Monday 25 November 2013

#HukumHudud PAS TETAP LAKSANAKAN HUDUD DI KELANTAN

Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
SHAH ALAM : Parti Islam Semalaysia (PAS) tetap dengan pendiriannya untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan walaupun mendapat tentangan hebat daripada sekutunya DAP.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, DAP tidak mempunyai hak untuk mencampuri urusan dan dasar parti itu walaupun wujudnya tahaluf siyasi antara mereka dalam pakatan pembangkang.
Tegasnya, asas hubungan politik yang dijalinkan bersama DAP tidak membataskan parti itu untuk melaksanakan undang-undang Islam tersebut di negeri Kelantan.

"Hak dia bersuara, hak kita meneruskan apa yang kita perjuangkan. Itu tak ada dalam perjanjian dalam Pakatan Rakyat. Masing-masing dengan ideologi masing-masing." -
Abdul Hadi Awang
 
"Kerjasama kita (Pakatan Rakyat) dalam perkara persamaan, dalam perkara perbezaan itu hak masing-masing," katanya pada sidang media selepas majlis penutup Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Stadium Shah Alam di sini.

Beliau mengulas mengenai rayuan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh terhadap PAS agar tidak meneruskan cadangan untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Karpal Singh
Menurut Karpal, kerajaan negeri dibawah pimpinan PAS tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan hukum hudud di negeri tersebut.

Katanya, DAP tetap tegas menentang pelaksanaan hudud dan cadangan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Sebelum ini media melaporkan mengenai kesediaan Mahkamah Syariah Kelantan untuk melaksanakan enakmen yang dibentuk pada tahun 1993 bila-bila masa sekiranya kerajaan negeri itu mahu menguatkuasakannya.

Persoalannya :

1.Bilakah kerajaan PAS negeri Kelantan mahu melaksanakan hukum HUDUD di negeri Kelantan? 

2.Adakah Kerajaan PAS Kelantan tidak bersedia untuk melaksanakan hukum HUDUD? 

3.Adakah kata-kata mereka hanya manis dimulut?

No comments:

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?