Tuesday 29 January 2013

#TukarKelantan : 7 Janji PM @NajibRazak Di Kelantan Sudah Mula Diambil Tindakan. #JanjiDitepati


UMNO Kelantan sudah mengambil tindakan susulan bagi merealisasikan tujuh projek utama yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika lawatan ke Kelantan baru-baru ini.

Pengerusi Badan Perhubungannya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, antara tindakan awal dilakukan ialah mengenal pasti tapak untuk pembinaan projek perumahan rakyat dan pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM).
“Beberapa janji dibuat Perdana Menteri sudah pun kita mula ambil tindakan umpamanya tapak untuk membina 1,000 rumah rakyat membabitkan 2.4 hektar tanah sudah dikenal pasti termasuk peruntukan dan insya-Allah akan dilaksanakan.

“Untuk UiTM pula, 5.6 hektar sudah pun ada tanahnya dan sedang dirunding harganya dengan tuan tanah tersebut, jadi tindakan sudah diambil,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Bantuan Awal Persekolahan RM100 Tahun 2013 di Sekolah Menengah Kebangsaan Air Lanas di sini hari ini.

Najib semasa melancarkan Program Jelajah Janji Ditepati peringkat Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, Kota Bharu pada 20 Januari lalu, mengumumkan tujuh projek besar untuk memajukan Kelantan.

Antara janji itu adalah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, membina masjid terbesar yang bakal menjadi ikon di negeri ini, stadium baharu, 3,000 unit perumahan rakyat dan pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu.

Mengenai cadangan pembinaan lebuh raya itu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata perbincangan awal dengan Jabatan Kerja Raya dan Unit Perancang Ekonomi akan diadakan minggu ini.
“Ia tidak ada kaitan dengan pilihan raya. Bukan makna kita menang pilihan raya baru nak buat ini semua. Segala perancangan telah kita buat lebih awal,” katanya.

Bagaimanapun katanya pembinaan masjid dan stadium memerlukan sedikit masa untuk diperhalusi kerana ia memerlukan kajian mendalam dan perlu dibina di atas tapak yang sesuai.

Sementara itu, Mustapa yang menyelar dakwaan pihak pembangkang bahawa janji Najib itu dibuat semata-mata kerana hampirnya pilihan raya berkata, kerajaan pusat tidak pernah menganaktirikan Kelantan, sebaliknya sentiasa merancang pelbagai projek pembangunan meskipun ia diperintah PAS.

“Mereka (PAS) akan menafikan segala-galanya apa yang kita buat. Universiti Kelantan itu bukan janji, Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua itu bukan janji tetapi semuanya kita buat.

“PAS jangan tipu rakyat. Nak kutip derma buat lebuh raya jangan tipu, mana lebuh rayanya, mana dia stadium. Projek Lembah Sireh rakyat ditipu,” katanya. - MyNewsHub

No comments:

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?