampuan untuk memajukan negara termasuk berjaya meningkatkan hasil pendapatan rakyat, mengurangkan kadar kemiskinan, memberi ilmu pengetahuan dengan membina 11,000 buah sekolah di seluruh negara untuk 5.4 juta pelajar dan 460,000 guru.

Katanya kerajaan persekutuan telah memberi peruntukan sebanyak RM100 juta kepada sekolah agama rakyat bantuan kerajaan pada tahun  lepas dan jumlah yang sama akan diberikan kepada sekolah tersebut pada tahun ini.

Berikutan masalah bekalan air bersih yang masih gagal diselesaikan oleh kerajaan negeri Kelantan, Muhyiddin berkata kerajaan pusat akan  menambah lagi peruntukan sebanyak RM2.9 juta bagi memasang alat penapis air di 654 buah prasekolah dan 137 asrama sekolah yang menghadapi masalah bekalan air kotor.   

Katanya bantuan itu dihulurkan bagi memastikan pelajar tidak terjejas pelajaran mereka dan berjanji masalah tersebut akan selesai apabila  kerajaan BN kembali memerintah negeri ini.

Muhyiddin turut membidas pemimpin Pas termasuk Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memperkecilkan bantuan yang dihulurkan kerajaan persekutuan kepada rakyat termasuk menyifatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) seperti memberi makanan kepada haiwan.

Katanya Pas yang kononnya mendakwa sebuah parti memperjuangkan Islam tetapi gagal menyediakan kemajuan kepada umat Islam  termasuk menyediakan masjid kerana masjid yang terdapat di Kelantan ini adalah usaha kerajaan persekutuan.

Beliau berkata kejayaan perjuangan kerajaan BN untuk menegakkan Islam di negara ini menjadi contoh kepada negara Islam lain dan  Malaysia juga memainkan peranan untuk mewujudkan perdamaian di selatan Filipina dan di wilayah selatan Thailand yang sedang bergolak yang dihuni ramai umat Islam.

SUMBER : BERNAMA

Monday, 11 February 2013

#TukarKelantan : Tok Pa dan rakan-rakan siber isytihar perang pada PAS!

TUKAR!

Rakan Tok Pa (RTP) telah menganjurkan Majlis Ramah Mesra Rakan Online Bersama Tok Pa pada 10 Februari 2013. RTP adalah satu kelab yang ditubuhkan pada 16 Disember 2012 bagi mendekatkan lagi YB Dato Seri Mustapa Mohamed dengan rakan-rakan siber beliau.

Majlis berlangsung di Grand Riverview Hotel, Kota Bharu yang melibatkan seramai 350 rakan-rakan siber Tok Pa dari seluruh negeri Kelantan. Turut hadir beberapa kumpulan-kumpulan strategik termasuk dari Minda Pondok, Jejak Anak Muda, Ustaz Muda, pesara-pesara guru, mahasiswa dan lain-lain.

Turut mengiringi Tok Pa pada malam itu adalah Dato Ramzi, Dato Dali dan Dato Hanafi. Majlis bermula dengan makan malam diiringi tayangan-tayangan video. Majlis diteruskan dengan pembentangan mengenai penggondolan tanah oleh kerajaan Kelantan yang disampaikan oleh bekas Ketua AMK (PKR) Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad. Sesi dialog juga turut diadakan selepas ucapan Tok Pa.

Semangat yang ditunjukkan oleh para hadirin jelas menunjukkan kesiapsiagaan mereka untuk berjuang di alam maya bagi memastikan misi 'Kekal Putrajaya, tawan Kota Darulnaim' berjaya. Dalam majlis itu, Tok Pa  mengakui peningkatan ketara pengamal media sosial yang menyokong BN banyak membantu gerak kerja BN Kelantan. Beliau juga mengakui betapa besarnya peranan golongan itu yang secara keseluruhannya dipelopori golongan muda bagi menangkis segala fitnah yang dilontarkan pembangkang terhadap BN.

Saksikan video-video penggondolan tanah secara rakus oleh kerajaan negeri Kelantan!




Lagi gambar :

Para ilmuan turut hadir

Dewan penuh

Ketibaan Tok Pa

Tok Pa bersama hadirin




Pembentangan oleh Wan Khairul

Satu hati untuk TUKAR

Para hadirin bergambar bersama Tok Pa

Anak muda turut bersama

Ucapan penuh semangat oleh Tok Pa

Sesi soal jawab

Cabutan bertuah



Warga Minda Pondok juga mahu TUKAR

Sidang media 

Tok Pa bersama ilmuan agama

Sesi dialog
Tok Pa masih sempat berurusan bersama rakyat

Gelombang merah, BN merentah, Kelate berubah. TUKAR!

Sunday, 10 February 2013

Hebahan : Majlis Ramah Mesra Rakan Online Bersama Tok Pa



Rakan Tok Pa adalah satu kelab yang ditubuhkan pada pertengahan Disember 2012 untuk mengumpul rakan-rakan siber YB Dato Seri Mustapa Mohamed. Rakan Tok Pa sekali lagi menjemput anda ke MAJLIS RAMAH MESRA RAKAN ONLINE BERSAMA TOK PA.

Tarikh : 10 Februari 2013 (Ahad)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Grand Riverview Hotel, Kota Bharu, Kelantan
Tema pakaian : Merah

Jika anda berminat untuk hadir, sila berikan nama dan nombor kad pengenalan kepada Eizwan Abdullah atau Jogho Kelate.

Rebut peluang ini untuk bersama lebih dekat dengan Tok Pa!

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?