Showing posts with label 1 April 2013. Show all posts
Showing posts with label 1 April 2013. Show all posts

Monday, 1 April 2013

#TukarKelantan: Timbalan MB Kelantan Disaman RM1 Juta Kerana Fitnah Isu Tanah!!


Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) , Saudara Wan Khairul Ihsan Wan Muhamad telah menyerahkan Letter Of Demand (LOD) kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato Ahmad Yakob sewaktu berlangsungnya Sidang Media di Cafe Sutera Inn Prima.

TARIKH DAN MASA: 1 April 2013 @ 10 Pagi
TEMPAT: Sutera Inn Cafe, Hotel Sutera Inn Prima, Kota Bharu.

TUJUAN: Kerana Timbalan Menteri Besar Kelantan telah mengeluarkan kenyataan di dalam Sinar Harian (17/03/2013) yang menyatakan bahawa gambar yang disiarkan adalah hasil dari pencantuman 2 gambar yang berlainan tempat (superimpose) untuk mengelirukan rakyat.

TINDAKAN: Dato Ahmad Yakob juga diminta untuk memohon maaf di atas keceluparan dan beliau dituntut supaya membayar ganti rugi sebanyak RM1 juta di atas fitnah yang disebarkan yang menyebabkan reputasi dan kreadibiliti Wan Khairul Ihsan terjejas.

Saudara Wan Khairul Ihsan menunjukkan gambar yang dikatakan telah di 'Superimpose' untuk mengelirukan rakyat seperti yang didakwa Timbalan MB Kelantan.
Kenyataan oleh Saudara Wan Khairul Ihsan Wan Muhamad: 
"Dalam laporan tersebut, Ahmad menuduh saya telah mencantumkan dua gambar dari tempat berasingan untuk mengelirukan rakyat, sedangkan saya sudah jelaskan lebih awal bahawa gambar-gambar ini diambil menggunakan teknologi terkini dilengkapi sistem penentu kedudukan global (GPS) yang memberikan koordinat serta lokasi tepat setiap gambar kita rakamkan. 
Gambar ini juga telah diserahkan kepada pihak pakar untuk dianalisa berdasarkan kelengkapan yang kita gunakan. Untuk apa saya berbohong, ini adalah isu rakyat dan kita dedahkan kerana mahu kerajaan negeri mengambil tindakan secepat mungkin menyelesaikannya. Tanah adalah hak rakyat dan bukannya hak pemimpin Pas. 
Saya telah meminta pihak peguam supaya menghantar notis permohonan maaf kepada Ahmad, jika beliau enggan memohon maaf kita akan mengambil tindakan undang-undang kerana kenyataannya telah menyebabkan pandangan buruk rakyat negeri ini terutama rakan-rakan serta ahli keluarga terhadap saya, ia amat memberi kesan"

VIDEO KHAS UNTUK TATAPAN RAKYAT KELANTAN:

#TukarKelantan : 70 guru, pelajar pondok agama isytihar keluar PAS dan sertai UMNO


PASIR MAS 1 April - Sebanyak 70 anggota PAS yang terdiri daripada guru dan pelajar sebuah sekolah pondok di sini, malam tadi mengisytiharkan mereka keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO sebagai wadah perjuangan.

Bagi mereka tiada parti lain selain UMNO yang mampu memartabatkan sinar Islam selepas PAS gagal berbuat demikian sejak memerintah Kelantan pada 1990.

Selain itu bagi mereka lagi terlalu banyak janji palsu yang ditaburkan pemimpin PAS dan selama itu mereka melihat jasa kerajaan Pusat dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat benar-benar telah menambat hati.

Wakil guru dan pelajar pondok di Tal Tujuh di sini, Mohd Zaidi Shafie berkata budi UMNO dan kerajaan pusat dalam memartabatkan sinar Islam dan membantu rakyat telah menyebabkan mereka bertukar fikiran untuk keluar daripada PAS.

"Memang betul saya pengikut setia Tok Guru Nik Aziz (Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) dan selalu mengikut programnya. Apabila saya membuat perbandingan akhirnya kami sepakat PAS tidak boleh membela nasib kami dan tidak mampu memartabatkan Islam.

"Jasa kerajaan Barisan Nasional (BN) sangat besar terutama pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia dan banyak lagi.

"Ini telah membuka hati kami para guru dan pelajar pondok di sini dan kami yakin UMNO boleh membawa negara, bangsa dan agama ke tempat yang selayaknya," katanya pada majlis penyerahan borang keanggotaan UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat di Kampung Hutan Chengal, Tendong di sini malam tadi.

Mohd Zaidi berkata lebih menyedihkan PAS hanya pandai menabur janji namun tidak pernah ditunaikan demi rakyat di Kelantan.

Sementara itu Hanafi berkata keikhlasan guru dan pelajar pondok itu untuk menyertai UMNO bukan dipaksa oleh mana-mana pihak tetapi lahir daripada kehendak mereka sendiri.

"Saya jangka lebih ramai anggota PAS akan keluar parti dan menyertai UMNO.

Penyertaan guru dan pelajar sekolah pondok ini diharap dapat membuka mata anggota PAS untuk sama-sama berjuang dalam UMNO," katanya. - BERNAMA

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?