"Bo lah wei", satu mesej jelas daripada rakyat Kelantan kepada kepimpinan kerajaan negeri Kelantan. Rakyat Kelantan sudah cukup muak dengan corak pemerintahan PAS yang lebih mementingkan kepentingan politik mereka berbanding kepentingan rakyat.
Lagu "Bo lah wei" nyanyian Eddie Hamid ini telah dilancarkan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 17 Februari 2013 yang lepas sempena Himpunan Perdana Anak-anak Kelantan di Perantauan.
Lagu ini semakin mendapat perhatian rakyat Kelantan. Semakin ramai anak-anak Kelantan terutamanya yang merantau di negeri orang kini mula sedar untuk membuat perubahan di Kelantan.
Lirik lagu di bawah sememangnya dapat menimbulkan kesedaran dalam diri rakyat Kelantan.
Bo lah wei (3x)Bo lah wei (8x)Ore Kelate, mari kito renung, tilik dan pandeStaro mano nasib kito maso depe, kalu takdok perubaheLamo benar kito dok nati tengok tehe sobarOghe ramai puak demo tak hira, janji sokmo tiap penggalBo lah wei (8x)Dok acu cubo, sapa loni kito takdok gapo-gapoPerit sengoti sapa putih anok mato, baik kito alih rasoKalulah gini tokleh silap serupo dulu-dulu lagiToksir kena tipu acap-acap kali, pilihlah hok tunai janjiSerabuk dale perut kena tubik cari makeDemo ni sikit rabuk tok mikir ko ore KelateBuko paip air tengok-tengok air kuningJange key nak minum, nak mandi pun raso rusingBo lah wei (8x)Tok Pa : Adik kakok sekalian. Marilah kita satukan barisan, sama-sama buat perubahan untuk masa depan yang cemerlang. Berilah peluang kepada kami membuat jasa dan bakti. Janji akan tetap kita tepati demi Darulnaim yang dicintai.Habis bukit bukau demo sodok demo jualSapa ke Ladang Rakyat demo kutip demo gadaDengar pulok khabar demo gomo tanah bandarOghe muda sesal pade bola pun demo gahaSapa sudoh tiko kito bangun bangkit asalPakat kito kira hok lama kito tukarBuat perubahe lebih molek lebih comelSupo tempat oghe, anak cucu pun tupey seneyBo lah wei (8x)Bo lah wei (8x)
Sama-sama kita hayati dan sebarkan lagu ini. Insyaallah perubahan akan berlaku di negeri Kelantan.
Gelombang merah, BN merentah, Kelate berubah!
