Showing posts with label tolak pr. Show all posts
Showing posts with label tolak pr. Show all posts

Thursday, 4 April 2013

#TukarKelantan : Nik Aziz Perlu Perbetulkan Dirinya #BoLaWei


Adakah Nik Aziz ini Tuhan yang boleh menentukan dosa dan pahala seseorang melalui Parti Politik? Nampaknya Nik Aziz kini sudah semakin tersasar jauh dari landasan kebenaran.  

Adakah solatnya mendapat pahala? dimana dia mengesahkan solatnya mendapat pahala? Adakah dari dirinya sendiri? 


Adakah ini yang diajarkan oleh PAS? Nak bersolat melihat parti politik dahulu. Nampaknya sifat assabiyah menebal di dalam pengikut PAS sehingga "rela solat dalam tokong cina" daripada bersolat di dalam masjid bersama orang Islam yang lain.

Malam tadi, Nik Aziz sekali lagi mengajarkan perkara karut yang menjadi sebahagian daripada isi perut dan urat dagingnya. Katanya, orang UMNO kalau bersolat tak akan dapat pahala kerana UMNO mengamalkan dasar kebangsaan yang menolak Islam.



Dasar Kebangsaan tolak Islam?

Apakah yang Nik Aziz cuba maksudkan Islam itu sebagai PAS? Hakikatynya, PAS tidak pernah memperjuangkan Islam yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. , sebaliknya PAS hanyalah sebuah parti politik yang telah mempergunakan dan memperdagangkan Islam dengan harga yang amat murah iaitu sebuah kerusi politik untuk tempoh 5 tahun!

BACA DI SINI :

Taktik mengkafirkan UMNO dan mengislamkan PAS yang diamalkan oleh Nik Aziz sebenarnya amat menyerupai kaum Khawarij mengkafirkan sesiapa sahaja yang bukan daripada golongan mereka.

Islam apakah yang diajarkan oleh Nik Aziz? Dia sendiri cuba mengambil kerja Allah Taala dengan menentukan pahala dan dosa manusia lain. Apakah kerana dia menjadi Mursyidul Am PAS, maka dia bebas mengeluarkan kenyataan menyeleweng dan karut sebegitu rupa?

Seterusnya Nik Aziz cuba bercakap tentang IKHLAS. Katanya, kalau tidak ikhlas, tidak dapat pahala.

Sekali dengar, memang betullah cakapnya tu. Apa-apa amalan pun, perlu ikhlas dan wajib mengikhlaskan diri kepada Allah Taala. Tetapi dalam konteks dia sendiri sebagai orang politik, ikhlas sangatkah perjuangannya itu? Ikhlas sangatkah dia sehingga dia pernah mengeluarkan kenyataan 'akan terus bertanding dalam pilihanraya biarpun terpaksa berkerusi roda?' Ikhlaskah dia untuk menjadi wakil rakyat walaupun tahu dia sebenarnya tidak pernah peduli dengan masalah rakyat yang diwakilinya? Adakah amalannya akan diterima sekiranya dia MEMECAH AMANAH yang dia sendiri minta?

Apa sebenarnya tujuan PAS ditubuhkan? Ikhlaskah PAS dengan Islam sedangkan dalam banyak senario, PAS lebih kelihatan menjual Islam berbanding membela Islam?

Bukankah Nik Aziz merupakan orang yang paling kuat menentang penyatuan umat Islam di Malaysia daripada pelbagai fikrah termasuklah yang menjadi ahli PAS dan UMNO untuk duduk dalam satu saf? Bukankah dia yang paling kuat menyalak dan menyatakan bahawa selagi dia hidup, dia tidak akan bekerjasama dengan UMNO kerana UMNO pernah menendang PAS keluar dari Barisan Nasional walaupun hakikatnya, dia yang beria-ia mendesak agar PAS keluar dari Barisan Nasional sehingga mengadakan pakatan untuk menggulingkan Asri Muda?

Anda fikir-fikirkanlah.. Jom TUKAR!!

GELOMBANG MERAH
BN MERENTAH

Friday, 15 March 2013

#TukarKelantan : Demi Kepentingan Politik Peniaga Cina Diiktiraf , Tetapi Peniaga Melayu??




Para peniaga pasar malam di Parit Dalam, Kota Bharu, Kelantan berharap usaha mereka berniaga di situ lebih daripada 30 tahun diiktiraf oleh kerajaan negeri.


KOTA BHARU - Kira-kira 120 peniaga pasar malam di Parit Dalam berhampiran Pasar Siti Khadijah di sini, mendesak kerajaan Pas Kelantan mengiktiraf perniagaan mereka di kawasan berkenaan sebagaimana pengiktirafan diberikan kepada peniaga Cina di Jalan Kebun Sultan yang diangkat sebagai China Town.

Jalan Kebun Sultan diiktiraf sebagai China Town dan majlis perasmiannya disempurnakan dengan penuh gilang-gemilang oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Jumaat lalu.

Penasihat Persatuan Peniaga-peniaga Bumiputra Pasar Malam Parit Dalam (PPMPD), Nik Rashid Nik Ismail berkata, kerajaan negeri harus bersikap lebih adil dengan memberikan pengiktirafan sama kepada kawasan perniagaan pasar malam di Parit Dalam yang menempatkan peniaga-peniaga Melayu.

Ujarnya, perniagaan di Jalan Kebun Sultan yang diangkat sebagai China Town baru bertapak tidak sampai 10 tahun jika dibandingkan dengan kewujudan pasar malam di Parit Dalam yang berusia lebih 30 tahun.

"Mengapa China Town sahaja yang diiktiraf? Tindakan kerajaan negeri ini sangat keterlaluan. Ini hanya gimik politik mereka untuk menarik sokongan pengundi Cina terutamanya menjelang pilihan raya tidak lama lagi.

"Demi meraih undi Cina mereka sanggup membiarkan peniaga Melayu yang sudah berpuluh-puluh tahun mencari rezeki di kawasan ini terbiar dan seolah-olah mengemis di tempat sendiri.

"Anak Melayu jelas telah dianaktirikan dengan pengiktirafan China Town ini. Kami mahu pasar malam Parit Dalam juga diberi pengiktirafan yang sama," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Peniaga, Kamarudin Abu Bakar, 45 berkata, kerajaan negeri sepatutnya mengiktiraf kawasan ini dan segera memberi lesen kepada peniaga.
Katanya, peniaga terus dibiarkan berniaga tanpa lesen dan kesannya menyukarkan mereka melakukan urusan pinjaman bank dalam mengembangkan perniagaan.

"Sudah lebih 30 tahun pasar malam ini wujud dan menceriakan pusat bandar ini dengan kehadiran pelancong dan orang ramai. Mengapa di Jalan Kebun Sultan boleh diiktiraf sebagai China Town, sedangkan di kawasan ini hampir seratus peratus peniaganya adalah orang Melayu yang sudah berpuluh-puluh tahun menjalankan perniagaan," katanya.

-UTUSAN-

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?