Friday 3 May 2013
#PRU13 : PAS Sedia Jadi Pembangkang Di Kelantan #TukarKelantan #BoLaWei #GelombangMerah
DETIK perubahan di negeri Kelantan saban hari kian terasa bahang kehangatannya apabila kempen Gelombang Merah yang dipelopori UMNO ternyata memberi kesan besar dalam meranapkan banyak kubu PAS di negeri ini.
Semarak kebangkitan itu bagaikan menyelinap ke setiap kampung, pekan dan bandar sehinggakan kerap kali menyebabkan pemimpin PAS hilang punca sampaikan sering kali hiruk-piruk mesyuarat dalaman PAS dibuatnya.
Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan inilah julung kalinya UMNO dan BN Kelantan benar-benar serius dan pemimpinnya saling bahu membahu bekerjasama untuk menumbangkan PAS setelah lebih dua dekad Kelantan dikuasai PAS.
Berdasarkan laporan mutakhir menunjukkan trend sokongan rakyat negeri ini semakin memihak kepada BN. Jelas sekali angin perubahan semakin dirasakan sedangkan di masa yang sama PAS masih lagi terkial-kial untuk memperkukuhkan semula kubunya.
Kawasan putih untuk BN makin berkembang menandakan peluang BN untuk menang di sekurang-kurangnya 23 kerusi DUN dan 8 Parlimen pasti menjadi kenyataan.
Sekiranya tiada aral melintang dan jentera kempen BN terus bertenaga seperti sekarang atau digandakan lagi, berkemungkinan angka penguasaan BN dijangkakan mampu mencecah 31 DUN dan 9 Parlimen sekali gus menguasai kembali negeri itu dengan penuh bergaya.
Andai itu menjadi realiti, maknanya pada malam keputusan undi diumumkan, Kelantan bakal mendapat seorang Menteri Besar yang baru.
Siapa lagi jika bukan Datuk Mustapha Mohamad yang dijangkakan tidak bermasalah untuk menewaskan PAS di DUN Air Lanas di samping mengekalkan kembali penguasaan UMNO di kerusi Parlimen Jeli.
Ini juga bermaksud, tanggal 5 Mei 2013 bakal menjadi hari terakhir Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai MB Kelantan selepas hampir 23 tahun berada di kerusi empuk itu. - BISWARDIHASBI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
CARI ARTIKEL LAMO
Hok Orang Ramai Baco!
-
Penulis terdetik untuk mengetahui adakah batu asas Jambatan Palekbang masih wujud setelah sekian lamanya ia ibarat menjadi tugu di s...
-
Menurut kakitangan Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Setiausaha Agung PAS sering mengunjungi Hotel ***ANA untuk berbincang perkara penting. Se...
-
Siapa tidak kenal Amy Search, artis terkenal di Malaysia. Satu ketika dahulu, arena politik negara pernah gempar apabila gambar Amy Searc...
-
Rakyat Kelantan nampaknya semakin menerima UMNO. Buktinya, lebih 5000 berhimpun di program Semarak Gelombang Merah di kubu kuat Nik Aziz...
-
Seingat penulis video amoi ini dikeluarkan ketika kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak, video amatur tanpa kamera yang canggih ini sedikit ...
-
Sebelum ini beberapa sahabat penulis melontarkan persoalan siapakah yang bakal diketengahkan oleh barisan Pemuda UMNO Negeri Kelantan se...
-
Muzik kuat, pergaulan bebas, wanita dan lelaki tanpa segan-silu menari di khayalak ramai itulah yang berlaku di Pulai Melaka, di mana lok...
-
Lebuhraya Rakyat yang diumumkan oleh kerajaan PAS Kelantan telah dirasmikan batu asasnya pada 28 Mei 2012. Perasmian majlis pecah ...
-
Seperti yang dijangka, Pakatan Pembangkang terus bertelegah sesama sendiri dan berebut kerusi. Pilihanraya umum ke 13 kali ini bakal me...
-
Rakyat Kelantan yang mengundi di N42 DUN Dabong diseru supaya memilih Dato Ramzi Abdul Rahman dari Barisan Nasional sebagai wakil rakyat....
ARTIKEL HOK SEBELUM NIE
-
▼
2013
(260)
-
▼
May
(10)
- Rakyat Kelate Tetap Pilih PAS Walaupun Nik Aziz Ma...
- #TukarKelantan #PRU13 : TERKINI! BN mendahului di ...
- #TukarKelantan : Warkah Dari Tok Pa
- #TukarKelantan : 57 faedah buat rakyat Kelantan ji...
- #TukarKelantan : PAS Kelantan Seludup Pengundi Dua...
- #TukarKelantan : 7 tanda kebangkitan rakyat Kelant...
- [VIDEO] N42 DUN Dabong : Dato Ramzi harapan rakyat...
- #PRU13 : PAS Sedia Jadi Pembangkang Di Kelantan #T...
- Bapa Saiful ubah kenyataan, nafi anaknya mangsa ko...
- #PRU13 : Danny X-Factor dan Syed Kamaruzzaman baka...
-
▼
May
(10)
No comments:
Post a Comment