Showing posts with label video. Show all posts
Showing posts with label video. Show all posts

Saturday, 23 February 2013

Video untuk Aktivis Jeming Hassan dan gerakan R - Royaktakreti


Aktivis Jeming Hassan yang juga merupakan penggerak NGO Royalti atau lebih sesuai dikenali sebagai Royaktakreti, semakin hari semakin biadap.

Terbaru, sebuah video yang menayangkan Jeming Hassan bercakap secara biadap dan merendah-rendahkan Dato Seri Mustapa Mohamed tersebar di Youtube.

Bukan main lagi Jeming mempersoalkan kredibiliti Tok Pa dan mempersoalkan bahawa Tok Pa belum wujud semasa perjanjian royalti. minyak dibuat. Namun, Jeming lupa bahawa dia sendiri juga belum wujud ketika itu.

Jadi mengapa Jeming perlu berlagak hebat seolah-olah dia lebih pakar berbanding Tok Pa dalam isu royalti? Jika Jeming bertanya siapa Tok Pa, sepatutnya rakyat Kelantan kembali bertanya "Siapa Jeming?".

Hakikatnya, gerakan R semakin hari semakin lemah dan tidak lagi mampu menarik perhatian rakyat. Oleh sebab itu, mereka melakukan aktiviti yang biadap untuk menimbulkan provokasi.

Mereka juga cuba menarik sokongan rakyat Kelantan dengan cara menyemai kebencian. Baru-baru ini, mereka menyebat patung Tok Pa dalam satu program yang tidak mendapat sambutan di Pasir Pekan.

Gerakan R biadap!

Sebuah video disediakan sebagai balasan kepada video biadap Jeming Hassan khusus untuk tontonan Jeming sendiri dan juga penyokong-penyokong gerakan Royaktakreti. Jom saksikan!


Tuesday, 12 February 2013

[VIDEO] : Merungkai misteri di belakang rumah Tuan Guru Nik Aziz?



Penyokong-penyokong PAS kerap kali berbangga dengan sifat zuhud yang ada pada pemimpin kesayangan mereka, Nik Aziz Nik Mat. Bukan sahaja kelakuan Nik Aziz yang mereka banggakan, malah tempat tinggal beliau juga sangat dibanggakan, kononnya pemimpin sanjungan mereka itu tinggal di rumah buruk seperti rakyat biasa.

Biasanya gambar rumah Nik Aziz yang terletak di Pulai Melaka ini akan dibandingkan dengan gambar rumah pemimpin-pemimpin BN bagi menunjukkan jurang perbezaan antara kedua-dua pemimpin. Maka mereka mula mendabik dada kononnya pemimpin mereka tidak mementingkan hal duniawa dan mengutamakan hal ukhrawi semata-mata.

Yang menjadi persoalan adalah mengapa cuma bahagian hadapan rumah Nik Aziz yang ditunjukkan? Apakah bangunan besar yang berada di belakang bahagian hadapan rumah seperti di dalam gambar di atas? Adakah di belakangnya ada sebuah istana yang begitu besar?




Baca lebih lanjut di sini.

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?