Showing posts with label rebut kerusi. Show all posts
Showing posts with label rebut kerusi. Show all posts

Sunday, 21 April 2013

#GE13 #PRU13 : Pakatan Pembangkang bertembung sesama sendiri di 7 kerusi


Seperti yang dijangka, Pakatan Pembangkang terus bertelegah sesama sendiri dan berebut kerusi.

Pilihanraya umum ke 13 kali ini bakal menyaksikan Pakatan Pembangkang bertembung sesama sendiri di 7 kerusi yang melibatkan 1 kerusi parlimen dan 6 kerusi dewan undangan negeri.

Berikut merupakan senarai DUN/Parlimen yang melibatkan pertembungan antara PKR, PAS dan BN serta BEBAS.

Sungai Acheh, Pulau Pinang
Badrul Hisham Shaharin (PKR)
Mohd Yusni Mat Piah (PAS)
Datuk Mahmud Zakaria (BN)

Kota Damansara, Selangor
Ridzuan Ismail (PAS) 
Mohd Nasir Hashim (PKR) 
Halimaton Saadiah Bohan (BN)
Halmi Omar (Bebas)
Edros Abdullah (Bebas) 
Suppiah Anandan (Bebas)

Labuan, Wilayah Persekutuan
Rosman Isli (BN)
Tan Sri Ibrahim Menudin (PKR)
Hadnan Mohamad (PAS)

Panti, Johor
Azlisham Azahar (PAS) 
Datuk Baderi Dasuki (BN)
Mohd Annuar Mohd Salleh (PKR) 

Seberang Takir, Terengganu
Datuk Ahmad Razif Abd Rahman (BN)
Zakaria Dagang (PAS)
Ahmad Nazri Mohd Yusof (PKR)

Kota Putera, Terengganu
Mohd Mahdi Musa (BN)
Adam Mat Said (PAS)
Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (PKR)

Bukit Besi, Terengganu
Roslan Ismail (PAS)
Roslee Daud (BN)
Mohd Shamsul Mat Amin (PKR)

Pertembungan sesama sendiri ini membuktikan bahawa Pakatan Pembangkang tidak pernah bersefahaman sesama mereka.

Bukan sahaja mempunyai 3 logo berbeza, malah mereka mempunyai 3 ideologi berbeza yang dilihat tidak dapat disatukan atas faktor perbezaan yang ketara.

Mana tidaknya, PAS kononnya memperjuangkan negara Islam walaupun telah ditukar kepada negara berkebajikan, PKR dan DAP pula dilihat lebih ke arah memperjuangkan negara sekular di mana rakyatnya diberi hak sama rata. 

Kegagalan mereka untuk mendaftarkan parti mereka di bawah satu logo juga merupakan petanda mereka sebenarnya tidak layak digelar 'Pakatan' kerana dilihat langsung tidak ada pakatan di antara mereka.

Dengan adanya pertembungan sesama sendiri melibatkan PKR dan DAP ini, InsyaAllah calon Barisan Nasional akan menang lebih mudah di kesemua 7 kerusi tersebut.

BN menang, rakyat senang!


Saturday, 13 April 2013

#PRU13 #GE13 : BN rapatkan barisan, PR sibuk berebut kerusi & bertelagah bersama sendiri!



Cerita mengenai konflik di kalangan parti komponen Pakatan Rakyat (PAS, PKR, DAP) sememangnya tidak dapat disangkal lagi oleh pimpinan-pimpinan mereka. Walaupun acapkali Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang mahupun Hadi Awang cuba ‘berfantasi’ dengan menunjukkan kemesraan di antara mereka, namun realitinya kita dapat lihat betapa konflik yang wujud itu sebenarnya sudah melangkaui tahap kritikal.

Manifestasinya adalah apabila sehingga kini pun, pertikaian berhubung pembahagian kerusi antara mereka masih wujud di mana mereka sendiri tidak menolak kebarangkalian untuk berlakunya pertarungan tiga penjuru di sesetengah kerusi. Tikam-menikam yang berlaku di Johor juga menguatkan lagi andaian betapa huru-haranya keadaan yang bakal wujud sekiranya mereka ditakdirkan membentuk kerajaan di peringkat persekutuan.

Lihat sahaja bagaimana Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng yang berhempas pulas mengangkat taraf PKR di negeri tersebut ‘diliwat’ oleh Kit Siang dan pimpinan DAP negeri. Sudahlah kerusi Gelang Patah yang diidamkan terpaksa dikorban, setelah diumumkan menjadi calon di Segamat, kena bantah lagi dengan DAP..Betapa bijak kita dapat lihat permainan DAP ini..Tak keterlaluan dikatakan PKR terutamanya Anwar, sudah kena ‘game’ dengan DAP.

Dua perkara tersebut sekadar gambaran betapa krisis di dalam Pakatan itu sangat kritikal sebenarnya. Menambahkan lagi parah parti-parti ini, krisis yang melanda sebenarnya bukan sekadar di kalangan tiga parti tersebut, bahkan konflik dalaman parti masing-masing juga tidak kurang hebatnya. Makanya, kalau dah sesama anggota parti pun berantakan, tak hairanlah jika suasana yang sama juga berlaku di antara ketiga-tiga parti ini.

Antara keretakan dalaman yang paling panas sekali dapat kita lihat adalah yang melibatkan pimpinan PAS Kedah iaitu di antara Menteri Besar, Azizan Razak dengan Exco kerajaan negeri, Phahrolrazi. Peperangan di antara puak penyokong Phahrolrazi dan Azizan Razak dikatakan sejak kebelakangan ini sudah semakin terbuka..sudah tiada rahsia lagi.

Dikhabarkan, selain daripada 11 kawasan kuat PAS yang membantah kedudukan Azizan sebagai Pesuruhjaya PAS negeri, bilik-bilik gerakan di luar kawasan kuat ini seperti Langkawi, Kuala Kedah dan Baling juga telah ditutup bagi menunjukkan protes terhadap beliau dan meminta agar PAS pusat segera campur tangan menanganinya sekiranya mahu mengelakkan jentera parti di kawasan-kawasan tersebut lumpuh pada pilihanraya nanti. Ia seterusnya akan menjejaskan usaha mereka untuk mempertahankan kuasa sebagai pentadbir negeri jelapang padi itu.

Memburukkan lagi keadaan apabila puak-puak yang menyokong Phahrol yang tidak sedar diri dan perasan bagus dengan mengisytiharkan dirinya bersedia menjadi Menteri Besar itu, dikatakan telah memulakan pemberontakan mereka terhadap Azizan. Difahamkan, ‘puak taksub Phahrol’ telah memacakkan bendera PAS berwarna hitam, bukan yang tradisinya berwarna hijau, sebagai tanda protes mereka terhadap kepimpinan Azizan. Malah difahamkan juga, di mana sahaja terdapatnya bendera PAS berwarna hitam, di situ juga terpampangnya kain rentang menolak Azizan sebagai Menteri Besar.

Berdasarkan maklumat sumber, situasi tersebut boleh dilihat di kawasan Sungai Limau dan sekitar parlimen Jerai di mana di kawasan tersebut terdapat banyak kain rentang dan bendera hitam PAS dinaikan. Malah puak pemberontak ini dikatakan akan memasang lebih banyak lagi bendera dank ain rentang di kawasan lain. Malah keadaan yang sama turut dapat dilihat di Baling.

Justeru, melihatkan keadaan ini persoalan yang timbul adalah bagaimana ia akan ditangani oleh pemimpin PAS Pusat? Tindakan bijak harus disegerakan atau risikonya adalah mereka akan kehilangan kuasa di negeri Kedah. Sesuatu yang pastinya tidak diingini mereka daripada berlaku.

Apapun cerita konflik PAS di Kedah ini hanya sekelumit bingkisan daripada puluhan, bahkan tidak keterlaluan dikatakan ratusan konflik dalaman yang cuba dinafikan pimpinan tertinggi Pakatan. Ini belum diselitkan lagi mengenai konflik dalaman DAP Johor yang menolak campur tangan ‘Lim Dynasty’ di negeri tersebut. Juga, jangan dilupa mengenai ahli Parlimen PKR yang ‘berhijrah’ beramai-ramai meninggalkan parti itu sedikit waktu dulu.

Keadaan ini nyata berbeza dengan harmoni yang wujud di dalam Barisan Nasional. Hubungan yang wujud di antara parti-parti komponen dilihat begitu jitu sekali di mana kesepakatan yang sejati telah benar-benar ditonjolkan. Perselisihan yang timbul diselesaikan secara profesional dengan tidak ada isu berbangkit selepas itu. Tidak seperti Pakatan yang mana boleh dikatakan hanya pimpinan tertingginya sahaja yang syok sendiri kononnya mencapai kata persetujuan sedangkan di peringkat akar umbi terus bercakaran.

Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah keadaannya kini boleh dikatakan sudah terbalik..Umno dan komponen lain BN yang dahulunya didakwa pembangkang sebagai terkenal dengan sikap tikam belakangnya, kini dilihat lebih bersatu padu berkat daripada dasar transformasi janaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Manakala di peringkat Pakatan pula, sejak ‘tsunami suam-suam kuku’ melanda landskap politik negara pada 2008, majoriti pemimpin mereka dari peringkat tertinggi hingga ke sekecik-kecik anak sudah dikuasai dengan sifat gila kuasa. Buruan utama mereka ketika ini hanyalah mahukan kuasa. Sejak 2008, hampir kesemua mereka ini ‘perasan’ yang diri mereka layak untuk bergelar YB..Lantas tidak hairan mengapa kini bunga-bunga tsunami bakal melanda mereka pula sudah kelihatan.

Thursday, 11 April 2013

#PRU13 #GE13 : Perang rebut kerusi PR makin tenat!



Nampaknya, semakin dekat pilihanraya, semakin ghairah berkempen, semakin celaru Pakatan Rakyat jadinya. Hampir di semua negeri dan semua kawasan akan berlaku perebutan kerusi, ketidakpuasan hati dan sakit hati.

Di Kedah, DAP telah diketepikan oleh PAS.  Di Perlis, PKR telah dipermainkan oleh PAS. Di Johor, DAP telah mengenepikan DAP sendiri dan juga PKR. Di Selangor dan Pahang, PKR bermain tolak-tolak sesama sendiri. Di Terengganu PAS dan PKR berhempas pulas menepis dan menekan sesama sendiri.   Di Perak, kita menyaksikan ‘pertandingan pencak-silat kalah maki’ antara DAP-PKR, DAP-PAS, PKR-PAS. Di Negeri Sembilan pula berlaku ‘perebutan tiga penjuru’ di beberapa tempat.  

Apa yang berlaku membuktikan bahawa Pakatan Rakyat tidak mempunyai susunan hierarki kepimpinan yang jelas mahupun sifat setiakawan yang ikhlas. Malah, sifat hormat-menghormati sesama sendiri, termasuk sesama pemimpin parti sekutu juga tidak ada langsung.  

Mungkin kerana terlalu sangat mempromosi sikap tidak menghormati dan suka menghina orang lain, maka akhirnya apa yang diterapkan oleh PR itu kini berbalik kepada diri mereka sendiri di mana tiada siapa lagi yang menghormati mereka.

Maka kerana itu, kita melihat pilihan Anwar diboo oleh penyokongnya sendiri. Pilihan Lim Kit Siang dicemuh penyokong sendiri sehingga membawa kepada perletakan jawatan.  

Mungkin hanya penyokong PAS masih mempunyai rasa hormat kepada pemimpin sendiri tetapi jelas mereka juga tidak hormat kepada pemimpin PKR dan DAP kerana DAP dan PKR tidak pernah menghormati pemimpin mereka.

Dalam keadaan di mana ‘carta aliran’ kuasa di dalam pakatan tidak dapat dipastikan, bagaimana PR begitu yakin yang mereka mampu memerintah negara?   Bayangkanlah, ini baru soal calon dan kerusi, belum lagi soal prinsip, halatuju dan ekonomi.  

Kita pasti, jika PR menang maka isu hudud, isu salon, arak, judi, murtad, Kalimah Allah, semuanya akan dibangkitkan kembali kerana isu-isu ini, pada hakikatnya tidak pernah selesai.  Pada ketika itu, apa agaknya akan terjadi kepada negara kita?

Mungkin DAP yakin akan dapat mengawal keadaan kerana PAS selama ini hanya memilih untuk mengalah, tetapi apakah jaminan yang PAS akan mengambil sikap yang sama sekiranya benar-benar beroleh kuasa?  Sedangkan, dihari-hari terakhir sebelum pilihanraya ini PAS sudah membuat percubaan untuk menjadi dominan dengan memastikan parti itu bertanding kerusi paling banyak.  

Mungkin juga DAP tidak mengambil kisah tentang berapa banyak kerusi PAS bertanding kerana dahulu pun PAS bertanding lebih banyak dari DAP tetapi kemenangan yang dicatat tetap kurang dari DAP.  

Namun, ini bukan petanda yang DAP harus mengambil mudah sikap emosional dan tidak rasional penyokong PAS yang benar-benar percaya bahawa perjuangan mereka menubuhkan Negara Islam adalah jihad. Ingatlah, bahawa mereka ini telah membuktikan bahawa mereka sanggup menelan dan melakukan apa saja yang ‘difatwakan’ oleh pemimpin mereka.

Lihat sahaja bagaimana dahulu mereka menganggap DAP sebagai kafir harbi, tetapi sebaik sahaja pemimpin mereka memeluk Lim Kit Siang, secara automatik DAP menjadi lebih Islam dari UMNO. Atau lihat sahaja bagaimana mereka mengkafirkan undang-undang Malaysia, tetapi sejurus selepas bersalaman dengan Karpal Singh, secara automatik undang-undang yang sama menjadi ‘cukup Islam’ untuk terus dipertahankan. Dan lihat sahaja bagaimana mereka sanggup mengambil risiko ke atas masa depan, keselamatan dan nyawa mereka, termasuk isteri dan anak-anak kecil mereka yang diheret untuk berdemonstrasi hanya kerana Ulama mereka menyatakan bahawa demonstrasi itu adalah jihad.

Justeru, tidak wajar kita melihat perang berebut kerusi di dalam PR ini sebagai perkara ringan.  Sesungguhnya, ini adalah petunjuk awal akan keadaan dalam Parlimen dan dalam negara sekiranya parti mereka memerintah. Kita juga sekali-kali tidak boleh mengenepikan kemungkinan perang antara agama akan turut berlaku di bawah pemerintahan PR.  

Sengaja penulis tidak membincangkan tentang kedudukan PKR dalam senario krisis pemerintahan PR, kerana setakat hari ini, PKR sebenarnya sudah tidak relevan lagi. Ini kerana tiada siapa lagi yang mendengar arahan dan kata-kata Anwar. Malah, pengumuman Anwar bahawa isterinya yang juga Presiden Parti, iaitu Wan Azizah tidak akan bertanding dalam PRU kali ini juga, telah disanggah oleh anaknya sendiri.  

Inilah yang terjadi apabila antara Ketua Umum dan Presiden serta Naib Presiden yang merupakan suami isteri dan anak-beranak juga turut tidak dapat menghormati sesama sendiri.

Hakikat penting yang perlu penyokong PR terima ialah, Anwar bukanlah bakal Perdana Menteri kerana PAS akan memastikannya begitu. PAS tahu bahawa jika Anwar tidak mampu mengawal nafsu sendiri, bagaimana beliau boleh mengawal parti dan negara? Jika DAP dan PKR tetap bertegas inginkan Anwar maka bersedialah kita untuk menyaksikan perang besar di dalam kerajaan PR.  

Adalah mustahil untuk PR mentadbir negara tanpa ketua yang pasti dan tanpa susunan pentadbiran yang jelas. PR seharusnya menyelesaikan perkara asas ini terlebih dahulu dan bukannya menikam belakang sesama sendiri dalam menghadapi pilihanraya.  

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?