Tuesday, 9 April 2013

#TukarKelantan #GE13 : Mana asasnya segala tuduhan PAS dan Nik Aziz?


Undi Parti Yang Berbuat Baik Dapat Pahala – Nik Aziz

Apabila Nik Aziz sekali lagi meraban mengulang-ulang fatwa “undi PAS dapat pahala”, kelam-kabutlah jentera siber PAS menepisnya sebagai salah tafsir media. Menurut jentera siber PAS, Nik Aziz bukan bermaksud sedemikian secara langsung tetapi kata-katanya perlukan tafsiran mendalam dan luas tentang bagaimana undi PAS akan mendapat ganjaran pahala.

Bagi menerangkannya dengan lebih jelas, pihak PAS telah memaparkan kronologi tentang bagaimana undi PAS boleh membawa kepada pahala iaitu kerana kebaikan-kebaikan yang dilakukan oleh PAS. Kronologi ini disebarkan melalui internet bagi menjawab kritikan terhadap Nik Aziz.

Berikut adalah kebaikan-kebaikan PAS (seperti yang disenaraikan di dalam kronologi):

1. Meningkatkan kempen kerohanian, kempen solat, tutup aurat, qaryah Ramadhan (hakikatnya, pemimpin PAS sendiri begitu ramai terlibat dengan keruntuhan moral yang kronik serta menjijikkan)

2. Tidak mengeluarkan lesen judi (hakikatnya judi masih ada di Kelantan dengan alasan ia adalah hak bukan Islam)

3. Menukarkan transaksi kewangan negeri bagi menghapuskan unsur riba – (hakikatnya, PAS tidak pernah memperkenalkan sistem kewangan sendiri tetapi terkenal dengan menggelapkan wang saham Kohilal dan wang milik anak yatim Memali). 


Oleh kerana PAS berbuat semua kebaikan ini, maka mengundi PAS akan membawa kepada pahala. Begitulah penjelasan mereka.

Jika kita mengambil pendirian yang sama, iaitu mengundi sebuah parti yang berbuat kebaikan maka akan mendapat pahala, tentulah lebih banyak pahala yang kita akan dapat jika mengundi UMNO. Antara senarai kebaikan UMNO ialah:

1. Memberi berbagai kemudahan untuk meningkatkan pembelajaran agama dari segi kewangan dan pembangunan bagi melahirkan lebih ramai guru-guru agama serta agamawan yang berkualiti.

2. Membina prasarana sebagai platform untuk melaksanakan aktiviti kerohanian dan perkembangan syiar Islam.

3. Membina masjid, surau, madrasah dan sebagainya sebagai tapak pemantapan ibadah asas di kalangan masyarakat.

4. Menyeru kepada perpaduan ummah tanpa mengira parti.

5. Telah memperkenalkan perbankan Islam seawal tahun 1963. Perbankan Islam ialah perbankan yang berlandaskan undang-undang Islam (Syariah), iaitu fiqh muamalat (peraturan Islam dalam transaksi). Kesemua peraturan dan amalan di dalam fiqh muamalat berasal dari Al-Quran dan Al-Sunnah dan sumber undang-undang Islam sekunder yang lain seperti kesepakatan pendapat oleh ulama mujtahid tentang sesuatu hukum Syariah (ijma), menyamakan perkara baru yang tiada nas secara analogi (qiyas) dan hasil usaha daripada para mujtahid dalam merumuskan sesuatu hukum dan nilai melalui kaedah istinbat (ijtihad).

Ianya dilaksanakan pertama kali dengan tertubuhnya Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji (PWSBH). PWSBH telah ditubuhkan untuk dijadikan institusi bagi umat Islam membuat simpanan sebagai persediaan mengerjakan ibadat Haji ke tanah suci Mekah. Pada tahun 1969, PWSBH telah bergabung dengan Pejabat Urusan Haji bagi membentuk Lembaga Urusan dan Tabung Haji (kini dikenali sebagai Lembaga Tabung Haji).

6. Memperkenalkan sistem dan kemudahan canggih untuk umat Islam menunaikan ibadah haji dengan tertubuhnya Tabung Haji.

7. Memastikan rakyat mendapat keperluan asas serta sentiasa berusaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

8. Memastikan Islam dipertahankan sebagai agama rasmi di bawah jaminan perlembagaan.

9. Mewujudkan berbagai-bagai jabatan dan pertubuhan bagi memantau dan memberi panduan dalam hal-ehwal agama Islam.
10. Memastikan keamanan dan kedaulatan negara terjamin. 

Di atas hanyalah sebahagian dari kebaikan umum yang dilakukan oleh UMNO yang mana PAS langsung tidak mampu untuk menyainginya. Itu belum lagi diperbandingkan satu persatu isu yang timbul berkaitan agama yang menonjolkan bagaimana UMNO jauh lebih baik dari PAS, antaranya:

1. Isu Kalimah Allah – PAS pada 2010, begitu kuat membela DAP dan mendesak UMNO untuk meluluskan pengedaran terjemahan injil yang menggunakan kalimah Allah sebagai merujuk kepada Tuhan Kristian. Namun, hanya akhir-akhir ini PAS telah membuat U-turn yang mana membuatkan DAP dan PKR pening dengan sifat hipokrit dan flip-flop parti yang menggunakan nama Islam itu. Walaubagaimanapun, kerajaan UMNO berpendirian teguh menghalan pengedaran itu dan sehingga kini masih lagi menunggu rayuan di mahkamah agar menyekat penyebaran injil tersebut.

2. Isu Hudud – PAS dahulunya beria-ia ingin menjalankan hudud jika menang tetapi setelah bekerjasama dengan DAP, PAS telah menarik balik pendirian itu. Sejak itu, telah beberapa kali, termasuk di dalam Muktamar yang lepas, Hadi Awang dengan rasminya berikrar akan mempertahankan undang-undang sedia ada jika menang.

3. Isu LGBT – PAS sanggup berPerdana Menterikan Anwar Ibrahim yang tegas menyatakan pendirian bahawa undang-undang mengharamkan homoseksual adalah lapuk dan perlu ditukar.

4. Isu Murtad – PAS sanggup memecat Hasan Ali yang banyak berjasa kepada parti itu semata-mata tidak mahu menyinggung DAP yang terlibat secara langsung memurtadkan umat Islam dan juga PKR yang tegar memperjuangkan hak umat Islam untuk murtad.

5. Isu Negara Israel – PAS sanggup berPerdana Menterikan Anwar Ibrahim yang menyokong keselamatan negara Israel serta mengiktiraf Negara Israel dengan menandatangani ‘Annapolis Summit 2007’.
Selain membandingkan kebaikan, kita juga wajar membandingkan keburukan PAS dan UMNO untuk berlaku adil kepada diri sendiri dalam menentukan undi kita nanti. 

Keburukan UMNO yang sering dituduh PAS:

1. Korup
2. Tolak Islam
3. Kronisme
4. Nepotisme
5. Skandal wanita


Kita tidak ingin menafikan semua keburukan yang dituduh ke atas UMNO kerana kita berpegang kepada hakikat bahawa UMNO bukan maksum. Justeru, semua pemimpin UMNO yang terbukti bersalah dalam mana-mana tuduhan pasti akan didakwa, disiasat dan dikenakan hukuman setimpal. Tetapi, kita wajar melihat kepada keburukan PAS pula:

1. Korup – kes Ariffahmi, menantu Nik Aziz, kes tanah diberi pada DAP, kes ladang rakyat..dan lain-lain lagi.

2. Tolak Islam – berdasarkan senarai di atas serta hakikat bahawa PAS gemar menentang ajaran Islam yang menyeru kepada perpaduan ummah, melarang menghukum sesama manusia dengan hukum Allah SWT, melarang bekerjasama dengan kafir harbi dan lain-lain lagi.
3. Kronisme – memberi jawatan dan projek kepada talibarut sendiri seperti apa yang berlaku di Kedah, Kulim Hi-tech Park, KUIN dan lain-lain

4. Nepotisme - menantu dan anak-anak Nik Aziz turut terlibat dalam politik dan memegang jawatan.

5. Skandal wanita – khalwat dan zina dengan isteri rakan-rakan sendiri bagaikan sudah menjadi trend bagi PAS. 


Berbeza dengan UMNO, PAS mengambil pendirian menafikan segala apa jua yang tertuduh ke atas pemimpin mereka walaupun mempunyai bukti yang kukuh. Malahan, orang-orang PAS di dalam jabatan yang bertanggungjawab juga sanggup mengubah bukti dan memberi keterangan palsu demi melepaskan pemimpin mereka. Jika ada yang terkantoi juga, maka Nik Aziz bersedia mengampunkan mereka, bagaikan seorang Padri Kristian.

Maka, jelaslah dari apa yang dibentangkan, bahawa kebaikan UMNO adalah jauh lebih banyak berbanding PAS. Namun, walaupun dituduh jahil, kafir atau murtad, UMNO tidak pernah mempermainkan hukum agama dalam berpolitik. UMNO tahu bahawa dosa pahala adalah urusan Allah SWT. dan dalam apa keadaan sekali pun, UMNO tidak akan sekali-kali mengambil alih tugas malaikat, jauh sekali tugas Allah SWT.

Apa yang UMNO tahu ialah menjalankan tugasnya sebagai sebuah parti politik yang memegang amanah memperkasakan ummah. Lebih dari itu, adalah terpulang kepada iman dan akal masing-masing untuk memilih parti mana dalam pilihanraya. 

2 comments:

Xpas said...

4 golongan yg mengaku umat Islam :
1. Bersegera berbuat kebaikan, sentiasa mendekatkan diri kpd Allah swt. Sgt sedikit berbuat dosa.
2. Golongan pertengahan, banyak berbuat kebaikan tp kerana kelemahan iman masih berbuat dosa, namun tidak menafikan bahkan mengakui dosa dosanya dan sentiasa bertaubat.
3. Golongan yg menzalimi diri sendiri, banyak berbuat dosa kurang pula berbuat kebaikan, sering lalai pula utk bertaubat. Namun tidak menolak kewajipan kewajipan agama.
4. Golongan munafik.
Rujuk tafsiran ayat ayat 100, 102, 102, 106 surah At Taubah, dan ayat ayat 29 - 37 surah Al Fathir,
Golongan manakah kita ? Renungkanlah!

Anonymous said...

aku tambah sikit...

renung-renungkan..selamat beramal...

-smh-

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

ARTIKEL HOK SEBELUM NIE

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?