Siapa tidak kenal Amy Search, artis terkenal di Malaysia. Satu ketika dahulu, arena politik negara pernah gempar apabila gambar Amy Search bersama Nik Aziz secara peribadi tersebar di internet.
Gambar Amy Search bersama Nik Aziz satu ketika dahulu |
Namun, pertemuan itu cuma sekadar pertemuan biasa. Walaupun pernah duduk bersama Nik Aziz secara peribadi, namun Amy Search tidak pernah bersama PAS. Sebaliknya, beliau membuat keputusan untuk menyertai UMNO bersama beberapa lagi rakan-rakan artis.
Amy Search bersama rakan-rakan artis menyerahkan borang keahlian UMNO |
Bukan sekadar pertemuan dengan Nik Aziz, malah Amy juga pernah meminta Nik Aziz untuk mencukur jambul anaknya satu ketika dahulu. Amy pandai membezakan agama dan politik. Baginya, Barisan Nasional adalah parti yang paling relevan di Malaysia.
Kini, Amy Search bukan sahaja bergelar ahli UMNO, malah turut menyokong usaha rakyat Kelantan untuk menukar kerajaan PAS Kelantan!
Beliau hadir memenuhi jemputan untuk membuat persembahan di program Sambutan Jelajah Budaya Anak Muda peringkat negeri Kelantan yang berlangsung jam 3 petang tadi bertempat di Sekolah Kebangsaan Othman Talib, Tendong, Pasir Mas.
Beliau sempat melaungkan 'Hidup BN, BN okay' di atas pentas. Tambahnya lagi, beliau tidak pernah membelakangi kerajaan Barisan Nasional sepanjang 30 tahun karier beliau dalam industri hiburan tanahair.
Program berkenaan mendapat sambutan rakyat Kelantan terutamanya anak-anak muda. Hampir 3000 orang hadir dan rata-ratanya hadir dengan semangat gelombang merah.
Anak-anak muda kebanyakannya mengharapkan perubahan besar berlaku di Kelantan demi masa hadapan mereka yang lebih terjamin. Mereka sangat memerlukan peluang pekerjaan dan pembangunan di negeri kelahiran mereka.
Gerakan TUKAR juga telah mengadakan kembara pada hari tersebut dan singgah di program berkenaan. Mereka sempat meluangkan masa di sana dan mengagihkan barangan-barangan seperti risalah, stiker, belon dan sebagainya.
Lihat gambar-gambar sekitar program tersebut.
10 comments:
Hebat..hebat, yang meraung biasanya rocker jer..tok guru tak pernah meraung pun. Apa2 pun terbaek untuk maklumat yang tak berapa baik nie.
T=Tolol
R=Romen
-smh-
yg atas skali tu taksub sgt ngan tok guru.Hhaa
nik aciss memg tak meraung,tp maki ko ore nyumpah ko ore takpo nik aciss maksum kae
hebakkk....ore kelate doh sedarr.... kito rama2 tolokk pahh
apa kena mengena amy search sokong tukar lak.. dia kan asal johor.. nak tukar kerajaan johor ke pembangkang ke?? hahahhaa
STUPIDDDDDDDD !!!!!!!
Nik Aziz , Kit Siang dan Najib berbince...Nik Aziz kata..Najib mu kafir, ambo tok leh berkawe dgn mu...Toke Kit Sie, kita berkerjosamo ye..Yang dok pasti kafir di tolok dan yg pasti sure kafir dio berkawe...Yusuf Qardawi menyatake dlm fatwa Awlawiyyat, pilihlah yang jelas dan pasti ditas yang tak pasti...itu hukum seperti rokaat solat...Nik Aziz sesat doh ni...ni hukum basic.
Sama2 kita berdoa semoga rakyat kelantan sedar...
Post a Comment