Ini adalah warkah daripada panglima merah yang selama ini kita junjung. Kini tiba masanya untuk kita zahirkan sokongan kita pada Barisan Nasional.
Sudah tiba masanya untuk kita lakukan perubahan di negeri Kelantan setelah 23 tahun kita didendang dengan janji-janji yang tidak kesampaian..
Sudah tiba masanya untuk kita serah pentadbiran di Kota Darulnaim kepada pihak yang lebih layak iaitu BN.
Sudah tiba masanya kita angkat Dato Pa sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru.
Usah banyak berfikir lagi. Jika tidak untuk kita, tentukan masa depan anak cucu kita cerah di bumi sendiri.
Semoga tiada lagi yang terpaksa merantau jauh ke negeri orang mencari rezeki dan menjauh negeri bumi sendiri.
Gelombang merah gelombang rakyat. BN merentah, Kelate berubah.
TUKAR!
Showing posts with label TOKPA. Show all posts
Showing posts with label TOKPA. Show all posts
Saturday, 4 May 2013
Wednesday, 3 April 2013
#TukarKelantan : Tahun TUKAR Kerajaan PAS Kelantan!
UMNO Kelantan yang dipimpin oleh Datuk Seri Mustapa Mohamed berkeyakinan tinggi bahawa Barisan Nasional akan berjaya memenangi kesemua kerusi yang dipertandingkan dalam pilihanraya umum ini.
Walaupun pembangkang telah lama berusaha untuk merosakkan minda rakyat agar membenci pemimpin Barisan Nasional, mereka tetap gagal untuk membohongi majoriti rakyat Kelantan yang berdiri teguh di belakang Barisan Nasional.
Strategi mereka yang menghina kepimpinan Barisan Nasional seolah-olah tidak ada satu pun kebaikan yang telah dinikmati oleh mereka dan anak-anak mereka membuatkan majoriti rakyat Kelantan merasa jelek dengan mereka.
Pada masa yang sama, UMNO Kelantan telah lama bersedia untuk menghadapi pilihanraya umum ini dengan mengadakan banyak aktiviti-aktiviti yang mendekatkan pemimpin UMNO dengan rakyat Kelantan dan memberi maklumat jelas kepada rakyat Kelantan.
Antara aktiviti yang banyak diperkatakan oleh rakyat Kelantan adalah Gerakan TUKAR. Mereka membawa mesej "Gelombang Merah" untuk menawan Kota Darul Naim.
"Gelombang Merah" telah banyak menenggelamkan pembangkang ditempat-tempat yang dilawati .
UMNO Kelantan percaya "Gelombang Merah" ini akan menjadi lebih hebat lagi mulai dari hari ini - iaitu menjadikan pilihanraya kali ini menjadi "Tahun TUKAR Kerajaan PAS Kelantan".
Agenda untuk menjadikan "Tahun TUKAR Kerajaan PAS Kelantan" ini bukan sahaja melemaskan pembangkang sehingga mereka tidak bermaya untuk memperbodohkan rakyat Kelantan, tetapi ia akan menghancurkan pembangkang dan menghanyutkan mereka keluar dari Kelantan.
UMNO Kelantan amat berharap rakyat Kelantan tidak diperbodohkan oleh dakwaan-dakwaan bahawa pembangkang mendapat sokongan yang padu di Semenanjung kerana sejak beberapa bulan ini, sudah nyata tanpa perlu bersuluh lagi bahawa ramai penyokong pembangkang telah meninggalkan mereka.
Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran 'hantu-hantu' ghaib yang mengisi tempat-tempat kosong ketika pembangkang sedang berceramah malahan menggunakan pengaruh Gerakan TUKAR untuk memenuhi ceramah.
UMNO Kelantan akan bekerja keras untuk memastikan kemenangan yang bergaya di Kelantan untuk Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tonton video 6 janji Tok Pa untuk rakyat Kelantan :-
Tonton video 6 janji Tok Pa untuk rakyat Kelantan :-
Gelombang Merah, BN Merentah! TUKAR Kerajaan PAS Demi Rakyat!
Subscribe to:
Posts (Atom)
CARI ARTIKEL LAMO
Hok Orang Ramai Baco!
-
Kata-kata Nasaruddin Daud berbaur hasutan berbunyi ; “Lebih malang tuan-tuan, gas di perairan Kelantan patut didaratkan di Pantai Senok...
-
Rakyat Kelantan nampaknya semakin menerima UMNO. Buktinya, lebih 5000 berhimpun di program Semarak Gelombang Merah di kubu kuat Nik Aziz...
-
Siapa tidak kenal Amy Search, artis terkenal di Malaysia. Satu ketika dahulu, arena politik negara pernah gempar apabila gambar Amy Searc...
-
Menurut kakitangan Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Setiausaha Agung PAS sering mengunjungi Hotel ***ANA untuk berbincang perkara penting. Se...
-
Diam tak diam, dalam kezuhudan yang ditonjolkan oleh Nik Aziz dan keluarga, Nik Aziz telah berjaya mengumpul sebegitu banyak harta. Ini ba...
-
Sokongan kepada Pas tidak terjejas walaupun bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan semua jawatan kerana faktor usia...
-
Persatuan Anak Muda Islam Malaysia (AMIM) amat berbesar hati dengan kesudian Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore menerima kunjunga...
-
Kerajaan PAS Kelantan kali ini terdesak menggunakan Majlis Daerah Kuala Krai untuk mencabut dan menanggalkan poster politik dan bendera...
-
Akibat pertengkaran berhubung isu politik yang berlarutan kepada pergaduhan kecil, seorang pemberita sambilan RTM Kelantan meninggal duni...
-
Report polis telah dibuat oleh Dato' Paduka Ibrahim Ali berhubung pendedahan pemilikan tanah Nik Aziz dan isterinya Tuan Sabariah yang ...
RAKAN BLOGGERS
BLOG GENG KEDAH
BLOG GENG W.PERSEKUTUAN
KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!
SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?




