Saturday, 8 June 2013
Eloklah Anwar Ibrahim Boikot, Tunjukkan Pendirian Konsisten #BlackOut505 - @tunfaisal
KUALA LUMPUR: Sikap teragak-agak Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) untuk memulaukan majlis angkat sumpah di Parlimen telah mendapat kritikan daripada beberapa pemimpin Umno yang menyifatkan perkara tersebut sebagai ‘bukti hipokrit’ pembangkang.
Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pemuda Umno Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz berpendapat, PR seharusnya memulaukan majlis angkat sumpah tersebut jika benar mereka tidak menerima keputusan PRU13.
“Tidak adil lah... tempat yang dia kalah, dia tidak boleh terima... tempat yang dia menang, dia terima. Ini adalah mentaliti budak-budak yang kalah.
“Himpunan 505 yang dilakukan adalah bagi membantah perjalanan PRU serta ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Eloklah Anwar Ibrahim boikot bagi menunjukkan pendirian yang konsisten,” kata beliau ketika dihubungi Astro Awani.
Kata Tun Faisal, jika mereka meneruskan angkat sumpah tersebut ia bermakna mereka menerima keputusan PRU13.
Jelasnya, ia berbeza dengan petisyen yang dibuat oleh BN kerana petisyen itu dibuat bagi mencabar perjalanan pilihan raya yang telah diganggu oleh PR.
“Petisyen yang dibuat oleh BN tidak mempertikaikan ketelusan SPR atau pilihan raya tersebut,” tambahnya lagi.
Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menyifatkan keengganan PR memulaukan majlis angkat sumpah tersebut membukti bahawa tuduhan terdapat ‘penipuan’ dalam pilihan raya umum baru-baru ini hanyalah satu sandiwara.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata beliau pernah mencabar PR supaya memulaukan majlis tersebut sebagai bukti jika adanya ‘penipuan’.
“Itu bermakna tuduhan (yang mengatakan) SPR tak adil, PRU13 tipu hanya sandiwara. Saya pernah mencabar mereka dua minggu lepas agar boikot angkat sumpah MP bagi buktikan konon PRU13, SPR & Barisan Nasional (BN) tipu,” katanya dalam satu kiriman teks kepada Astro Awani.
Bagi Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan pula, beliau mengalu-alukan tindakan ahli-ahli DAP dan Pas yang telah menolak idea memulaukan majlis itu.
“Tindakan mereka untuk tidak memulaukan majlis di Parlimen harus dipuji. Tiba masanya untuk bergerak ke hadapan... apa jua dakwaan atau tuduhan berkaitan SPR boleh didengar di mahkamah terbuka.”
“Hidup perlu diteruskan. Negara memerlukan kedua-dua pihak pembangkang dan kerajaan untuk duduk dan bekerja bersama-sama, ia adalah penting untuk kita segera mulakan kerja,” kata Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Kataya lagi, mana-mana Ahli Parlimen yang memulaukan majlis angkat sumpah itu akan meletakkan negara dalam situasi yang sukar.
Abdul Rahman juga menggesa Pakatan Rakyat supaya menjadi pembangkang yang kuat dan bukannya pemberontak yang kuat, sambil menyifatkan himpunan 505 mungkin akan menjadi sesuatu yang dipersoalkan rakyat suatu hari nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
CARI ARTIKEL LAMO
Hok Orang Ramai Baco!
-
Kata-kata Nasaruddin Daud berbaur hasutan berbunyi ; “Lebih malang tuan-tuan, gas di perairan Kelantan patut didaratkan di Pantai Senok...
-
Menurut kakitangan Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Setiausaha Agung PAS sering mengunjungi Hotel ***ANA untuk berbincang perkara penting. Se...
-
1. Menjelang PRU13, ceramah-ceramah berkelompok UMNO di seluruh negeri Kelantan mendapat sambutan yang sangat hebat. Sudah menjadi perkara ...
-
Persatuan Anak Muda Islam Malaysia (AMIM) amat berbesar hati dengan kesudian Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore menerima kunjunga...
-
Husam Musa MENGARUT!, Mati Kerana Melawan Kerajaan #blackout505 Ibarat 'MATI KATAK' - Mufti KelantanMufti Kelantan menyifatkan kenyataan Husam Musa bahawa mereka yang terkorban dalam Himpunan Black Out 505 yang dijadualkan esok sebagai m...
-
Beberapa hari ini, penyokong-penyokong pembangkang banyak menyebarkan satu gambar yang mengandungi seribu persepsi mengatakan bahawa T...
-
Seingat penulis video amoi ini dikeluarkan ketika kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak, video amatur tanpa kamera yang canggih ini sedikit ...
-
Skuad Kembara TUKAR (SKT2013) semalam kembali meneruskan kembara seluruh Kelantan. Selepas menjelajah Parlimen Kota Bharu dan Parlimen ...
-
Diam tak diam, dalam kezuhudan yang ditonjolkan oleh Nik Aziz dan keluarga, Nik Aziz telah berjaya mengumpul sebegitu banyak harta. Ini ba...
-
Seorang juruterbang pelatih cedera di muka dan badan setelah pesawat ringan dipandu terhempas di satu kawasan tanah lapang di Taman Kurn...
ARTIKEL HOK SEBELUM NIE
-
▼
2013
(260)
-
▼
June
(6)
- Belom Cukup 2 Hari Husam Musa Sudah Bebas, @PDRMsi...
- Husam Musa MENGARUT!, Mati Kerana Melawan Kerajaan...
- Rakaman Penjenayah Ditembak Mati di Kota Bharu - J...
- Eloklah Anwar Ibrahim Boikot, Tunjukkan Pendirian ...
- #BadBoysRedBean Nak Rogol Amoi - Komunis Red Bean ...
- Telaga di Portugal Tidak Unik Seperti Telaga 'Miny...
-
▼
June
(6)
RAKAN BLOGGERS
BLOG GENG KEDAH
BLOG GENG W.PERSEKUTUAN
KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!


SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?

No comments:
Post a Comment