Thursday 18 July 2013

#PRKKualaBesut: @KhairyKJ INGATKAN JENTERA PARTI JANGAN ANGGAP DUN #N01KualaBesut SEBAGAI 'MAKANAN'!!


Jentera Pemuda BN diingatkan supaya tidak terlalu yakin menjelang Pilihan raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut Rabu depan.

Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, beliau mahu Pemuda tidak memandang mudah tentangan yang akan diberikan Pas bagi merebut kerusi tersebut.

"Jangan terlalu yakin sebab kempen Pas agak perlahan kerana ia tidak boleh dijadikan kayu ukuran.

“Jangan ingat pertandingan di sini mudah. Kita mahu pastikan segala persiapan yang dirancang dapat dilaksanakan,” katanya selepas Majlis Penyerahan Peralatan Sukan kepada 70 Ketua-Ketua Pemuda, Ketua Puteri Cawangan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini, hari ini.

Khairy yang juga merupakan Ketua Pemuda Umno turut mengingatkan supaya jentera Pemuda tidak menganggap Dun tersebut sebagai kubu kuat BN kerana masih panjang menjelang PRK.

“Jangan anggap ini kubu kuat BN hingga tidak turun ataupun laksana program.

"Kita ada banyak hari lagi dan kita tidak tahu lagi siapa daripada pembangkang yang akan datang hujung minggu ini" katanya.

Khairy menambah, beliau mahu momentum yang sedia ada diteruskan sehingga ke hari pengundian.

Menurutnya, beliau sudah mengarahkan jentera Pemuda untuk melipat-gandakan usaha bagi mendekati golongan muda.

"Jentera Pemuda perlu melihat setiap lokaliti untuk mengesan mereka (golongan muda).

"Kita jalankan kerja secara terperinci untuk memaksimakan pengundi muda," katanya. - BLOG RASMI PRK KUALA BESUT

No comments:

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?