Showing posts with label br1m. Show all posts
Showing posts with label br1m. Show all posts

Saturday, 2 March 2013

#TukarKelantan : Lebih 60,000 bersama YAB TPM di Kelantan mahu TUKAR!



Lawatan kerja YAB TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi disambut meriah oleh rakyat Kelantan semalam (1 Mac 2013). Ini adalah lawatan kali kedua beliau ke Kelantan selepas melawat Kelantan pada 31 Januari yang lepas.

Lawatan kerja YAB TPM semalam bermula dengan Majlis Himpunan Rakyat 1 Malaysia di RTC Tunjung di sebelah pagi. Di sana, Tan Sri Muhyiddin turut menyampaikan BR1M kepada rakyat. Lebih 30,000 hadir di RTC Tunjung dan menyatakan sokongan untuk tukar kerajaan PAS Kelantan.

VVIP yang turut bersama YAB TPM
Penyampaian Bantuan Rakyat 1 Malaysia
Lebih 30,000 hadir di RTC Tunjung

Selepas itu, Tan Sri Muhyiddin menunaikan solat Jumaat di Masjid Mukim Aril, Melor. Rakyat tidak melepaskan peluang untuk bertemu dengan Tan Sri Muhyiddin dengan lebih dekat.

Tan Sri Muhyiddin bermurah hati untuk memberi peruntukan sebanyak RM 300,000 untuk membaik pulih bumbung Masjid Aril, Melor.

TPM bersalaman dengan rakyat di Masjid Mukim Aril, Melor

Beliau juga bersama rakyat dalam Majlis Jamuan Rakyat Bersama TPM di Kg. Tegayong Melor. Kira-kira 3000 orang hadir untuk menjamu selera bersama YAB TPM.

TPM diiringi Dato Seri Mustapa Mohamed dan Tan Sri Annuar Musa di Melor

Selepas selesai majlis di Melor, Tan Sri Muhyiddin ke Kompleks Kebudayaan Tanjung Chat untuk bersama dengan lebih 20,000 rakyat. 

Ketibaan TPM disambut dengan laungan "Tukar" dan "Gelombang merah" oleh ribuan anak-anak muda. 

TPM tiba diiringi Dato Seri Mustapa Mohamed, Dato Dr. Awang Adek dan Dato Hj. Hanafi Mamat
Kompleks Kebudayaan Tanjung Chat sesak!
Orang ramai memenuhi setiap ruang
TPM disambut meriah oleh ribuan hadirin
Rakyat Kelantan bersatu hati melaungkan 'Tukar!'

Dalam ucapannya, TPM mengingatkan rakyat Kelantan mengenai 7 janji-janji yang disebut oleh YAB PM, Dato Seri Najib Razak sewaktu lawatannya ke Kelantan sebelum ini. 

7 janji-janji tersebut adalah membina Lebuhraya Kuala Krai-Kota Bharu, membina stadium baru, mengatasi masalah air, membina 3,000 rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA), membina UiTM bandar Kota Bharu, membina masjid negeri bernilai kira-kira RM50 juta dan menyediakan perkhidmatan bas Rapid Kota Bharu.

VVIP yang hadir
Tok Pa seru anak-anak muda untuk TUKAR
TPM berucap penuh semangat!

TPM juga berkata Barisan Nasional kini dalam peringkat akhir menyiapkan manifesto pilihan raya umum ke-13 dan ia akan diumumkan kepada rakyat selepas Parlimen dibubarkan. Tambahnya lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang meneliti beberapa perkara secara terperinci sebelum manifesto itu disiapkan sebelum perbincangan akhir diadakan dengan semua ketua parti komponen BN untuk mendapatkan input tambahan.

Beliau juga mahu rakyat membuat perbandingan antara manifesto BN dan manifesto PR. Kata beliau, rakyat boleh menilai dan antara yang diperjuangkan PAS ialah untuk menegakkan hukum hudud dan manifesto tersebut tidak disebut.

Kata TPM lagi, manifesto-manifesto PR dilihat tidak realistik kerana mereka langsung tidak menyebut dari mana sumber kewangan yang akan digunakan untuk melaksanakan segala janji yang mereka taburkan. Negara juga boleh muflis jika semua janji PR itu dilaksanakan. 

Tan Sri Muhyiddin juga sempat meluangkan masa untuk menjamu selera bersama wakil-wakil kumpulan strategik sebelum berangkat pulang ke ibu negara.

Pendikir tersohor Kelantan, Jali turut bersama TPM
TPM menjamu selera bersama rakyat
TPM  Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tok Pa dan bersama Pengerusi TUKAR, Kamarudin Kassim

Video : 

Thursday, 21 February 2013

Nik Aziz umpamakan penerima BR1M seperti haiwan?



Ketika jutaan rakyat Malaysia bergembira dan bersyukur menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) daripada kerajaan, Utusan Malaysia hari ini melaporkan Nik Aziz semalam mengumpamakan penerima BR1M seperti haiwan.

Utusan Malaysia melaporkan Nik Aziz berkata pemberian BR1M seperti memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu. Menurutnya lagi, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari.

Beliau juga berkata pemberian wang ringgit adalah salah di sisi Islam kerana ajaran Islam yang sebenar adalah memberikan ilmu kepada manusia.


Wahai Nik Abdul Aziz Nik Mat, jika pemberian wang ringgit adalah salah di sisi Islam, atas dasar apa kamu memberikan wang kepada pengundi orang asli sewaktu Pilihanraya Kecil DUN Galas?


Wahai Nik Abdul Aziz Nik Mat, jika penerima BR1M adalah umpama haiwan, adakah bekas ADUN PAS DUN Kuala Balah, Ustaz Jak yang turut menerima BR1M ini juga seperti haiwan?


Wahai Nik Abdul Aziz Nik Mat, jika penerima BR1M adalah umpama haiwan, adakah peserta-peserta Bersih yang kamu beri wang untuk berhimpun dulu yang turut menerima BR1M seperti haiwan?


Hakikat yang perlu disedari, 300,000 rakyat Kelantan menerima BR1M 2.0. 114,000 anak muda Kelantan menerima BR1M Orang Muda, menjadikan 414,000 jumlah penerima bantuan secara keseluruhan.

Jika purata 1 keluarga ada 4 orang (4 X 414,000 = 1,656,000 orang), maka 1.656 juta rakyat Kelantan adalah binatang. Rupanya yang mengundi Nik Aziz selama ini adalah binatang.

Kepada penerima BR1M, tidakkah anda terasa terhina dengan perumpamaan yang dikhabarkan dibuat oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat ini? Jika anda rasakan kenyataannya tidak wajar, maka sudah tiba masanya untuk anda katakan "Bo lah wei" pada Nik Aziz!


CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?