Showing posts with label Jentera Siber. Show all posts
Showing posts with label Jentera Siber. Show all posts

Tuesday, 6 August 2013

EIZWAN ABDULLAH KANTOI 'SONGLAP' WANG PERUNTUKAN UMNO?


Seperti yang saya tuliskan sebelum ini, mungkin telah timbul sedikit pertanyaan daripada semua pembaca. Itu adalah kerana saya rasa mungkin belum tiba masa untuk saya buat pendedahan sepenuhnya. Selain itu adalah kerana menghormati Bendahari UMNO Kelantan, Dato Hanafi Mamat kerana menyuruh kami 'postpone' dahulu entri kami seperti yang ditulis di laman blog GELOMBANG KICK:
#Untuk makluman juga, difahamkan pembongkaran mengenai individu, bukti dan maklumat berkaitan mungkin tertangguh seketika bagi menghormati permintaan Datuk Hanafi Mamat yaitu Bendahari Umno Kelantan yang berjanji akan menyiasat dan cuba menyelesaikan masalah ini. Terima kasih diatas keprihatinan beliau terhadap nasib mangsa-mangsa terbabit. Jika beginilah tahap kecaknaan yang ada pada diri Datuk Hanafi Mamat, maka beliau mesti dipertahankan untuk terus menjadi nakhoda Umno Bahagian Pasir Mas, supaya 'transformasi' didalam Umno dapat dipacu oleh pemimpin yang benar-benar mempunyai kewibawaan seperti beliau... Anda Mampu Mengubahnya.

Tapi disebabkan mahu menuntut hak kami. Saya telah dedahkan siapa manusia itu. Beliau adalah Eizwan bin Abdullah. Ada ura-ura mengatakan bahawa kegiatannya mengencing orang telah kantoi ditangan Tok Pa, dan beliau telah dipecat daripada menjadi Pegawai Media kepada Tok Pa. Berita ini saya dapat ketika Post Mortem PRU-13 bersama Tok Pa di Sutera Inn Hotel, Kota Bharu.

Seperti apa yang kami mahu tuntut ialah:
1. Penjelasan wang sebanyak RM30,000 yang telah dapat ketangan dia, tetapi tidak tahu kemana wang itu pergi.2. Kemana pergi semua gadget-gadget yang dia telah beli menggunakan wang Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.
3.Elaun yang dijanjikan
Sejak selepas PRU-13, dia tidak pernah memberi respon kepada panggilan telefon atau SMS daripada pihak kami. Seminggu sebelum PRU, berlaku sedikit perbalahan di Whatsapp Group tentang hal ini, tetapi dia telah declare untuk bayar elaun kami selepas PRU. Last2, habuk pun takda!
Next entri saya akan pastikan semua bukti hitam putih akan didedahkan di blog saya.

IKUTI KISAH DARIPADA MANGSANYA YANG LAIN:
KAKI RAYAU KB:
KELATE TODAY:
_______
______


P/S: Inilah sifat semulajadi manusia, pantang tengok wang. 

BACA PENDEDAHAN SELANJUTNYA DI BLOG Tentera Maya

Friday, 2 August 2013

INI SALAH UMNO KELANTAN ATAU BEKAS KETUA JENTERA SIBERNYA?


Pendedahan siri 1 dan 2 yang dibuat oleh beberapa buah blog team Kelantan Cyber Warriors (KCW) yang dilaporkan telah menjadi mangsa virus 'kencing tikus' difahamkan akan memasuki siri yang keseterusnya dimana pendedahan lebih terperinci akan dipertaruhkan oleh mereka. Pendedahan terbaru dibuat oleh anak kelahiran Johor yang merupakan salah seorang penulis di blog 'KelateToday' yang turut membantu jentera cyber BN Kelantan pada PRU 13 yang lalu. Antara luahannya seperti berikut:

Jika sebelum ini kami selaku orang luar sering terfikir kenapa Barisan Nasional begitu sukar untuk mengambil alih pentadbiran daripada Pas Kelantan, namun kini kami sudah punyai jawapan dari apa yang pernah kami fikirkan itu, dan anda semua usah berasa hairan dengan situasi berkenaan kerana sampai bila-bila pun BN tidak akan mampu untuk tawan negeri Kelantan jika masalah penyelewengan seperti yang berlaku sebelumnya itu gagal diselesaikan.

Pengalaman kami di Kelantan sangat mendukacitakan, mungkin jika lebih lama lagi menetap disana dan berhadapan pula dengan sikap beberapa kerat sebagaimana individu yang diamanahkan untuk menjaga team media ini, tidak mustahil kami juga akan menjadi antara salah seorang dari penyokong Pas.

http://kakirayaukb.blogspot.com/2013/08/part-ii-kantoi-jogho-malaysia-yang.html?m=1

http://gelombangkick.blogspot.com/2013/08/lihat-kenapa-anak-johor-kata-jika-lebih.html?m=1

http://tenteramaya.blogspot.com/2013/08/sedih-luahan-hati-blogger-teraniaya.html?m=1

Wednesday, 30 January 2013

#TukarKelantan : Husam Musa menipu sejak tahun 1992 berkenaan penemuan minyak?!?


Cerita mengenai penemuan minyak di Kelantan telah dimulakan oleh Husam Musa sejak tahun 1992 lagi. 

Tajuk Harakah "Minyak Ditemui Di Pantai Kelantan" bertarikh 28 Ogos 1992 ini adalah tulisan Husam Musa sendiri. Katanya minyak ditemui di pantai Kelantan tetapi Blok PM 3 berada 103 km di tengah laut. Kawasan itu adalah kawasan yang terlibat dengan tuntutan bertindih VIETNAM. Hasil daripada perundingan KERAJAAN MALAYSIA dan VIETNAM maka wujudlah persefahaman pertukaran SURATCARA antara dua negara dan kawasan itu dinamakan CAA (Commercial Arangement Area). Jadi apa LOCUS STANDI KELANTAN untuk tuntut minyak yang didapati disini? Minyak bukan sahaja ditemui di luar perairan Kelantan malah ia juga di luar Wilayah Malaysia dan berada di ZON EKONOMI EKSLUSIF MALAYSIA... HOK MUDAH NI PON BULIH DIA GUNA UNTUK JAJA SENTIMEN ROYALTI...... Beratt laaa gini gakkk wehh!!

Kredit kepada Mat Jek. 


Saturday, 19 January 2013

#TukarKelantan : BN Kelantan Lancar Jentera Siber Hadapi #PRU13


Barisan Nasional (BN) Kelantan akan menggunakan sepenuhnya media sosial untuk memperjelas dan menjawab fitnah serta isu yang dibangkitkan pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yakin penggunaan media sosial dapat menarik pengundi terutama golongan muda dan terpelajar untuk memahami kedudukan sebenar politik semasa negara.

“Kita ada kira-kira dua bulan lagi, saya mahu bermula hari ini sehingga pilihan raya kita akan menggembleng tenaga secukupnya untuk menangkis fitnah yang dibawa oleh mereka,” katanya.

Mustapa berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kursus Simulasi Pilihan Raya dan melancarkan Jentera Siber Pemuda BN Kelantan di sini malam kelmarin.

Turut hadir ialah Pengerusi Unit Media Baharu (UMB), Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz.

Jentera Siber Pemuda BN merupakan program UMB yang dilancarkan di seluruh negara dan bermula di negeri Kelantan.

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?